Ako dan Tina sanding ikut adat Bajau

Diterbitkan: Jumaat, 26 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ako dan Tina dijangka akan bernikah di Masjid Daerah Sandakan tidak lama lagi. -foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN
Ako dan Tina dijangka akan bernikah di Masjid Daerah Sandakan tidak lama lagi. -foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN

UMUM sudah mengetahui aktor kacak Ako Mustapha, 37 dan tunangnya Kartina Abdullah, 28 bakal menamatkan zaman bujang masing-masing dalam masa terdekat ini.

Namun satu perkara yang masih menjadi rahsia adalah apabila Ako mahupun Tina masing-masing masih mengunci mulut berhubung tarikh sebenar perkahwinan mereka.

Menurut dramatis terkenal ini, semuanya bakal diumumkan dalam masa terdekat pada awal bulan Januari tahun hadapan.

“Bukan berniat untuk merahsiakan tarikh perkahwinan kami, tapi masanya belum sesuai kerana ada sedikit perkara berhubung perkahwinan kami yang masih belum diselesaikan lagi.

“Insya-Allah kami akan umumkannya dalam masa terdekat pada awal Januari nanti,” katanya yang ditemui selepas menyaksikan pratonton Astro Megadrama di The Gardens baru-baru ini.

Menceritakan lebih lanjut mengenai penangguhan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Oktober lalu, Ako berkata jadual penggambarannya menyebabkan perkahwinan tersebut terpaksa ditunda ke awal tahun hadapan.

“Jadual penggambaran saya terlalu padat. Hari-hari di lokasi penggambaran, dari pagi sampai petang. Lebih-lebih lagi untuk drama Kapten Boleh sebanyak 60 episod.

“Selain itu, drama ini juga banyak gunakan teknik janaan komputer (CGI) dan penggunaan CGI ini makan masa yang banyak.Macam mana nak uruskan perkahwinan kalau hari-hari sibuk di lokasi.

“Kami berdua akan mencuba baju untuk pernikahan dan persandingan dalam masa terdekat. Insya-Allah mungkin lepas itu kami akan umumkan jika tak ada apa-apa halangan, namun itu hanya perancangan sahaja,” ujar pelakon yang pernah putus cinta dengan pelakon, Jue Aziz.

Sanding ikut adat Bajau

Menceritakan lebih lanjut mengenai perkahwinannya Ako menyerahkan kepada bakal isterinya menentukan persiapan serta pemilihan tema yang sesuai pada majlis perkahwinan mereka kelak.

Menurut Kartina yang lebih mesra dipanggil Tina, majlis pernikahan mereka akan diadakan di Masjid Daerah Sandakan.

“Sebenarnya kami berdua mahukan perkahwinan yang ’simple’ yang penting perkara yang wajib didahulukan.Tema perkahwinan kami adalah ’Malay-English style’.

“Upacara akad nikah akan diadakan di Masjid Daerah Sandakan. Pada upacara tersebut Ako akan memberi tujuh dulang hantaran termasuklah duit mas kahwin dan pihak perempuan akan membalas sembilan dulang hantaran.

“Satu kelainan pada majlis kami nanti, Ako tidak akan memberikan duit hantaran pada majlis tersebut,” katanya.

Mengamalkan sifat sederhana bagi Tina, apa yang lebih penting perkara yang wajib didahulukan dan perkara tersebut akan diadakan mengikut adat orang Bajau.

“Bagi majlis akad nikah saya akan pakai baju kurung moden warna putih gading rekaan Calvin Thoo. Calvin juga dilantik sebagai perancang perkahwinan kami.

“Calvin ini kawan baik Ako, mereka satu sekolah rendah masa kecil dulu. Calvin akan mereka baju untuk saya dan Ako bagi majlis kami itu nanti,” katanya ceria.

Istimewanya perkahwinan pasangan Ako dan Tina adalah pada majlis persandingan apabila kedua mempelai ini akan menyarungkan busana adat orang Bajau.

“Kami berdua akan pakai baju Bajau bagi majlis persandingan yang akan diadakan di rumah. Sementara itu untuk satu lagi majlis persandingan yang akan diadakan di Hotel Sanbay, kami akan memakai ‘evening dress’ warna ‘baby blue'.

“Paling istimewa masa perkahwinan kami adalah menunya kerana kami sediakan masakan orang Bajau iaitu daging sup hitam,” ujar gadis dari Borneo ini.

Menurut Tina, majlis resepsi yang akan diadakan di hotel tersebut akan dihadiri oleh saudara-mara tedekat dan teman-teman rapat sahaja.

“Jemputan saya pun tak ramai untuk majlis resepsi di hotel, hanya sekitar 300 tetamu sahaja,” katanya.

Tak selesa majlis perkahwinan ditaja

Bergelar selebriti nyata membawa tuah kepada mereka lebih-lebih lagi apabila tiba hari perkawinan mereka dan Ako juga tidak terlepas daripada diajukan soalan yang sama.

Namun bagi anak jati Kuala Lumpur ini, dia lebih selesa jika dapat mengeluarkan wang sendiri pada majlis perkahwinannya nanti.

“Bukan saya menolak tuah, cuma saya tak berapa selesa ditaja walaupun saya artis. Bagi saya sebagai lelaki saya mahu mengeluarkan duit sendiri untuk merealisasikan impian perkahwinan kami, tapi saya tetap terima jika mereka mahu menaja perkahwinan kami.

“Macam Calvin pulak lain, dia taja pakaian perkahwinan kami sebab dia kawan baik saya. Saya kenal dia sejak zaman sekolah rendah sampai sekarang,” ujar Ako.

Berdebar bila tarikh semakin dekat

Semakin dekat tarikh perkahwinan mereka, Ako dan Tina masing-masing semakin berdebar-debar menunggu saat mereka diijabkabulkan.

“Entah la, makin dekat hari perkahwinan kami, saya dan Tina makin berdebar-debar. Namun saya tak nafikan kami tak sabar nak kahwin,”kata Ako sambil mengusik Tina disisi.

Jelas terpancar seri pengantin diwajah Ako dan Tina, namun pasangan ini masih lagi sibuk membuat persiapan terakhir menjelang hari bahagia mereka.

“Saya masih sibuk di lokasi, kadang-kadang saya rasa penat sangat berkejar nak shooting dan pada masa yang sama kena buat persiapan kahwin. Jadi, Tina banyak membantu saya.

“Saya bersyukur sangat, dia bukan hanya tunang saya malah dia seorang pengurus yang baik,” ujar Ako sambil mengerling kepada Tina tersenyum ceria di sisinya.

Pilih Ako kerana ‘sekepala'

Sementara itu, menyelami perasaan gadis manis itu yang berdarah kacukan Bajau (sebelah ayah) dan Filipina (ibu) itu, dia menjelaskan jolokan aktor popular bukan sebab utama dia menerima lamaran Ako tetapi hati budi dan pekerti jejaka itu menambat hatinya.

"Saya mengenali Ako melalui seorang kawan dan kami bermula sebagai sahabat sebelum serius menjalin hubungan. Itupun selepas saya yakin dengan cintanya terhadap saya.

"Kami `sekepala' dan Ako juga sangat memahami saya. Dia juga ikhlas menerima saya dalam hidupnya. Kami turut membaca buku mengisahkan perhubungan lelaki dan wanita. Selepas membacanya, membuatkan kami lebih memahami antara satu sama lain.

"Keluarga saya juga tidak menghalang perhubungan kami meskipun mereka mengetahui kisah silam Ako. Bagi saya kisah lama tidak perlu diungkit kerana ia sudahpun berlalu,” ujar Tina ceria.

Suka anak ramai

Ditanya mengenai perancangan pasangan ini selepas berumahtangga, nyata aktor kacak ini suka akan kanak-kanak.

“Kami tak merancang, tapi saya suka anak ramai, kalau boleh satu pasukan bola sepak dengan pasukan simpanan sekali,” ujarnya dalam nada bergurau.

Menurut Ako dia juga bercadang untuk membuka perniagaan francais bersama Tina selepas berkahwin.

“Saya bercadang nak buka ‘private franchising’ yang berasaskan produk harian. Produk apa, masih dalam perbincangan dan ini juga sebagai salah satu sumber pendapatan saya selain berlakon,” ujar pelakon yang pernah membintangi drama bersiri arahan Rashid Sibir, Seri Pengantin.

Ako juga berharap dengan perkahwinannya nanti ia akan mengakhiri gosip serta tohmahan yang pernah dilemparkan kepadanya sebelum ini.

“Saya harap lepas kahwin semua cerita tak baik mengenai saya tidak akan digembar-gemburkan lagi. Saya harap perkahwinan ini akan membawa kebahagian kepada kami berdua dan ia kekal sampai bila-bila,” katanya sambil melirik manja Tina yang berada di sisi.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan