Aaron beli 9 tas tangan LV untuk isteri tercinta!

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aaron Aziz tidak kejar populariti.
Aaron Aziz tidak kejar populariti.

WAJAHNYA sering menjadi buruan pengarah dan penerbit untuk berlakon dalam produksi mereka. Sebut saja nama Aaron Aziz, pasti ramai terbayangkan rupa parasnya yang kacak dan berbadan sasa.

Selain bersandarkan aset dimilikinya itu, Aaron juga berjaya menghasilkan mutu lakonan baik penuh penghayatan. Justeru tidak hairanlah dia kini menjadi pilihan berbanding pelakon lelaki lain yang tidak kurang kacaknya.

Sebagai Bintang Eksklusif Astro Megadrama bersama pelakon yang mendapat jolokan Ratu Filem Melayu, Erra Fazira, Aaron kini terikat untuk berlakon drama yang disiarkan di Astro saja.

Biarpun menjadi duta untuk Astro Megadrama namun agak payah untuk menyaksikan kemunculan aktor kacak di di Saluran Astro, ketika diajukan soalan tersebut, jejaka berbintang Aquarius ini hanya tergelak sambil berkata:

"Saya tak kejar populariti sejak masuk dalam bidang ini sekitar tahun 2004. Mungkin drama saya lambat ditayangkan sebab jangka masa penayangan sesebuah drama bersiri di Astro lama, ada yang mencecah sehingga 60 episod bagi sebuah drama.

"Jadi kalau drama lakonan saya keluar lambat, penonton akan tertunggu-tunggu dan secara tidak langsung ia dapat tingkatkan rating drama tersebut," kata Aaron.

Jelasnya lagi, menjelang tahun hadapan terdapat beberapa buah drama lakonannya bakal disiarkan di kaca televisyen antaranya adalah, telemovie Hang Tuah (TV3), Cinta Gila, Cinta Q, Rahsia Hati.

Bukan anak emas Astro

Menjadi duta di saluran berbayar, Astro pasti ramai yang melabelkan Aaron sebagai anak emas stesen tersebut, namun Aaron menyangkal dakwaan tersebut.

"Itu tak betul saya bukan anak emas Astro. Saya suka bekerja dengan Astro sebab saya rasa jadual saya macam teratur dan saya rasa stabil.

"Lagipun saya tak payah pening-pening kepala sebab tumpukan pada satu-satu drama pada satu-satu masa," kata duta produk Men Expert keluaran L'Oreal Paris ini.

Menurut Aaron lagi, biarpun ada pihak yang cuba memancingnya dari Astro namun dia terpaksa menolaknya secara baik kerana berdasarkan kontrak yang telah ditandatanganinya itu memerlukannya mendapat kebenaran Astro terlebih dahulu.

Tambahnya lagi, kontraknya sebagai duta Astro Megadrama akan tamat pada bulan Mac tahun hadapan.

"Setakat ini belum tanda tangani kontrak baru. Semuanya terserah kepada Astro, kalau dapat offer lagi saya tak kisah, saya terima saja," ujar aktor yang berasal dari Pasir Ris, Singapura ini.

Keluarga tetap jadi keutamaan

Biarpun sibuk dengan dunia lakonan namun bagi jejaka kelahiran Kota Singa ini keluarga tetap menjadi keutamannya.

"Still ada break, walaupun saya sibuk berlakon. Baru-baru ini saya bawa mereka bercuti di Hong Kong dan Los Angeles (LA). Saya bawa mereka pergi jalan-jalan sebagai tanda menghargai mereka terutama isteri saya yang banyak berkorban untuk saya selama ini.

"Bila ada masa terluang saya suka lepak dan habiskan masa bersama keluarga. Lagipun duduk bila kita habiskan masa bersama keluarga dapat erat kasih sayang di antara saya dan anak-anak," kata bapa kepada Danish Anaqi, 4, dan Dwi Aryana, 2, hasil perkongsian hidup bersama isteri tercinta.

Jelas Aaron lagi, sebagai tanda kasih dan cinta buat isteri tersayang, Diyana Halik, 26 dia telah berjanji untuk menghadiahkan isterinya sebuah tas tangan Luis Vuitton (LV) bagi setiap kontrak yang diperolehinya.

"Saya telah belikan dia (isteri) 9 tas tangan LV masa percutian kami di LA dan Hong Kong bulan Oktober yang lalu. Saya tak kisah dia sukakannya jadi saya belikan, lagipun untuk sapa lagi kalau bukan dia," ujar aktor yang mencipta nama dalam drama bersiri Sumaiyah satu ketika dahulu.

Menurut Aaron lagi, jika mengikut kalendar Cina, tahun 2009 adalah tahun yang kurang bagus untuk mereka yang lahir pada tahun Naga namun perkara sebaliknya berlaku pada dirinya kerana jadual penggambarannya pada tahun hadapan sudah penuh hingga ke hujung tahun.

"Tahun depan saja beberapa akan habiskan shooting beberapa buah filem seperti, Ransan, Anu Dalam Botol dan KL Drift 2.

"Beberapa buah filem saya jugak akan temui penonton tahun depan antaranya adalah, Pisau Cukur, Bohsia dan Shh..Dia Datang," katanya yang punya syarikat produksi, Aaron Aziz Production di negara kelahirannya.

Jelas Aaron, syarikat produksinya itu, menerbitkan rancangan berbentuk hiburan yang kebanyakannya disiarkan di saluran Suria, MediaCorp Singapura.

Belum puas berlakon

Sebagai pendatang baru di pentas lakonan tanah air, Aaron dianggap bertuah kerana telah diberi peluang membawakan pelbagai watak dalam karier seninya sejak empat tahun yang lalu.

Biarpun pernah meraih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pesta Perdana Singapura dan Personaliti Paling Popular Singapura (2003, 2004, 2005), Aaron berkata, dia belum puas dengan pencapaiannya sekarang kerana berasakan mampu melakukan yang lebih baik.

Menurut Aaron lagi, biarpun masih baru, dia bertuah kerana berpeluang membawakan pelbagai watak baik, jahat dan komedi dalam lakonan sebelum ini sama ada di televisyen mahupun di layar perak.

"Namun, sebagai pelakon, saya sentiasa mahukan watak berbeza yang mencabar seperti orang cacat, matang dan lainnya. Tidak semestinya membawakan watak hero atau penjahat saja, tetapi watak yang meninggalkan kesan kepada penonton.

"Saya berharap dalam masa terdekat, akan layak bertanding dan menang di Festival Filem Malaysia. Sebenarnya dalam filem Evolusi KL Drift dulu, nama saya sepatutnya tercalon dan ramai yang memuji lakonan saya. Mungkin belum rezeki saya lagi dan mana tahu masa depan terbuka cerah selepas ini," katanya.

Azam 2009

Menjelang tahun baru yang bakal tiba esok, si jejaka kacak ini tidak terlepas diajukan mengenai azam tahun barunya.

Bagi Aaron untuk tahun 2009, dia ingin menjadi suami serta ayah yang baik kepada keluarganya. Disamping terus memperkukuhkan namanya sebagai pelakon yang berwibawa di pentas lakonan di Malaysia.

"Saya nak jadi ayah dan suami yang baik.Selain daripada itu, saya nak terus cipta nama sebaris dengan pelakon-pelakon yang disegani seperti Datuk Rahim Razali, Maya Karin dan ramai lagi. Saya sangat menghormati nama-nama besar dalam bidang lakonan di negara ini," ujarnya mengakhiri perbualan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan