Santai@1 antara program terbaru RTM - Berita Hiburan | mStar

Santai@1 antara program terbaru RTM

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program bual bicara terbaru terbitan Unit Ehwal Semasa, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Santai@1 yang diadakan di Menara Kuala Lumpur mampu membawa perubahan dan imej tersendiri kepada penstrukturan RTM.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata program itu akan disiarkan secara langsung selama sejam pada setiap hari Sabtu bermula 11 malam sehingga 12 tengah malam dan akan dipancarkan secara terus menerusi TV1.

"Ia merupakan rancangan atau program yang berkonsep baru yang memaparkan informasi untuk penonton dan secara tidak langsung mampu mempromosikan Menara KL sebagai destinasi tarikan pelancongan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menonton program tersebut yang dikendalikan pengacara RTM Hezri Hashim malam ini.

Ahmad Shabery berkata selain mengupas isuisu semasa, program itu turut mengupas topiktopik yang merupakan asam garam dalam kehidupan seharian masyarakat negara ini.

RTM turut memperkenalkan dua program lain iaitu M@1 dan Apa Kata Wanita.

Bagi episod perkenalan Santai@1 itu, angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor, pengasas Malaysia Book of Recordsm Datuk Danny Ooi dan penghibur Farawahida adalah antara tetamu yang dipaparkan dalam rancangan yang turut ditonton oleh kirakira 150 orang tetamu jemputan itu. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan