TV3 sambut ulang tahun jubli perak

Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Ulang tahun jubli perak TV3 disambut dengan penuh kesyukuran apabila stesen tv berkenaan mengadakan solat hajat dan bacaan di Masjid Wilayah baru-baru ini. Foto The Star Oleh: AZLINA ABDULLAH.
Ulang tahun jubli perak TV3 disambut dengan penuh kesyukuran apabila stesen tv berkenaan mengadakan solat hajat dan bacaan di Masjid Wilayah baru-baru ini. Foto The Star Oleh: AZLINA ABDULLAH.

TAHUN 2009, Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) melakar satu lagi sejarah apabila stesen televisyen swasta pertama negara itu menyambut sambutan ulang tahun ke-25 tahun penyiarannya. Pastinya bukan mudah untuk terus unggul sebagai stesen televisyen nombor satu Malaysia.

Menjulang penghargaan Jubli Perak, stesen swasta terbabit telah menyusun pelbagai program menarik sepanjang tahun ini buat penonton setia mereka.

Namun disebalik kesibukan mengadakan pelbagai program terbaru buat penonton-penonton setia mereka, TV3 tidak lupa memanjatkan kesyukuran dan meraikan golongan yang kurang berkemampuan.

Stesen swasta yang ditubuhkan pada 1 Jun 1984 ini telah mengadakan majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran sebagai pembuka tirai meraikan sambutan ulang tahun mereka.

Majlis yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini turut disertai dengan beberapa aktiviti keagamaan seperti solat sunat hajat, bacaan yassin beramai-ramai.

Majlis yang bermula pada jam 6:30 petang itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu pada majlis tersebut diserikan dengan kehadiran oleh Menteri Tenaga Air, Komunikasi dan Mutlimedia, Datuk Shaziman Abu Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.

Selepas berlangsungnya upacara solat hajat dan bacaan yassin secara berjemaah, TV3 turut melancarkan logo serta video klip istimewa ulangtahun ke-25 mereka. Pelancaran logo ini telah disempurnakan oleh, Shaziman sendiri. Pada majlis yang sama TV3 turut menyampaikan sumbangan RM5,000 setiap satu kepada dua rumah kebajikan, iaitu Rumah Lambaian Kasih Sungai Penchala dan Persatuan Anak Yatim dan Ibu Tunggal Kg Medan, Petaling Jaya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin, tema ”Inspirasi Hatiku” dipilih kerana ia memaparkan gambaran atau ilustrasi TV3 sendiri yang sentiasa berada di sisi masyarakat Malaysia tanpa mengira saat suka dan duka sepanjang 25 tahun bersiaran.

"TV3 sentiasa berusaha mendapatkan kandungan siaran yang terbaik untuk santapan penonton dan memahami sebaik mungkin kehendak dan situasi yang dihadapi masyarakat," katanya.

Tambah beliau lagi, TV3 akan sentiasa berusaha memberikan pengisian yang terbaik dan berharap ia akan menceriakan kehidupan seharian penontonnya melalui program-program menarik yang bakal disajikan sepanjang tahun ini.

"Kami ingin mejadi stesen televisyen yang menerapkan unsur-unsur positif dan elemen-elemen yang berfaedah untuk segala lapisan masyarakat dan secara tidak langsung menjadi sumber 'inspirasi' kepada kehidupan rakyat Malaysia.

"Sempena ulang tahun kali ini penonton bakal melihat kelainan mendadak dari segi kandungan siaran. Contohnya akan ada program terbaru, 'Sejuta Impian' yang merupakan sebuah program yang bakal menawarkan RM1juta kepada penonton" ujar Amrin.

Selaras dengan tagline terbaru, Inspirasi Hidupku, TV3 turut merasa terpanggil untuk memberikan ganjaran tersebut kepada mereka yang dapat membuktikan keperluan dan keikhlasan untuk mendapatkan jumlah wang tersebut.

Menurut Amrin, jadual tontonan juga akan turut berubah dengan penampilan slot Senda Pagi yang bakal ke udara pada penghujung bulan Januari ini dimana rancangan berbentuk gameshow 'Ewah-Ewah’ ini bakal dihoskan oleh Raja Azura.

Manakala juara Raja Lawak musim kedua, Nabil pula diberi kepercayaan untuk mengacarakan sebuah drama komedi, 'Berek’ yang akan bersiaran pada setiap hari Khamis bakal mencuit hati penonton di rumah.

"Gandingan personaliti lama dan baru diharap akan memantapkan persepsi dan kesetiaan penonton TV3, seiring dengan tagline, 'Inspirasi Hidupku’," jelas Amrin lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan