10 gadis jelita terpilih untuk 'Pesona Nona' musim ketiga

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Serba putih - 10 gadis jelita yang berjaya terpilih untuk Pesona Nona musim ketiga.
Serba putih - 10 gadis jelita yang berjaya terpilih untuk Pesona Nona musim ketiga.

Pencarian gadis berbakat dan berpenampilan menarik untuk menyertai Pesona Nona telahpun dijalankan bermula 1 November hingga 30 November yang lalu di serata Malaysia.

Lebih 600 peserta hadir telah mencuba nasib namun hanya 34 peserta disenarai pendek kemudiannya saringan dijalankan dan 10 peserta sahaja yang berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Segmen realiti Pesona Nona yang dibawa khas oleh SAFI ini akan disiarkan melalui program khusus untuk wanita, NONA bermula pada 4 Januari 2009, setiap Ahad, jam 2.00 petang.

Majlis sidang media yang diadakan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato’ Sri Farid Ridzuan, Pengurus Besar Majalah dan Dokumentari Primework Studios, Ahmad Kamaludin Zaba’ai, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Puan Nurul Aini Abu Bakar dan Sherina Nordin.

Majlis ini turut menyaksikan penyerahan hamper dari penaja utama segmen Pesona Nona iaitu SAFI, (disampaikan oleh Pengurus Kanan Produk, Mahsuri Sulaiman) dan penaja hadiah untuk pemenang Pesona Nona yang terdiri dari RAFFLESIA (disampaikan oleh Pengurus Operasi Rafflesia, Ivy Yuen), untuk baucer Fabrik Ekslusif Jakel (disampaikan oleh Pengarah Perhubungan Awam Jakel, Saiful Izhar Senawi) dan trofi Pesona Nona disumbangkan oleh Pengasas langkawiicrystaal, Abdoul Rahman Abdullah.

Majlis penyampaian ini disempurnakan oleh wakil TV3, Dato’ Sri Farid Ridzuan.

10 gadis Pesona Nona yang berasal dari pelbagai latar belakang, pengajian dan kerjaya yang berbeza ini akan memulakan kelas latihan intensif mereka bermula pada 23 Disember sebagai persedian sebelum bakat mereka dinilai.

Antara kelas yang akan mereka ikuti ialah tatarias, pengucapan awam, asas kewartawanan, intonasi vokal, bagaimana menghadapi dunia glamor, memasarkan diri dan membina keyakinan diri.

Pengajar-pengajar yang menggalas tanggungjawab membimbing para peserta ialah jurumakep Nurol Shukor, Zainal Ariffin Ismail, Nurfarahin Jamsari, Mazidul Akmal Sidek, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Datuk Yusof Haslam dan Winnie Quah.

Untuk melayakkan 10 gadis Pesona Nona ini sebagai finalis, mereka harus memiliki kriteria seperti mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sijil Diploma atau menuntut di institut pengajian tinggi yang diiktiraf, wanita berusia 17 hingga 25 tahun,berstatus bujang, berwajah menarik (fotogenik & telegenik), kebolehan bertutur dwi bahasa (bilingual), memiliki tahap vokal yang mantap dan mampu untuk berkomunikasi dengan baik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Dato’ Amrin Awaluddin, "Objektif program realiti ini ialah untuk mencungkil serta menggilap bakat-bakat baru untuk diketengahkan sebagai seorang pengacara mahupun sebagai wartawan penyiaran yang berkaliber.

"Peserta yang terpilih akan mendapat latihan intensif pengacaraan dan kewartawanan sama ada untuk program-program rakaman mahupun secara langsung seperti dua pengacara yang dicungkil dari Pesona Nona musim pertama dan kedua, Noor Azean Abdol Karim (Pengacara MEDIK TV) dan Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan (Pengacara NONA)."

Jelas beliau lagi, "Melalui program ini penonton boleh melihat bahawa kerjaya dalam bidang ini bukanlah mudah. Sebaliknya, seseorang harus mempunyai komitmen dan pendidikan tinggi serta personaliti yang dinamik.

"Mereka harus memiliki ciri-ciri yang versatil, di samping mempunyai personaliti yang menarik dan berkeyakinan tinggi. Di samping itu, setiap peserta akan diberikan tugasan yang akan memperlihatkan kredibiliti setiap peserta."

Manakala menurut penerbit Nona, Syarida Sharif, "TV3 sendiri akan dijadikan pusat pembelajaran untuk peserta memahami dengan lebih dekat lagi senario sebenar dunia penyiaran.

"Tunjuk ajar dari tenaga pengajar profesional dan berpengalaman akan memastikan misi untuk melahirkan bakat baru yang bakal menyinari dunia penyiaran tanahair tercapai. Setiap peserta diberikan tugasan untuk diselesaikan dan mereka akan dinilai dari pelbagai aspek di antaranya cara penyampaian, melaksanakan tugasan, kesungguhan dan keyakinan ketika berhadapan dengan kamera."

Pakaian pada sidang media ini ditaja oleh Noor Arfa Batik dan WH untuk kumpulan Koir, Hazree Wahid Couture untuk Hasfizza, pakaian Ally Iskandar ditaja oleh WH manakala peserta-peserta Pesona Nona musim ketiga ditaja oleh Forever 21, Treats, WH dan SND Boutique.

Sejarah Pesona Nona:

Mula diperkenalkan pada tahun 2006 dibawa oleh Safi.

Pemenang Musim Pertama: 1. Noor Azean Abdol Karim (Pengacara MEDIK TV) 2. Shana Avril (Pelakon & Model) 3. Sharnaz Saberi (Pelajar)

Pemenang Musim Kedua 1. Syarifah Norashikin (Pelakon Iklan) 2. Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan (Pengacara NONA) 3. Siti Nurzafriza Mohd. Zin (Mengikut suami ke London)

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan