Diana tangguh hasilkan album untuk sertai PLKN sesi ke-2 Mac ini

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Diana masih lagi dipersoalkan tentang PLKN, tetapi menegaskan tetap akan menyertai PLKN sesi kedua
Diana masih lagi dipersoalkan tentang PLKN, tetapi menegaskan tetap akan menyertai PLKN sesi kedua

ISU aktres jelita Diana Danielle yang menangguhkan penyertaannya di dalam Pogram Latihan Khidmat Negara (PLKN) nampaknya belum reda diperkatakan oleh banyak pihak.

Meskipun Diana sendiri telah pun membuat kenyataan bahawa dia tetap akan sertai PLKN bagi sesi seterusnya, masih ada juga pihak yang tetap 'meragui' kata-kata yang dikeluarkan oleh pelakon berusia 17 tahun itu.

Perkara tersebut turut ditegaskan oleh pembantu peribadinya, Dilla yang akui bintang muda itu sudah pun mengesahkan penyertaannya untuk sesi kedua PLKN yang akan bermula pada 11 Mac hingga 10 Jun depan.

"Kontrak bagi filem lakonannya dengan produksi Merpati Putih akan berakhir pada 22 Januari ini manakala dengan KRU pula dijadualkan akan selesai pada 10 Mac depan, sehari sebelum bermulanya PLKN.

"KRU telah berjanji bahawa penggambaran tersebut akan tamat pada 10 Mac dan Diana mungkin perlu menghadiri proses dubbing (memasukkan suara) ketika hujung minggu sewaktu cuti daripada program Khidmat Negara itu.

"Memang Diana pastinya akan keletihan ketika itu. Tetapi dia sememangnya bersemangat untuk sertai PLKN. Setakat ini, surat pengesahan masih belum diterima tetapi ibu Diana telah pun berjumpa dengan pihak PLKN dan mereka akan mengeluarkan surat itu pada bulan hadapan.

Kata Dilla lagi, syarikat yang menguruskan Diana di Indonesia untuk pembikinan album sulungnya juga telah pun mengadakan perbincangan mengenai kontrak pelakon itu dan bersetuju untuk menunda proses penghasilan albumnya pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan