Kisah balas dendam dan dalang dalam 'Land of Wealth'

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Land of Wealth akan disiarkan di 8TV pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula 2 Januari lalu pada jam 7.30 malam
Land of Wealth akan disiarkan di 8TV pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula 2 Januari lalu pada jam 7.30 malam

8TV Asian Hour Slot kembali membawakan drama-drama terbaik dari TVB! Sebagai pembuka tirai Tahun 2009, 8TV akan menyiarkan sebuah drama TVB yang yang cukup popular, Land of Wealth!

Land of Wealth akan disiarkan di 8TV pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula 2 Januari lalu pada jam 7.30 malam.

"Di 8TV kami hanya membawakan yang terbaik untuk penonton-penonton setia kami. Peka dengan kehendak penonton, kami membawakan semula drama dari slot Best of TVB sebagai pembuka tahun 2009," ujar Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim.

Land of Wealth berkisar tentang kehidupan empat buah keluarga yang berlainan. Pada zaman pemerintahan Dinasti Qing di Beijing seorang maharani yang cukup berkuasa telah mengambil-alih pemerintahan.

Chai Pak-Chuen (Moses Chan) merupakan seorang pegawai kerajaan yang jujur. Keluarga Pak-Chuen telah diperangkap dan kesemua ahli keluarganya telah dijatuhkan hukuman mati.

Pak-Chuen merupakan satu-satunya ahli keluarga Chai yang terselamat. Pak-Chuen telah menukar identiti dan kemudiannya berpindah ke bandar lain untuk memulakan kehidupan baru. Di sana Pak-Yuen menemui seorang ahli perniagaan yang ternama Kiu Bun-Yip.

Kiu Bun-Yip (David Chiang) merupakan pemilik sebuah bank yang berjaya. Suatu hari, Bun-Yip telah mengajak Pak-Chuen ke bank kepunyaannya dan mengajar Pak-Chuen tentang selok-belok perniagaan. Di sana, Pak-Chuen bertemu dengan Cheung Shung-Man (Steven Ma) dan akhirnya mereka menjadi kawan baik.

Ketika tinggal di rumah Kiu, Pak-Chuen menjalin perhubungan dengan Ba Ba Ha Yee Ko-Wai (Sonija Kwok) yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Kiu. Pak-Chuen enggan mengahwini Ko-Wa kerana takut kariernya akan terjejas.

Ko-Wai mengambil keputusan untuk menggoda Bun-Yip dan akhirnya mereka berkahwin. Pada waktu yang sama Shung-Man (teman baik Pak-Chuen) bercinta dengan anak perempuan Bun Yip bernama Kui Choi (Tavia Yeung) namun cinta mereka dihalang keras oleh keluarga Shung-Man.

Choi akhirnya berkahwin dengan Pak-Chuen setelah perniagaan bapanya diserahkan sepenuhnya kepada Pak-Chuen. Fong Yun-Tin (Kenny Wong) yang merupakan menantu sulung Bun-Yip menentang keras tindakan Bun-Yip yang menyerahkan jawatannya kepada Pak-Chuen.

Masa berlalu begitu pantas, Pak-Chuen menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya dan dikenali ramai. Pada masa yang sama, Pak-Chuen masih mencari dalang sebenar dalam pembunuhan ahli keluarganya untuk membalas dendam.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan