Aida dinobatkan ikon Gadis Melayu

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Setelah lebih tiga bulan melalui pelbagai tugasan mencabar, Khairul Noormaidah Zali (Aida) akhirnya berjaya dinobatkan sebagai ikon Gadis Melayu pada peringkat akhir program realiti terbitan TV9 itu di Auditorium MBSA, di sini, malam tadi.

Peserta berusia 23 tahun itu berjaya menewaskan empat lagi finalis iaitu Noor Afzan Mohd. Afzul Khan, 27, Siti Nurashikin Mohd. Noor, 22, Nurul Khusna Uma, 20, dan Nur Aishah Zainal, 23 apabila menerima markah keseluruhan tertinggi daripada juri profesional dan undian SMS penonton.

Aida membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 serta produk-produk kecantikan dan kesihatan, sementara empat finalis lagi menerima hadiah saguhati berjumlah RM1,000 tunai setiap seorang.

Program yang bertujuan untuk mencari Gadis Melayu ideal yang masih mengamalkan adat Melayu walaupun berpewatakan moden dan berkarier tinggi ini menilai kriteria calon-calon berdasarkan kecantikan, kemahiran, personaliti dan keagamaan.

Malah, sepanjang 13 episod program itu, semua peserta telah mempelajari pelbagai aspek pengetahuan termasuklah pengurusan diri, masakan, mengikuti kelas agama serta turut terlibat dengan kerja-kerja amal.

Pada peringkat akhir yang dihoskan oleh dua pelakon terkenal, Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramlie, kesemua finalis telah membuat persembahan secara solo dan berkumpulan di bawah bimbingan Normah Nordin dan Habsah Hassan.

Gadis Melayu peringkat akhir telah diadili oleh lima juri profesional iaitu, Toh Puan Seri Diraja Noor Aini Datuk Abdullah, Pakar Bahasa dan Karyawan Tamu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood, perunding motivasi dan penyanyi, Dr. Fazley Yaacob serta pelakon teater berpengalaman, Stephen Rahman Hughes.

Turut hadir pada acara itu ialah Sultanah Kedah, Tuanku Sultanah Hajjah Haminah Haji Hamidun, Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Abdul Mutalib dan isteri Datin Radziah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan dan Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan