Fahrin: Juruterbang MAS bukan kekasih Scha!

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fahrin banyak belajar dari pengalaman lalu.
Fahrin banyak belajar dari pengalaman lalu.

“JURUTERBANG MAS seperti yang digembar-gemburkan dalam internet bukan kekasih Scha,” luah aktor kacak Fahrin Ahmad ketika diajukan sama ada dia mengetahui tentang khabar angin bintang muda, Scha yang dikatakan adalah kekasih kepada seorang juruterbang yang mana pada masa yang sama Scha turut dikaitkan dengan dirinya.

Menurut Fahrin, dia dapat mengesahkan jejaka yang bergambar sambil berpelukan dengan Scha di sebuah laman web popular bukan kekasih "rakan baiknya" itu.

Sebaliknya, Scha memberitahu Fahrin bahawa dia dan jejaka tersebut hanya berkawan biasa sahaja.

“Scha sendiri telah jelaskan kepada saya supaya jangan mempercayai apa yang dikatakan dalam laman web itu. Semua spekulasi itu tidak betul.

“Oleh itu, saya ingin berkongsi dengan semua tentang teori komunikasi kemanusiaan di mana dalam sesuatu insiden atau situasi boleh ditafsirkan dalam 1001 cara atau maksud.

“Misalnya, jika ada orang mengambil gambar ‘kandid’ saya dengan seseorang yang tidak dikenali kemudian menyebarkannya, jadi dalam 10 orang yang melihat gambar tersebut akan membuat pelbagai tafsiran.

“Jadi, sama juga dengan keadaan Scha dan lelaki itu di mana orang mungkin akan mengatakan yang lelaki itu sebagai kekasihnya. Namun, pada hakikatnya tidak benar,” jelas Fahrin dengan penuh bersemangat.

Tambahnya, disebabkan pengalaman lalu, Fahrin sudah mempelajari pelbagai perkara dan mengharungi setiap gosip dan cabaran yang mendatang tanpa perlu cepat melatah.

“Di dalam dunia hiburan ini, saya rasakan hidup sebagai seorang selebriti paling mencabar kerana di kalangan mereka yang menyebarkan fitnah lebih suka ‘judgemental’ dari buat sebarang spekulasi.

“Kita tak boleh nak elak medium-medium seperti forum di internet. Saya pun pernah laluinya.

“Apa-apa pun fitnah yang dilakukan sampai satu tahap kita rasa benda yang tak betul boleh lenyap sendiri.

“Memang saya akui masih terperanjat pada peringkat awal. Kalau saya artis baru masa kini pun mesti saya akan terkejut.

“Yang penting keluarga dan saya sendiri tahu tentang hal itu. Misalnya apabila berkawan dengan Scha, saya memegang prinsip tidak akan rapat dengan dia kalau dia sudah berpunya,” tegas Fahrin yang menganggap dunia internet sekarang terlalu banyak berkata tentang gosip.

Bagaimanapun, dia masih berpijak di bumi yang nyata dan terpaksa akur dengan rentak dunia hiburan yang melanda diri setiap artis.

“Saya tak boleh kuasai dunia. Jadi, apa yang saya lakukan hanyalah berdoa kerana hanya Tuhan yang mampu membuatkan kita tenang dari segala-galanya.

“Saya akui, tak kiralah seelok manapun kita menjaga diri ini, akan ada juga orang berkata-kata di belakang kita.

“Manusia tak pernah sempurna. Jadi, janganlah kita terlalu berkecil hati sehingga hendak membunuh diri dengan apa yang dilalui kerana rezeki ada di mana-mana,” tutur jejaka berusia 30 tahun ini yang sentiasa bermuhasabah diri.

Bantu Scha mengacara program Sehati Sejiwa

Seperti yang diketahui, Fahrin mahupun Scha tidak pernah berselindung tentang hubungan mereka yang dianggap sebagai teman baik itu.

Yang menariknya, hubungan itu bukan sekadar rakan seperjuangan dalam bidang lakonan, malah Fahrin turut menghulurkan bantuan kepada Scha ketika mengacarakan program Sehati Sejiwa.

Kata Fahrin, disebabkan Scha baru pertama kali bertugas sebagai pengacara lebih-lebih lagi mengacarakan program ‘live’ selama satu jam, jadi dia tidak sampai hati untuk melihat rakannya itu berada dalam keadaan terumbang-ambing.

“Semasa program Sehati Sejiwa pertama kali bersiaran, saya hanya tolong apa yang patut dan mencurahkan sedikit ilmu yang saya ada dalam bidang pengacaraan.

“Secara profesionalnya, memang saya tak sepatutnya berada di situ.

“Sebagai rakan, saya rasa lebih bertanggungjawab untuk memberi sokongan kepadanya. Itu memang diakui,” ulas Fahrin yang telah lima tahun menggalas tugas sebagai pengacara.

Setelah melihat Scha mengacara buat kali pertama dalam program yang disiarkan di RTM1 pada setiap hari Rabu pukul 3 petang itu, kata Fahrin: “Scha seorang yang sangat berpotensi tetapi perlukan peluang, bantuan dan panduan yang betul.”

Jika melihat kepada situasi itu, tidakkah menguatkan telahan yang Fahrin mempunyai hubungan lebih daripada kawan?

“Jangan terlalu awal untuk membuat andaian kerana kami macam orang biasa juga. Agak sukar juga apabila kami keluar berdua sahaja, kami kena jelaskan hubungan ini.

“Tetapi kami bukan hipokrit kerana lambat laun orang akan tahu juga tentang hubungan ini. Kami tak boleh melatah,” ujar jejaka kelahiran Johor Bahru, Johor ini.

Mahu bergelar usahawan

Memandangkan ramai selebriti yang menceburi bidang keusahawanan, Fahrin tidak ketinggalan memasang azamnya pada tahun 2009 ini untuk bergelar seorang usahawan.

“Saya rasa bertuah kerana karier saya sebagai selebriti sekarang adalah pilihan yang tepat. Disebabkan saya sudah memilih jalan ini, jadi saya akan fokus kepada karier ini.

“Namun, pada jangkamasa panjang, saya tidak mahu memandang karier ini sepenuhnya kerana saya akan cuba memperbaiki kehidupan ini.

“Jadi, pada tahun 2009 ini, saya akan cuba untuk meletakkan transisi daripada menjadi seorang selebriti sepenuh masa kepada seorang usahawan,” kata Fahrin yang sedang menantikan tawaran kerja seterusnya.

Selain itu, pada bulan Februari depan, Fahrin akan terlibat dalam perlawanan ragbi Liga Selangor dengan memegang posisi ‘forward’.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan