Isteri sahkan Radhi OAG sudah lafaz cerai

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Vokalis utama Kumpulan Old Automatic Garbage (OAG) Mohd Radhi Razali, 31, dan isteri, Shazlin Sharif, 30, kelihatan sugul ketika ditemui wartawan Bernama di Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Pantai di sini ketika melawat anak lelaki mereka, Muhd Rifdhi Muslim yang berusia tiga setengah yang terjatuh dalam kolam renang rumah mentuanya di Petaling Jaya semalam. Muhd Rifdhi dipercayai terjatuh ke dalam kolam renang sedalam 1.5 meter itu ketika cuba mengambil alat permainannya, sebuah bot plastik, dari kolam itu. -foto Bernama
Vokalis utama Kumpulan Old Automatic Garbage (OAG) Mohd Radhi Razali, 31, dan isteri, Shazlin Sharif, 30, kelihatan sugul ketika ditemui wartawan Bernama di Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Pantai di sini ketika melawat anak lelaki mereka, Muhd Rifdhi Muslim yang berusia tiga setengah yang terjatuh dalam kolam renang rumah mentuanya di Petaling Jaya semalam. Muhd Rifdhi dipercayai terjatuh ke dalam kolam renang sedalam 1.5 meter itu ketika cuba mengambil alat permainannya, sebuah bot plastik, dari kolam itu. -foto Bernama

[SEMASA] VOKALIS OAG, Mohd. Radhi Razali atau Radhi, 31, sekali lagi gagal menghadiri prosiding tuntutan fasakh yang dikemukakan isterinya, Shazlin Sharif, 30.

Alasan yang diberikan ialah beliau terpaksa menghadiri penggambaran di Kedah. Dan hal ini telah disampaikan oleh Shazlin ketika prosiding pagi semalam di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Masuk hari semalam, bermakna sudah kali keempat Radhi tidak hadir ke mahkamah.

Dalam pada itu, peguam syarie Noorafizah Abdul Azis yang mewakili Shazlin meminta supaya mahkamah mengeluarkan notis amaran kepada Radhi yang tidak diwakili oleh peguam.

Pada 24 Oktober lalu, Shazlin telah menyerahkan afidavit penyampaian permohonan kepada Radhi namun suaminya enggan menandatanganinya.

Bagaimanapun, menurut Noorafizah, Radhi telah menandatangani afidavit penyampaian permohonan untuk pengesahan lafaz cerai pada 15 Disember lalu.

Oleh itu, Shazlin mengesahkan Radhi sudah melafazkan cerai.

Shazlin mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 57, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Shazlin juga pernah mendakwa yang dia tidak ingat bila Radhi melafazkan cerai terhadapnya.

Ditanya sama ada permohonan yang difailkan itu berhubung permohonan perceraian ataupun mendapatkan pengesahan lafaz cerai yang telah dibuat, plaintif memberitahu, ia merangkumi kedua-duanya.

Menyentuh mengenai lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh Radhi, Shazlin memberitahu: "Dia cakap mulut dan bukannya SMS (khidmat pesanan ringkas). Ketika itu di rumah, kami duduk sekali tetapi saya pernah membuat perjanjian dengannya. Kalau dia tidak berhenti apa yang dia buat, jadi saya akan tinggalkan dia."

Ketika ditanya apakah reaksi suaminya, Shazlin hanya menjawab: "It's personal".

Shazlin yang juga pelakon drama dan bekas anggota kumpulan Girls In Music (GIM) telah melangsungkan perkahwinan dengan Radhi pada 1 Januari 2005 setelah 12 tahun berkenalan.

Hakim Syarie Ghazali Ahmad memutuskan untuk menunda prosiding tersebut pada 3 Februari 2009 dan mengeluarkan notis amaran kepada Radhi.

Dalam perkembangan lain, Radhi turut gagal menghadirkan diri di satu sidang akhbar anjuran Persatuan Karyawan semalam bagi membuat penjelasan berhubung aksi buka baju dan bersongkok yang beliau lakukan pada Konsert Rock The World 8 baru-baru ini.

Tindakan vokalis dan gitaris kumpulan rock Old Automatic Garbage (OAG) mendapat cemuhan dan kritikan ramai kerana perbuatan itu dianggap mencemarkan budaya tempatan.

Ini kerana penggunaan songkok sering dikaitkan dengan tempat serta imej yang elok seperti untuk ke masjid atau majlis rasmi di istana telah disalahgunakan pada konsert yang berlangsung di Secret Garden, Stadium Negara.

Ketika diminta mengulas kejadian itu, wakil penganjur Mohamed Zahid Yon dari Fat Boys Records Sdn Bhd berkata, beliau enggan mengulas lebih lanjut.

"Yang penting saya hendak berjumpa dengan Radhi untuk mendengar sendiri penjelasan daripada beliau," kata Zahid yang juga Ketua Eksekutif FatBoys Records Sdn Bhd.

"Apa-apa pun kena tunggu sidang media yang akan diadakan oleh pihak Karyawan dalam masa terdekat ini," katanya.

Presiden Karyawan, Freddie Fernandez juga mengambil sikap tunggu dan lihat.

"Saya tak nak komen panjang. Apa yang boleh saya katakan sidang media dibatalkan kerana Radhi berada di Kedah menjalani penggambaran," jelas Freddie.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan