AJL23: Zahid ganti Mawi duet dengan Heliza?

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AGAK mengejutkan apabila penyanyi yang baru melangsungkan perkahwinannya pada 20 Disember lalu, Asmawi Ani atau Mawi dikatakan menarik diri daripada menyertai Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) pada 18 Januari depan.

Mawi yang sepatutnya berduet dengan Heliza melalui lagu Doa Dalam Lagu bagi kategori Etnik Kreatif itu bakal digantikan oleh seniornya dalam Akademi Fantasia (AF), Zahid AF2.

Lagu Doa Dalam Lagu digubah oleh Ajai manakala liriknya ditulis oleh Allahyarham Loloq atau Rosli Khamis.

Hal tersebut dimaklumkan oleh Ketua Eksekutif Maestro Talent, Freddie Fernandez ketika ditemui di pejabat Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), semalam.

Menurut Freddie, Mawi terpaksa menarik diri kerana dia akan menghabiskan masa sepanjang bulan Januari depan untuk bercuti serta berbulan madu dengan isterinya, Nora’Ashikin Rahmat atau Ekin.

“Biarlah dia bercuti, lagi pun kali ini baru pertama kali dia mengambil cuti panjang. Dia baru sahaja berkahwin. Dia akan berkerja semula pada 1 Februari depan.

“Selepas melangsungkan resepsi ketiga di Palace of The Golden Horses pada 11 Januari depan, dia akan bertolak ke luar negara untuk berbulan madu dengan isterinya.

“Kemungkinan Zahid akan menggantikan Mawi untuk berduet dengan Heliza,” kata Freddie selepas mengadakan sidang media Majlis Taklimat Program Akreditasi.

Sebelum ini, Mawi memaklumkan dia dan isteri akan berbulan madu di negara Korea selama seminggu atas tajaan Korea Tourism.

Selepas itu jika punya kelapangan masa, pasangan ini akan ke Syria di mana tempat itu menjadi saksi momen indah Mawi melamar Ekin untuk menjadi suri hidupnya.

Dalam pada itu, ketika mendapatkan pengesahan daripada pihak penganjur TV3, setakat ini mereka dalam perancangan terakhir untuk proses pemilihan AJL23 dan segala perkembangan terbaru akan diumumkan dalam sidang media pada Selasa depan, 6 Januari, di Sri Pentas TV3.

Dua hari lalu, sebuah akhbar tempatan mengeluarkan kenyataan Heliza mengenai rakan duetnya itu tidak dapat turut serta bersamanya.

Kata Heliza, Mawi tidak dapat berkongsi pentas bersama kerana masih lagi bercuti selepas melangsungkan perkahwinannya baru-baru ini.

Walaupun sedikit terkilan, dalam masa yang sama Heliza akui memahami situasi Mawi.

Selain lagu Doa Dalam Lagu, dua buah lagu kategori Etnik Kreatif yang turut berjaya ke peringkat akhir adalah Dusta Berkalang, nyanyian Aiman (Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya); dan Persoalan Cinta oleh Farawahida (Julfekar/Ku Seman/Izza Rosley).

Bagi kategori Balada pula, lagu yang layak ialah Dingin dendangan Ziana Zain, ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik Azalea, Sampai Syurga dendangan Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir), Bila Nak Saksi oleh Spider (Tam/Loloq), Hanya Di Mercu nyanyian Ayu (Aubrey Suwito/Habsah Hassan), Cuba oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir) dan Lagu Kita nyanyian Aizat (Aizat).

Sementara lagu bagi kategori Pop Rock adalah Bukan Di Sini yang dicipta dan lirik serta dinyanyikan sendiri kumpulan Sofaz, Yang Pernah (Estranged), Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain), Kalis Rindu (Aidit Alfian/Ad Samad/Elyana) dan Aku Stacy (Intan Norul Azlin/Intan Norul Azlin dan Layla Ismail/Stacy).

AJL23 bakal diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 Januari depan dan disiarkan secara langsung oleh TV3 mulai pukul 9 malam.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan