Intan Ladyana 'serik' kerja kuat?

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Intan mahu uruskan jadual karier sebaik mungkin pada tahun 2009 ini
Intan mahu uruskan jadual karier sebaik mungkin pada tahun 2009 ini

SEPANJANG tahun 2008, gadis yang mula diperkenalkan di layar perak menerusi filem Tipah Tertipu ini akui jadual seninya sebagai pelakon cukup padat, sehinggakan kesihatan dirinya turut terabai.

Bukan ingin mengeluh, malah Intan Ladyana yang mesra disapa Intan ini bersyukur kerana senario itu menunjukkan bakatnya masih lagi diberi perhatian oleh penerbit-penerbit drama dan filem tempatan.

Namun, kata pelakon dan model berusia 26 tahun ini, setelah hampir sebulan mengalami demam pada Disember lalu, Intan mula terfikir untuk memberikan perhatian yang lebih terhadap kesihatannya dan seboleh mungkin, dia ingin menyeimbangkan antara karier dan kehidupan harian.

"Tahun lalu memang saya terlalu kuat bekerja apatah lagi begitu banyak tawaran berlakon yang saya terima. Ada masanya agak terkejar-kejar dan sudah tentu masa rehat juga pastinya tidak mencukupi.

"Mungkin kerana itu saya demam teruk hampir sebulan pada bulan lepas. Selepas ini, kalau boleh saya ingin bahagikan masa sebaik mungkin dan tidak mahu terlalu tertekan dengan kerja," kata anak jati Kuala Lumpur ini.

Namun begitu, tutur Intan, karier seninya ketika ini berjalan dengan cukup baik. Malah, untuk tahun 2009 ini, Intan juga sudah ditawarkan untuk menjayakan beberapa buah drama.

Terbaru, dia akan terlibat dengan sebuah drama bersiri berjudul Bionic yang akan turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Vanidah Imran dan Esma Daniel.

Ketika ini, kata Intan, dia masih lagi di dalam proses penggambaran filem Remp-It V3 arahan pelakon muda Farid Kamil. Turut bergandingan dengannya menerusi filem tersebut ialah Farid sendiri, Lisa Surihani dan Bront Palare.

Bercerita tentang filem keempat lakonannya itu, kata anak kedua daripada tiga beradik ini, dia akui cukup seronok bekerja di bawah arahan Farid meskipun pengalaman dalam bidang pengarahan bintang muda itu masih sedikit berbanding pengarah-pengarah yang sedia ada.

"Saya tidak ada masalah bekerja dengan Farid. Sebelum ini, saya juga pernah bekerja dengan pengarah muda iaitu Pierre Andre. Memang ada perbezaan antara Farid dan Pierre dari segi pengarahan.

"Mereka mempunyai cara tersendiri. Lagipun, kedua-dua buah filem yang saya bintangi ini menampilkan genre yang berbeza. Filem Farid lebih ke arah aktiviti lasak, manakala dengan Pierre, ia adalah filem romantik komedi.

"Jadi sudah tentu corak pengarahan sedikit berbeza. Tetapi, saya seronok bekerja dengan mereka...mungkin kerana kami juga sebaya," kata Intan dalam nada ceria.

Mengulas mengenai karektornya di dalam Remp-It V3 itu, kata Intan, meskipun filem tersebut berkisarkan tentang motor dan mat rempit, dia bagaimanapun tidak memegang watak 'minah rempit' seperti yang diandaikan banyak pihak.

"Saya tahu, bila bercakap tentang filem ini, pasti orang akan ingat pelakon wanita di dalam filem tersebut akan bawakan watak minah rempit.

"Memang ada pelakon yang pegang watak seperti itu, tetapi di dalam filem ini, saya membawakan peranan sebagai seorang akauntan. Berbeza sedikit dengan watak-watak yang pernah saya bawakan sebelum ini," tutur pelakon yang popular menerusi drama Jelatang dan Sutera Maya ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan