Pasang surut Jasmin Hamid bergelar artis

Diterbitkan: Jumaat, 2 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jasmin menyenangi watak yang mampu menguji tahap emosi dan ekspresi dirinya.
Jasmin menyenangi watak yang mampu menguji tahap emosi dan ekspresi dirinya.

LIKU-LIKU kehidupan aktres cantik Jasmin Hamid, 34, sepanjang 18 tahun bergelar artis sentiasa disimpan kemas dalam mindanya.

Bukan mudah untuk Jasmin bergelar artis yang bukan sahaja mampu membawa diri ‘terbang lebih tinggi’, malah menampilkan lakonan yang berkualiti selaras dengan impiannya setelah memasukkan kaki dalam industri seni ini.

Nekad dengan pendiriannya yang tidak menganggap bidang lakonan sebagai medan untuk ‘suka-suka’ dan hobi, Jasmin menerima setiap pasang surut yang tercetus sejak dia mula ‘bertatih’ dalam lakonan sehingga menempa populariti kini hasil tempias pelbagai agenda dan kronologi karier mahupun kehidupannya.

Disebabkan minat yang mendalam, lebih-lebih lagi apabila ditawarkan watak yang disukainya, pemilik nama sebenar Jasmiah Abd. Hamid ini mengaku dia menerima setiap tawaran lakonan tanpa rungutan.

“Memang kadangkala ada juga tawaran yang bagus dan sesekali ada juga yang tidak. Namun, semua tawaran itu bergantung juga kepada diri saya untuk menerimanya atau tidak.

“Alhamdulillah, boleh dikatakan dalam sebulan tu sekurang-kurangnya saya ada ‘job’ dan tiada masalah dengan karier yang saya ceburi ini.

“Namun, saya tidak terlalu bergantung kepada kerja ini sebagai sumber pendapatan. Sebaliknya, saya menganggap bayaran tersebut diberikan atas lakonan yang saya lakukan.

“Saya berlakon pun sebab minat. Jadi, saya diberi bayaran atas lakonan itu dan bukannya saya berlakon sebab bayaran,” cerita Jasmin mengenai hasil titik peluhnya itu.

Pernah terima bayaran ‘ciput

Menyentuh tentang gaji seorang pelakon, Jasmin berkata bayaran lakonan yang diterimanya tidak menentu.

“Selalunya, saya menerima bayaran yang memadai dengan lakonan yang dibuat. Kadangkala, ada juga produser yang tidak berkira dan pandai menghargai saya.

“Tetapi, saya juga tidak menafikan pernah tidak mendapat bayaran yang sepatutnya saya terima.

“Apabila fikirkan karektor yang diberikan, saya sanggup juga berlakon walaupun bayaran tersebut tidak setimpal dengan apa yang saya dah buat,” jelas Jasmin yang gemarkan watak seseorang yang banyak bermain dengan perasaan dalaman.

Tambah Jasmin, dia menyukai watak tersebut kerana ia mampu menguji tahap emosi dan ekspresi dirinya.

“Bagi saya, kalau diberi pilihan, baik biar orang suruh saya berlawan dengan orang lain daripada berlawan dengan perasaan.

“Bukan apa, kalau benda tu susah hendak keluarkan, kita akan rasa sakit kerana kita memaksanya untuk buat apa yang diinginkan oleh pengarah,” luah Jasmin yang biasanya terkenal dengan watak antagonis di kaca TV.

Terbaru, watak antagonis Jasmin sebagai Datin Sofira boleh dilihat melalui drama bersiri Spa Q yang sedang ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang di TV3.

Pelakon baru ‘cetek’ pengetahuan

Ujar Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1996 melalui drama Jutawan Segera ini, walaupun sudah jauh melangkah, dia masih mencari ilmu berpandukan orang-orang yang arif dan lebih berpengalaman daripadanya dalam industri ini.

Jasmin juga tidak lokek jika ada juniornya yang ingin menimba ilmu daripadanya pula dengan berkata ringkas: “Itu pun kalau mereka hendak.”

Bukan ingin menunjuk pandai, Jasmin berpendapat pelakon baru sekarang malas hendak membuat kajian.

“Yang membuatkan saya terkejut apabila ada antara pelakon baru yang tidak mengenali pelakon lama yang sedang bekerja dengannya.

“Sepatutnya, seseorang itu perlu membuat kajian tentang dengan siapa kita berlakon dan ambil tahu tentang orang sekeliling kita.

“Mereka juga perlu ada pengetahuan. Misalnya, ketika berlakon, pengarah minta menangis, saya rasa semua orang boleh buat tetapi kalau penonton tak dapat rasa perasaan sedih tu tak guna juga.

“Saya juga masih mencari pelakon baru yang betul-betul layak bergelar seorang pelakon. Saya akui memanglah jika tiada yang lama, tiada juga yang baru tetapi kaedah yang digunakan sekarang ini berlainan dengan orang dulu.

“Saya tak nafikan perbezaan pemikiran antara orang dulu dan sekarang, tetapi pucuk pangkalnya ia terpulang kepada diri-sendiri.

“Walaupun kita sudah sampai kepada zaman siber sekalipun, asal-usul kita jangan dilupakan,” ulas Jasmin dengan panjang lebar.

Semakin matang

Seperti yang diketahui, Jasmin telah disahkan bercerai dengan suaminya, Ian Rashid Macquistan, 36, pada 4 Februari 2008.

Walaupun masih menyembunyikan status sebenarnya kini, Jasmin berkata kehidupannya masih sama seperti dulu dan bahagia dengan dua orang putera dan seorang puteri hatinya.

Mereka adalah Rohana, 21, Luqman Hakim, 14, dan Ian Haziq, 8.

“Kehidupan saya tidak banyak berubah malah saya menjadi semakin matang. Saya suka mengambil iktibar kepada apa yang berlaku di sekeliling sama ada yang buruk atau yang baik serta kesannya.

“Saya dan anak-anak masih menjalankan kehidupan seperti dulu. Kami masih menjadi keluarga yang bahagia.

“Apabila ada masa terluang, saya akan habiskan masa bersama anak-anak di rumah atau keluar jalan-jalan.

“Tetapi apabila berjalan dengan saya, anak-anak akan cepat bosan sebab sepanjang perjalanan mesti ada sahaja orang nak bergambar dengan saya.

“Kadangkala rindu juga dengan zaman dulu sebab kita tak kisah dengan apa yang dilakukan tetapi sekarang perlu berhati-hati kerana ada juga tempat yang boleh mengundang bahaya,” ujar Jasmin yang sentiasa membawa anak-anaknya berlibur di luar sekali dalam masa sebulan.

Enggan toleh ke belakang

Tahun 2009 baru sahaja membuka lembaran baru. Begitu juga dengan Jasmin yang memasang azam baru untuk tidak menoleh ke belakang lagi.

“Saya tak nak tengok lagi apa yang berlaku di belakang tetapi saya nak terus berjalan ke depan sehingga mencapai apa yang diimpikan.

“Biarlah impian itu saya rahsiakan untuk saya seorang sehingga apabila sudah tercapai satu masa nanti, saya akan kata ‘I work for it’ dan saya tahu yang impian itu tercapai mengikut rezeki masing-masing,” akhiri wanita berbintang Virgo ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan