Sudut pandangan baru dan relevan di NTV7

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Florence diberi tanggungjawab mengendalikan program bual bicara terbaru di NTV7 ini
Florence diberi tanggungjawab mengendalikan program bual bicara terbaru di NTV7 ini

PERUBAHAN dalam percaturan politik ditambah dengan perkembangan global mencabar ternyata memaksa lebih ramai rakyat Malaysia untuk lebih mengambil tahu isu semasa.

Ternyata, ia adalah masa yang tepat untuk memulakan perbincangan, sebuah forum yang dicipta khas untuk mereka yang berani dan mahu membela atau menentang sesuatu isu itu.

Dihoskan oleh Florence Looi, program bual bicara satu jam ini akan bersiaran pada 9 Januari ini, setiap Jumaat pada jam 8.30 malam.

Point of View (POV) tampil untuk menyatukan individu-individu yang didokong oleh kepentingan berlainan yang ingin berkongsi pandangan mereka mengenai sesebuah isu itu.

Setiap minggu akan tampil seorang protagonis dan antagonis untuk membincangkan tentang isu yang sama.

Berbekalkan topik yang menyeluruh merangkumi politik, ekonomi, masalah sosial ke hiburan, sukan dan lain-lain hal ehwal semasa, POV dicipta bagi meraih perhatian penonton untuk sebuah debat yang terbuka berlandaskan isu yang paling penting bagi rakyat apabila bercakap soal negara tercinta.

“Point of View (POV) bertindak sebagai platform untuk rakyat Malaysia menyuarakan keprihatinan mereka, di samping memberikan informasi mengenai isu-isu yang dilihat dari perspektif yang berlainan.

“Sebagai sebuah stesen yang bukan sahaja mengutamakan hiburan tetapi isi kandungan yang intelektual, sebuah tawaran seperti POV ini mengukuhkan lagi kedudukan ntv7 sebagai sumber informasi terbaik,” kata Pengurus Besar NTV7, Airin Zainul.

POV turut menandakan detik permulaan Florence Looi sebagai seorang pengacara program bual bicara.

Wanita ini memulakan kariernya sebagai seorang peguam korporat, kemudiannya melebarkan sayapnya ke dalam bidang penyiaran radio, penulisan dan pembacaan berita di Lite FM sebelum terlibat dalam dunia televisyen.

Florence juga pernah membaca berita untuk segmen perniagaan di Astro News dan muncul sebagai penolong penerbit sebuah program perniagaan mingguan, Biz Briefcase, di ntv7 dan juga pernah menjadi pembaca berita Bahasa Inggeris di 7 Edition stesen.

Antara topik yang akan dimuatkan di POV ialah seperti berikut:

Episod 1 – Kegagalan untuk mendidik mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris akan membawa padah pada pelajar kita.

Episod 2 – Sekolah Vernakular adalah penghalang bagi integrasi nasional

Episod 3 – ISA harus dimansuhkan

Episod 4 – Keperluan untuk satu sistem penghakiman – undang-undang lazim dan mahkamah syariah perlu digabungkan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan