Drew Barrymore anggap Spielberg sebagai 'ayah' yang bantu stabilkan emosinya

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelakon berwajah comel Drew Barrymore amat menyanjungi pengorbanan Steven Spielberg.
Pelakon berwajah comel Drew Barrymore amat menyanjungi pengorbanan Steven Spielberg.

PELAKON berwajah comel Drew Barrymore menganggap pengarah terkemuka Steven Spielberg sebagai 'father figure' yang telah memberinya satu stabiliti ketika zaman kanak-kanaknya.

Barrymore, yang mula mengecapi kejayaan dalam filem arahan Spielberg 'E.T. The Extra-Terrestrial' ketika berusia enam tahun, terpaksa melalui zaman kanak-kanak yang tidak bahagia selepas kedua ibu bapanya bercerai. Dan ketika itu Barrymore masih kecil lagi.

Ketika itu, Spielberg, yang dianggap seperti 'godfather' telah memberi petunjuk kepadanya dan membentuk kariernya.

"Dia adalah mentor saya yang paling penting. Spielberg juga adalah lelaki pertama yang membuat hidup saya tenang dan tenteram. Perkara yang paling penting dalam kehidupan seorang anak adalah konsistensi," kata Barrymore kepada The Daily Star.

Dia berkata: "Saya tidak mempunyai kestabilan emosi dan dia telah memberikan saya itu. Bila dia berkata dia akan datang pada jam 3 petang, dia akan pastikan dia datang. Itu cukup bermakna pada saya, lebih dari segalanya."

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan