Interpretasi cinta peserta My Starz LG

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lapan peserta My Starz LG yang masih kekal hingga minggu ini
Lapan peserta My Starz LG yang masih kekal hingga minggu ini

KONSERT mingguan My Starz LG yang berlangsung Ahad lalu telah mengajak para penonton dan peminat muzik tanahair untuk kembali mengimbas saat-saat manis dan pahit tentang cinta, bersama-sama lapan peserta yang masih kekal dengan membawakan lagu-lagu bertemakan cinta.

Sebelum persembahan dimulakan, Naz dan Anne, selaku pengacara program mengumumkan berita baik kepada Wana, Feroq, Cassie, Azri, Hairi, Fiona, Nashrin dan Mimie yang masih lagi berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya tanpa sebarang penyingkiran.

Kelapan-lapan peserta ini masih berpeluang untuk meneruskan perjuangan selepas penyingkiran peserta yang keempat, Gzell pada minggu lalu setelah mendapat kritikan pedas daripada pihak juri yang sebulat suara mengatakan Gzell gagal membawakan lagu “Darah Muda”, nyanyian seniwati Saloma dengan baik kerana kurang penghayatan.

Lapan peserta ini masing-masing diberi pilihan untuk menyampaikan lagu bertema ‘Cinta’ di mana persembahan mereka tidak lagi dibahagikan di dalam kumpulan, tetapi semua peserta telah pun digabungkan bermula minggu lalu. Selain dari Gzell yang tersingkir baru-baru ini, Jassica, AG dan Elaine juga merupakan antara yang terawal terpaksa meninggalkan pentas My Starz LG kali ini.

Persembahan dimulakan dengan Wana yang membawakan lagu “Rembulan”, diikuti oleh Feroq yang menyanyikan “Demi Waktu” sebelum Cassie mengambil tempat mempertaruhkan nasib menerusi lagu “Bisakah” dan Azri yang menyampaikan lagu hit kumpulan Andrea & The Backbone, “Sempurna”.

Konsert mingguan diteruskan, mengajak penonton dan peminat melayari erti cinta dan dibuai pesona dengan dendangan lagu-lagu dari Hairi “Pesona”, Fiona “Atas Nama Cinta”, Nashrin “Ketulusan Hati” dan diakhiri dengan Mimie yang mendendangkan lagu “Janji Kasih”.

Nampaknya, tuah menyebelahi Azri sekali lagi apabila diumumkan sebagai pemenang membawa pulang system Hi-Fi LG DVD Mikro istimewa kerana telah berjaya mempamerkan persembahan yang baik kali ini.

Persembahan mereka diadili oleh pengkritik yang sudah arif dengan dunia hiburan iaitu juri tetap My Starz LG, Hattan dan Liza Hanim yang turut disertai juri undangan, komposer yang tidak asing lagi, Adnan Abu Hassan. Konsert mingguan malam itu dihangatkan lagi dengan persembahan istimewa Elyana menyanyikan lagu “Molek”.

Minggu ketujuh program ini juga menyaksikan perubahan positif yang mana peserta kini sudah mula mengambil inisiatif menampilkan gaya persembahan yang berani dan berbeza daripada imej dan identiti ’selamat dan sopan’ yang dilabelkan sejak daripada episod pertama bermulanya pertandingan ini.

Selain mengundi peserta kegemaran mereka, para penonton juga boleh menyertai kuiz SMS My Starz LG untuk memenangi hadiah “Air Purifier’ LG (pembersih udara dan debu). Anda hanya perlu menaip LG dan hantarkan kepada 37898 seterusnya mengikut arahan yang diberikan.

Undian untuk peserta My Starz LG ini telah dibuka dari jam 10 malam pada 4 Januari lalu sehingga jam 6 petang pada 11 Januari ini.

Dari segi format pemarkahan pula, penyingkiran dilakukan berdasarkan keputusan juri (70%) manakala 30% diputuskan oleh penonton melalui SMS. Selain dari juri tetap, juri jemputan bakal muncul sepanjang musim ini untuk menawarkan khidmat nasihat mereka.

Penasihat vokal terdiri daripada penyanyi dan pencipta lagu Lah Ahmad, koreografer tarian Raimee Salleh dan Syaiful Baharim yang berperanan sebagai konsultan imej peserta.

Pemenang pertandingan My Starz LG berpeluang memenangi wang tunai RM 100,000, produk LG yang menarik, menjadi bintang dan kontrak rakaman bersama label rekod ternama, Warner Music Malaysia.

Kesemua 12 peserta ini menerima tunjuk ajar dan nasihat profesional serta sokongan latihan daripada tenaga pengajar yang terdiri daripada penghibur dan penerbit ternama Malaysia, yang berlangsung di LG House, sebuah bunglo yang diadaptasi khas yang tersedia dengan bilik latihan dan ruang persembahan yang dilengkapi sepenuhnya dengan produk LG.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan