Filem RNBDJ raih RM44.46 juta pada minggu pertama

Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shah Rukh Khan memegang watak seorang lelaki yang boring dalam filem terbarunya.
Shah Rukh Khan memegang watak seorang lelaki yang boring dalam filem terbarunya.

Selepas lapan tahun berkelana membawa haluan masing-masing, pelakon paling popular Bollywood Datuk Shah Rukh Khan akhirnya berpeluang bergandingan dengan pengarah Aditya Chopra semula.

Kali ini, bukan Raj atau Rahul watak yang diberi. Aditya yang juga penulis skrip filem ini telah memberikan Shah Rukh menghidupkan watak seorang pemuda Punjabi bernama Surinder Sahni dalam filem 'Rab Ni Bana Di Jodi' (Jodoh kita sudah ditakdirkan).

Kali terakhir, gandingan Shah Rukh-Aditya adalah di dalam filem box office Dilwale Dilwale Dulhaniya Le Jayenge dan Mohabbatien. Yang membuat filem ini lebih istimewa, ianya turut diedarkan oleh Yash Raj Films, yang begitu sinonim dengan kualiti dan hiburan.

JALAN CERITA RNBDJ

Filem Rab Ni Bana Di Jodi (RNBDJ) berkisar tentang seorang lelaki yang pendiam dan kesunyian bernama Surinder Sahni. Beliau berusia 40 tahun dan bekerja di Punjab Power.

Surinder telah dijodohkan dengan seorang perempuan yang jauh lebih muda darinya bernama Taani, seorang gadis jelita dan periang.

Taani, yang baru saja kehilangan ayahnya dan kemudian terpaksa pula berkahwin dengan lelaki setua Surinder selalu sedih dengan nasibnya. Untuk mengambil hati isterinya Taani, Surinder cuba menukar imejnya agar dapat memenangi hati isterinya yang muda itu.

Selain dua bintang utama, bintang-bintang jelita Bollywood seperti Kajol, Rani Mukerji, Preity Zinta, Bipasha Basu dan Lara Dutta turut membuat penampilan istimewa.

RNBDJ MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT

Khabarnya filem RNBDJ, yang diedarkan pada Jumaat lepas, mendapat sambutan di Mumbai walaupun kesuraman bandar Mumbai belum pulih sepenuhnya setelah diserang oleh sekumpulan askar militan.

Anggapan kesuraman ini akan mempengaruhi permintaan filem ini ternyata meleset.

Ramai yang menyasarkan filem ini bakal melepasi kutipan boxoffice seperti kebanyakan filem Shah Rukh yang lepas, dan berkemungkinan ramalan ini hampir pasti apabila kutipan kasar filem ini diseluruh dunia meraih AS$12.5 juta (RM44.46 juta).

Filem ini juga meaih jualan tiket sebanyak AS$1 juta (RM3.55 juta) di Asia Barat pada minggu pertama tayangannya.

Jumlah ini mungkin menjadikan RNBDJ sebagai filem terlaris di Asia Barat mengatasi filem Dhoom 2 yang memperolehi kutipan AS$1.86 juta (RM6.61 juta) pada tahun 2006.

TEMUBUAL DENGAN SRK TENTANG RNBDJ

Ketika ditemubual seminggu sebelum filem ini ditayangkan, Shah Rukh sendiri tidak dapat menggagak bagaimana sambutan filem RNBDJ. Namun beliau tetap optimistik, peminatnya akan tetap terhibur. "Filem ini cukup menghiburkan perihal seorang lelaki yang simple, your average type of guys whom you see everywhere.

Penampilan saya juga cukup berbeza sekali. Saya bermisai, rambut belah tepi yang menyerupai seorang lelaki yang 'boring' dan pakaian saya tidak mengikut peredaran zaman.

"Ini adalah sesuatu yang berbeza dari semua filem saya yang terdahulu.

Watak Surinder adalah sesuatu yang membuat saya senantiasa tersenyum kerana ianya cukup lucu dan meyakinkan saya. Saya yakin ada ramai lelaki yang seperti Surinder dalam dunia ini," jelas Shah Rukh yang ditemubual dari kediaman mewahnya di Bandara, Mumbai.

Katanya lagi, "Dalam filem 'Chak De India' watak saya begitu serius tapi dalam RNBDJ, ianya bertentangan sekali. Dan saya selalu tersenyum bila mengingatkan watak saya itu."

Menurut Shah Rukh, isterinya Gauri Khan, yang berbangsa Punjabi dan kedua orang anaknya begitu menyukai jalan cerita filem terbarunya terutama lagu-lagunya yang mengasyikkan.

"Mereka kata saya kelihatan seperti seorang belia tapi mereka tetap suka watak saya. Saya paling suka lagu 'Haule Haule'.

Lagunya begitu indah dan mengimbau banyak kenangan manis."

Ketika ditanya bagaimana perasaannya digandingakan dengan pendatang baru seperti Anushka Sharma, Shah Rukh berkata, ianya sesuatu yang menggembirakan.

"Akhir-akhir ini semua pelakon wanita saya lebih muda dan tinggi dari saya. Generasi sekarang semuanya tinggi-tinggi belaka.

"Saya teringat semasa penggambaran filem 'Om Shanti Om', pelakon Deepika Padukone disuruh menanggalkan kasutnya supaya saya tidak kelihatan lebih pendek darinya. Rupa-rupanya, pada ketika itu dia tidakpun berkasut....," jelas Shah Rukh sambil ketawa kecil.

Filem RNBDJ juga merupakan filem pertama lakonan Shah Rukh pada tahun ini. Pelakon berusia 43 tahun ini berkata, beliau tidak terburu-buru untuk menerima setiap tawaran yang datang. "Kalau saya sabar, saya dapat tawaran yang bagus. Tapi selalunya, penerbit filem malas nak offer saya, sebab itu saya tidak ada kerja sampai sekarang...(sambil ketawa)," katanya yang akan membintangi tiga buah filem pada tahun depan iaitu My Name is Khan, Don 2 dan Ravana.

Ketika artikel ini ditulis, Shah Rukh sudahpun berada di Los Angeles untuk penggambaran filem 'My Name Is Khan' selama 45 hari.

Filem 'My Name Is Khan' juga dekat di hati Shah Rukh kerana mesej yang akan disampaikan oleh filem ini.

"Tiba masanya kita memberitahu orang yang ugama Islam tidak pernah menyokong keganasan dan filem ini akan membawa mesej ini," jelas Shah Rukh yang begitu teruja dengan penampilan terbarunya dalam filem ini. Bagi pelakon yang selalu diberi watak romantis ini, semua filem lakonannya adalah istimewa dan hebat. "Semua filem saya adalah yang terhebat pernah dihasilkan. Saya tidak peduli bagaimana kutipan tiketnya. Yang penting, saya sudah beri yang terbaik dan saya tidak pernah memikirkan untung, rugi sesebuah filem itu setelah selesai penggambaran.

"Kawan-kawan saya Farah Khan dan Karan Johar tidak percaya sikap saya begitu. Farah pernah beritahu saya, saya perlu memikirkan dan lihat balik lakonan saya dalam 'Om Shanti Om'.

"Dan saya memberitahunya, saya tidak mahu. I need to move on. Bila saya bersara nanti, barulah saya fikirkan. Mungkin pada ketika itu, saya akan rasa kagum dengan filem saya.

"Atau mungkin juga saya akan ketawa melihat 'kesilapan' yang telah saya lakukan.

"Apa pun, saya tidak pernah menyesal dengan apa pun filem yang telah saya bintangi," kata Shah Rukh yang berjanhji akan ke Melaka pada bulan September ini untuk satu penggambaran filem. RNBDJ SEDANG DITAYANGKAN DI SEMUA PAWAGAM UTAMA DI MALAYSIA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan