Ramalan juri profesional tidak tepat , Khai-Rosma yang tersingkir.

Diterbitkan: Isnin, 22 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dua pasangan yang layak ke final - Amyza-Khairil dan Lisda-Fauzi.
Dua pasangan yang layak ke final - Amyza-Khairil dan Lisda-Fauzi.

PENGUMUMAN Khai dan Rosma terkeluar pada pusingan ke 9 malam semalam bukanlah suatu kejutan. Malah, ramai yang sudah menjangkakan pasangan lebih 'senior' Lisda-Fauzi dan Amyza-Khairul yang akan mara ke final, hari Sabtu 27 Disember ini.

Ini berdasarkan dari undian yang diterima setiap minggu di mana nama kedua pasangan ini senantiasa berada di tangga ke atas.

Walaupun kedua juri tetap Linda Jasmin dan Hamzah Tahir membuat pilihan Rosma-Khai dan Lisda-Fauzi ke peringkat akhir disebabkan 'consistency' persembahan mereka selama 9 minggu, keputusan terakhir terletak di tangan penonton.

Nama pun program realiti dan khidmat pesanan ringkas (SMS) penentu kejayaan peserta. Yang nampak hebat, serasi bersama dan pandai menari tidak semestinya mendapat tempat di hati penonton. Dan pilihan penonton untuk disingkirkan semalam ialah Khai dan Rosma.

Begitupun keputusan yang sedikit mengecewakan itu, Khai dan Rosma tetap akur dengan keputusan itu.

Meskipun ramai yang terlepas cakap penyingkiran mereka bagaikan sudah 'diatur' tetapi hakikatnya perjalanan mereka terhenti setakat itu saja.

Yang peliknya, bukannya prestasi Khai-Rosma tidak bagus sebab itu mereka tersingkir. Malah kedua mereka mencatatkan sesuatu yang membanggakan apabila memperolehi 99 peratus dari Linda Jasmin bagi tarian hip-hop, funky street-dance.

Pasangan yang membawa keceriaan pada Sehati Berdansa musim kedua ini menerima kekalahan mereka dengan tenang sementelah berita gembira yang mereka akan menjadi ayah dan ibu tidak lama lagi, bagaikan menutupi kekecewaan semalam.

Mereka juga akur undian penonton tidak lagi menyebelahi mereka sekali pun persembahan mereka cukup membanggakan dan menerima pujian juri profesional.

Kerja keras, komitmen dan dedikasi Khai-Rosma tidak boleh dinafikan. Semua ini dapat dilihat saban minggu dan pujian yang sering diterima dari koreografer mereka, Norhayati Yusof atau Why.

Pasangan ini berjaya mengumpul sebanyak RM 9, 000 bagi membantu dana persatuan kebajikan yang diwakili mereka iaitu Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia.

Amyza-Khairil Vs Lisda-Fauzi

Meskipun undian tertinggi milik pasangan Amyza Aznan dan Khairil Izhar Mohd Nadzir namun realitinya pasangan ini tidak mendapat respon positif dari pihak juri. Malah kedua tarian yang ditarikan mereka hambar dan tiada magis.

Manakala pasangan Lisdawati dan Fauzi Nawawi pula tetap konsisten dan memberi kepuasan kepada juri dengan tarian mereka yang kemas dan menghiburkan.

Walaupun mendapat tempat teratas dari peratusan juri, Lisda-Fauzi 'kalah' di tangan Amyza-Khairil dalam peratusan keseluruhan.

Kini debaran atau lebih tepat tekanan pada pasangan Amyza-Khairil. Sanggupkah mereka menggalas gelaran juara seandainya tarian mereka tidak seindah mana dan mengharapkan bantuan dari SMS saja?

Kalau sudah namanya Sehati Berdansa, kedua suami isteri haruslah pandai menari. Bukan seorang saja yang tampil hebat dan selesa dan seorang lagi tidak dapat memberi 'compliment' pada tarian itu. Begitu juga dengan koreografer, semestinya menonjolkan bunga tari yang unik dan cantik.

Bukannya setiap minggu diulang-ulang benda yang sama. Yang lebih ditekankan ialah emosi dan 'drama' di sebalik tabir.

Ada satu babak di mana airmata atau emosi koreografer Nizam Zakaria bagaikan memancing undi.

Penentuan Juara 'Sehati Berdansa' akan dibuat berdasarkan 100 peratus undian orang ramai.

Kalau diikutkan patternnya, bagaikan sudah 'tersurat' pemenangnya. Namun diharapkan peminat program ini akan lebih bijak menilai.

KEMUNCAK SEHATI BERDANSA

Kemuncak Sehati Berdansa Musim Kedua di Astro Ria (saluran 104) akan bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 27 Disember jam 9 malam.

Adakah pasangan selebriti Lisdawati dan Fauzi Nawawi yang sering mendapat markah tinggi daripada pihak juri professional ataupun pasangan Amyza Aznan dan Khairil Izhar, yang ternyata berjaya menambat hati para penonton dan acap kali menerima undian tinggi setiap minggu yang akan bergelar juara Sehati Berdansa Musim Kedua .

Sukar untuk meramalkan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara kerana nasib pasangan selebriti untuk peringkat akhir ini tidak lagi akan diadili dengan sistem pemarkahan 50 peratus juri dan 50 peratus dari undian penonton seperti pusingan sebelum ini.

Untuk menentukan siapakah bakal juara di malam kemuncak, 100 peratus kuasa undian akan diserahkan kepada para penonton sendiri menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan talian tetap. Kami di Astro meletakkan sepenuh kepercayaan kepada para pelanggan untuk memilih pasangan selebriti yang terbaik untuk dinobatkan sebagai juara.

Juara Sehati Berdansa Musim Kedua ini akan berjaya mengumpul dana sebanyak RM15, 000 untuk dihulurkan kepada badan kebajikan terpilih.

Selain itu, mereka juga akan membawa pulang sebuah sebuah kereta Kia Optima, pakej percutian ke Eropah Tengah (Switzerland, Germany, Holland, Belgium, France dan London) untuk dua orang sumbangan Golden Deluxe Travel Service Agency Sdn Bhd, barangan hamper dan juga Trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro.

Habuan menarik turut menanti juara kareografer yang berpeluang untuk bercuti ke Jepun (Kyoto, Toyohashi, Mt Fuji dan Tokyo) untuk dua orang sumbangan Golden Deluxe Travel Service Agency Sdn Bhd dan barangan hamper serta Trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro.

Manakala naib juara pula akan berjaya mengumpul dana sebanyak RM10, 000 untuk diberikan kepada badan kebajikan terpilih dan akan menerima barangan hamper beserta Trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro. Naib juara kareografer pula akan menerima barangan hamper dan juga Trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro.

Untuk cabaran akhir nanti, dua pasangan selebriti iaitu Lisdawati dan Fauzi Nawawi serta Amyza Aznan dan Khairil Izhar telah dipertanggungjawabkan untuk melakukan persembahan mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu Tarian Melayu Kontemporari dan Tarian Latin di bawah bimbingan dan tunjuk ajar kareografer mereka Ray Redzuan dan Nizam.

Astro Ria juga akan menyiarkan episod penutup untuk musim kedua ini iaitu Memori Sehati Berdansa yang akan bersiaran pada 3 & 4 Januari 2009, Sabtu & Ahad jam 9.00 malam. Rancangan ini akan mengimbas semula pengalaman pahit manis yang telah ditempuhi oleh pasangan finalis untuk bergelar Naib Juara dan Juara Sehati Berdansa Musim Kedua 2.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan