Pemenang "Ultimate Prom King and Queen" ditabalkan

Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

'Ultimate Prom King and Queen' yang dinobatkan baru-baru ini.
'Ultimate Prom King and Queen' yang dinobatkan baru-baru ini.

Setelah berminggu-minggu menantikan acara tahunan 8TV, sudah tiba masanya untuk mengetahui pemenang bagi gelaran “Ultimate Prom King and Queen.”

Siapakah diantara enam peserta terakhir yang membawa pulang wang tunai RM 10,000?

Acara akhir The Ultimate Prom Nite telah berlangsung pada 24hb November 2008 di SEGi College dan telah disiarkan pada 11hb December 2008, jam 9.30 malam di 8TV.

The Ultimate Prom Nite dibawa khas oleh 8TV bersama dengan NIVEA secara gilang-gemilang dan telah dianjurkan khas bagi pelajar-pelajar kolej.

The Ultimate Prom Nite adalah acara pertama antara kolej di Malaysia yang memberikan peluang kepada pelajar dari 12 kampus di seluruh negara bertanding untuk mendapatkan gelaran tahunan ini.

‘Ultimate Prom King and Queen’ 2008, telah dimenangi oleh Adam Jayarathinam (Ultimate Prom King) dan Nicollete Ng Yu Li (Ultimate Prom Queen)

Ia merupakan pertandingan yang sengit diantara semua peserta, dan keputusan memang sukar untuk dibuat. Tetapi akhirnya, dua pemenang telah dipilih berdasarkan undian tertinggi di antara semua peserta.

Undian yang merupakan 50 peratus dari pihak hakim dan 50 peratus lagi menerusi system SMS telah dikira dan akhirnya enam peserta terakhir telah dipilih. Pemenang bagi “The Ultimate Prom King” Adam, telah menerima undian sebanyak 55 peratus dan Nicollete, “The Ultimate Prom Queen” menerima 81 peratus undian.

Adam (20), seorang pelajar daripada Kolej INTI, Pulau Pinang yang sedang mengikuti kursus Kejuruteraan Mekanikal mempunyai daya tarikan dan cirri-ciri yang sering dicari oleh wanita iaitu “tall dark and handsome”. Anak muda ini minat memasak dan juga suka bersukan.

Gelaran Ultimate Prom Queen pada tahun ini yang jatuh kepada Nicollete adalah seorang pelajar yang sedang mengikuti kursus Akauntan di Kolej Metropolitan, Subang Jaya. Beliau adalah seorang peminat seni terutama sekali teater dan sangat meminati Hugh Laurie, pelakon utama drama bersiri “House” dan juga kerap menyertai pertandingan pengucapan awam

Peserta yang hadir sangat teruja kerana tidak menjangka bahawa malam tersebut merupakan malam yang gilang-gemilang. Acara ini telah dihias dengan mewah dan makanan yang enak telah dhidangkan bersama dengan persembahan daripada artis-artis seperti Shila (One In A Million 2), Joe Flizzow dan juga Flour Fever Crew.

Hakim yang turut hadir pada malam itu merupakan wanita-wanita yang, menawan, Marion Counter dan Amber Chiam bersama dengan si kacak, Henry Golding. Hansen Lee dan Sarah Lian merupakan pengacara pada malam The Ultimate Prom Nite

“The Ultimate Prom Nite” telah mencapai kejayaan. Semua pelajar cukup teruja dan telah bergembira pada malam tersebut.

"Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada NIVEA diatas sokongan yang telah diberikan juga tahniah kepada mereka yang telah mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaaan, Pemasaran dan Komunikasi.

Pemenang bagi “The Ultimate Prom King and Queen” telah menerima RM 10,000 setiap satu, dan akan diberi peluang untuk menjadi host di 8TV Quickie.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.8tv.com.my

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan