Diana letak syarat untuk ditemuduga, digugurkan dari Evolusi KL Drift 2

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Diana Danielle mahu melupakan kisah cintanya dengan Syamsul Yusof. Foto The Star Oleh: AZMAN GHANI
Diana Danielle mahu melupakan kisah cintanya dengan Syamsul Yusof. Foto The Star Oleh: AZMAN GHANI

GADIS jelita, Diana Danielle, 18, ini tidak surut daripada gosip lewat kebelakangan ini. Baru sahaja reda kisah dia ditumbuk kekasihnya penghujung November tahun lalu, namanya kembali menjadi sebutan apabila dia digugurkan sebagai pelakon untuk filem Evolusi KL Drift 2.

Kesempatan bertemu dengannya di majlis pratonton filem terbaru lakonannya, Maut digunakan untuk meminta komen daripada gadis kacukan Inggeris ini.

Nyata dia semakin matang menghadapi dugaan yang mendatang dalam bidang seni yang diceburinya sejak hampir sembilan tahun lalu.

Menurut pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson dia tidak menyimpan sekelumit dendam ketika mendapat tahu berita tersebut.

"Saya tak pernah dendam dengan mereka. Saya reda dan terima dengan hati terbuka," ujarnya ringkas.

Jelas Diana lagi, jika pun syarikat Skop Production mahu dia berlakon untuk filem Evoluasi KL Drift 2 dia tidak mampu berbuat demikian kerana dia sudah lebih awal menandatangani kontrak dengan Kru Motion Pictures untuk filem terbaru mereka.

Menceritakan lebih lanjut mengenai filem tersebut, bintang yang digilap oleh pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam ini berkata dia bakal berlakon dalam sebuah filem fantasi pada awal bulan Februari depan.

"Filem ‘Magica’ merupakan filem fantasi pertama yang diterbitkan oleh KRU. Jadi apabila diberi peluang oleh Norman saya tak fikir panjang dan terus terima sebab saya suka pada cerita-cerita fantasi macam ini.

"Kalau pun mereka (Skop Production) minta saya berlakon untuk filem Evolusi Kl Drift 2, saya memang tak boleh berlakon sebab dah sibuk di lokasi filem ini lagipun jadual saya memang dah penuh sampai bulan Jun tahun ini," ujarnya ceria.

Yang menariknya, awal-awal lagi gadis manis ini sudah memberi syarat jika wartawan ingin menemubualnya boleh namun dia tidak mahu ditanya lagi mengenai bekas kekasihnya, Syamsul Yusof.

Si manis ini bertekad untuk melempar jauh segala kenangan suka dan duka pernah yang dilayari bersama bekas kekasihnya itu.

Tidak pula menyimpan dendam, malah Danielle sudah pun memaafkan buah hatinya itu namun untuk kembali bersama terserah pada Yang Maha Esa menentukan. Padanya, apa yang berlaku sukar untuknya kembali berpaling.

"Selama ini Syamsul begitu baik dengan saya bahkan keluarganya juga dan disebabkan itulah saya tidak mahu berdendam dengan mereka. Terus terang saya sudah lama memaafkan Syamsul cuma untuk kembali ke pangkuannya saya perlu berfikir semasak-masaknya.

"Mungkin benar, gadis remaja seperti saya belum layak memikirkan soal cinta justeru saya putuskan untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap karier terlebih dahulu," katanya.

Tetap akan pergi ke PLKN

Minggu lalu nama Diana Danielle, gadis kelahiran Amerika Syarikat ini sekali lagi menjadi sebutan apabila diberi penangguhan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang sepatutnya bermula 27 Disember lalu.

Diajukan mengenai isu tersebut, si jelita ini dengan tenang menjawab dia tetap akan menghadirkan diri ke PLKN tersebut.

"Saya tetap akan pergi, namun bukan sekarang, tapi lepas saya selesaikan shooting dan beberapa kontrak yang lain. Saya akan hadir ke kem PLKN pada sesi kedua mereka.

"Saya bukan tak nak pergi tapi saya dah lebih awal tandatangani kontrak dengan beberapa syarikat lebih awal itu yang membuatkan saya terpaksa membuat penangguhan untuk hadir ke PLKN," ujar Diana bakal muncul dalam filem Bohsia dan Kecoh Betul pada tahun ini.

Album sulung bakal diterbitkan di Jakarta

Enggan mengungkit lagi kisah duka yang menyelubunginya pada tahun 2008, Diana berhasrat menutup segala cerita berkaitan hal berkenaan.

Dalam fikirannya sekarang ini adalah untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembikinan album sulungnya.

Demi menjayakan impiannya, Diana dan ibunya berhasrat akan menetap di Jakarta, Indonesia bulan Julai depan jika segala perancangan berjalan lancar.

"Penghijrahan ini tiada kaitan dengan kisah peribadi saya. Sebaliknya keputusan dibuat demi kebaikan karier seni kerana saya melihat perlu ada peningkatan dalam sesuatu kerjaya.

"Lagipun peluang sudah terbentang luas depan mata jadi mengapa tidak saya memanfaatkannya sedangkan ramai di luar sana mengharapkan peluang seperti yang saya peroleh.

"Berpindah ke Jakarta menuntut banyak pengorbanan namun, saya percaya setiap pengorbanan pasti ada hikmahnya. Mana tahu di sana bakat saya lebih menyerlah sebagai penyanyi," katanya.

Diana menafikan dia mempertaruhkan rupa semata-mata. Dia menegaskan minat menyanyi sudah lama bercambah dalam dirinya sedari kecil.

Selain menyanyi, dia juga berkebolehan bermain muzik seperti piano dan biola, bahkan pernah terbabit dalam pembikinan album amal berbahasa Inggeris sempena Projek Alaf Baru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tiga tahun lalu.

Bercerita mengenai pembikinan album sulungnya itu, Diana yang baru selesai menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapatkan khidmat komposer berbakat seperti Tompi, Glen Fredly dan Pasha (Ungu).

Hujung November lalu, Diana dan ibunya sempat bertemu komposer popular di Jakarta iaitu Octave yang sudah menyatakan persetujuan untuk menyuntingnya menjadi artis rakaman di negara itu.

"Sudah lama saya mahu jadi penyanyi dan apabila ada komposer dari negara itu sendiri menawarkan peluang sekali gus berjanji memperkenalkan nama saya di Indonesia, saya melihat peluang ini tidak harus dipersiakan.

"Ketika menjalani proses rakaman di sebuah studio terkenal di Jakarta, saya gementar kalau-kalau nyanyian saya tidak mencapai kehendaknya. Mujurlah dia berpuas hati dengan pencapaian suara saya," katanya mengakhiri perbualan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan