Idham gian nak arah filem seram Niyang Rapik

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah Ahmad Idham begitu teruja hendak mengarah filem seram seperti Jangan Pandang Belakang Congkak.
Pengarah Ahmad Idham begitu teruja hendak mengarah filem seram seperti Jangan Pandang Belakang Congkak.

BERMULA dengan kutipan box-office filem Jangan Pandang Belakang, pengarah tersohor Ahmad Idham Ahmad Nadzri semakin gian untuk membuat filem bergenre seram, di mana selepas itu beliau mengarah filem Congkak, Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC) dan terbaru filem Niyang Rapik.

Filem bergenre komedi seram JPBC baru sahaja menyelesaikan pengambaran selama 25 hari di Perlis dan Kedah pada Isnin lalu.

Berbalik kepada perancangan untuk membuat filem Niyang Rapik, Idham berkata pada mulanya dia mahu menghasilkan drama bersiri Puaka Niyang Rapik dalam bentuk filem namun hajat tersebut tidak kesampaian.

Bagaimanapun, Idham tetap akan meneruskan cita-citanya itu dengan mengekalkan nama Niyang Rapik tetapi dengan struktur dan jalan cerita yang berbeza daripada drama bersiri yang disiarkan oleh slot Seram di TV3 itu.

Menurut Idham, filem Niyang Rapik yang dijangka akan dibuat pada bulan Mac tahun depan itu mengisahkan sekumpulan pelajar yang mengambil kursus Arkeologi melakukan kajian sejarah di sebuah kampung bernama Niyang Rapik.

"Saya ingin membuat filem ini dalam bentuk 'adventure horror'. Cerita tersebut turut menunjukkan tentang seorang daripada rakan mereka yang terkena santau.

"Kemudian, apabila mereka ke kampung tersebut, rupa-rupanya penyakit yang dialami oleh remaja itu bukan disebabkan oleh santau tetapi disebabkan perkara lain.

"Saya boleh bayangkan yang cerita ini lebih kurang seperti filem Final Destination," ulas Idham penuh teruja.

Final Destination adalah sebuah filem ngeri tahun 2000 tentang sekumpulan pelajar yang 'menipu kematian' setelah terlepas dari kemalangan pesawat apabila sebelumnya salah seorang daripada mereka melihat prarasa kematian mereka, tetapi tidak lama setelah itu, mereka mula mati satu demi satu dalam kemalangan misteri yang mengerikan.

Skrip filem ini awalnya ditulis oleh Jeffrey Reddick sebagai nota spekulasi untuk X-Files. (Pengarah James Wong bekerja sebagai penulis, pengarah dan penerbit siri itu).

Cerita ini memiliki beberapa persamaan dengan episod The Twilight Zone berjudul "Twenty-Two".

Tambah Idham, setiap pelakon yang hanya menampilkan seorang wanita manakala selebihnya lelaki dalam kumpulan pelajar itu mempunyai karektor tersendiri dan berlainan di antara satu sama lain.

“Saya akan cuba menggarapkan watak yang berlainan kepada setiap pelakon. Dalam kumpulan pelajar tersebut, ada yang bersikap alim, ada yang penakut dan sebagainya. Jadi, cerita ini akan bermain dengan karektor masing-masing,” ujar Idham yang enggan meuar-uarkan terlebih awal senarai pelakon yang bakal membintangi filem ini.

Dalam pada itu, ada sumber mengatakan kemungkinan Idham akan mengambil pelakon yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini seperti Fizz Fairuz, Zed Zaidi dan Cat Farish.

Senario The Movie: Episode 2

Atas kejayaan filem Senario The Movie: Episode 1 mengutip RM4.2 juta semasa ditayangkan di pawagam pada Oktober lalu, tidak mustahil jika Idham berhasrat untuk menyambung sekuel filem komedi tersebut.

“Insya-Allah, saya juga akan mengarah filem Senario The Movie: Episode 2 dahulu sebelum filem Niyang Rapik.

“Skrip filem itu sudah siap. Menariknya tentang episod kedua ini, kita akan tampilkan watak Mazlan, Wahid dan Azlee sebagai ‘beach boy’ pula,” beritahunya.

Sam, Lan dan Cat hidupkan filem JPBC

Menyentuh tentang pengambaran filem Jangan Pandang Belakang (JPBC) yang telah menyelesaikan pengambaran dengan lancar itu, Idham berkata watak Mazlan, Cat Farish dan Shaheizy Sam berjaya menghidupkan filem bergenre komedi seram ini.

“Industri filem kita jarang menghasilkan filem komedi seram ketika era kini dan saya rasa pemilihan pelakon juga mampu menghidupkan filem sebegini.

“Mazlan Pet Pet dan Cat Farish memang sudah terkenal dengan lakonan mereka dalam filem seram dan komedi sebelum ini.

“Namun, kita tidak pernah terfikir yang Shaheizy Sam mampu buat atau tidak.

“Saya pernah bekerjasama dengan Sam dalam drama bersiri Impak Maksima sebelum ini dan kali ini saya mahu dia cuba berlakon dalam filem ini.

“Memanglah Sam menggantikan watak Pierre Andre dalam filem ini, namun cara lakonan Pierre dan Sam adalah berbeza sama sekali.

“Sam nampak seperti mat ‘blur’ manakala Pierre pula seorang yang romantik.

“Bagaimanapun, skrip masih sama cuma karektor Sam dalam filem itu perlu ditingkatkan dari segi pergerakan badan dan cara penyampaian dialog,” tutur Idham.

Mengenai penyingkiran Pierre dalam filem tersebut, Idham tidak mahu bercakap banyak malah menyokong setiap tindakan produksi demi kejayaan filem tersebut.

“Dalam industri ini, saya sudah malas nak fikirkan perkara yang remeh seperti ini. Kalau saya nak kecewa, nanti tak tentu arah pula. Jadi, saya tak tahu nak buat apa.

“Lagipun, saya tidak meletakkan kerja ini di bahu saya seorang malah turut mengambil kira pendapat orang lain juga. Apa yang saya harapkan supaya produksi filem ini berjalan lancar dan berjaya,” jawab Idham mengenai penyingkiran Pierre di dalam filem yang bakal ditayangkan sekitar Jun atau Julai tahun depan ini.

Filem terbitan Metrowealth Production Sdn. Bhd (MIG) ini telah memulakan pengambaran sejak 25 November lalu membariskan pelakon seperti Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Sam Shaheizy, Lisa Surihani, Azlee Senario, Piee, Dina (Malaysian Idol), Zarina AF, Mas Muharni, Den Wahab, Bob Kuman dan ramai lagi.

Jangan Pandang Belakang Congkak merupakan sebuah filem yang akan membawa konsep komedi seram dengan sedikit unsur-unsur percintaan.

Keistimewaan filem ini berbanding filem-filem lain yang satu genre dengannya adalah, ia menggabungkan elemen seram dengan komedi. Ini merupakan percubaan pertama bagi filem yang bercorak begini tetapi dirasakan formula ini mampu menarik minat para penonton.

Ditambah pula dengan sejarah filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak yang mencapai kutipan box office maka dengan itu dirasakan dengan menggabungkan kedua-dua tajuk menjadi satu - Jangan Pandang Belakang Congkak ini akan menarik lagi minat penonton untuk menyaksikan filem ini.

Selain itu, MIG menerbitkan filem Remp-it V3 arahan Farid Kamil. MIG akan tampil dengan Brainscan: Aku dan Topi Ajaib pada hari ini, 25 Disember, Syurga Cinta dan Jangan Tegur pada awal tahun 2009.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan