Kejutan kategori Balada beri petanda juara lagu AJL23?

Diterbitkan: Sabtu, 13 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lagu Dingin dendangan Ziana Zain berjaya ke anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23.
Lagu Dingin dendangan Ziana Zain berjaya ke anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23.

APAKAH kejutan mengumumkan kemasukan lagu Dingin nyanyian Ziana Zain di dalam Muzik-Muzik separuh akhir kategori Pop Rock memberikan satu petanda lagu kategori Balada bakal bergelar juara lagu Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) nanti?

Petanda tersebut tampak jelas ekoran enam buah lagu yang disenaraikan dalam kategori Balada mengatasi senarai lagu kategori Pop Rock yang hanya mencalonkan lima buah lagu.

Jika tahun lepas, AJL22 membuktikan ‘kekuatan’ lagu Pop Rock yang mencalonkan enam buah lagu telah menobatkan lagu Itu Kamu nyanyian Estranged sebagai juara.

Jadi, tidak mustahil sekiranya lagu dari kategori Balada pula mengambil tempat sebagai juara dalam AJL23 pada 18 Januari depan di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Menurut ketua juri Muzik-Muzik separuh akhir bagi tiga kategori berturut-turut, Azhar Borhan, dia bersama juri-juri lain iaitu Yassin Sulaiman, Fauzi Marzuki, Johan Nawawi, Amran Omar dan Adam Salleh telah mendapat persetujuan daripada pihak TV3 untuk memasukkan sebuah lagi lagu Balada ke peringkat akhir AJL23.

Namun, beliau bagaimanapun tidak mampu mengiyakan sama ada lagu dari kategori tersebut bakal memenangi juara lagu AJL23 nanti bagi mengelakkan timbulnya ketidakadilan.

“Ikutkan lagu yang paling kuat dalam Muzik-Muzik tahun ini lebih berpihak kepada kategori Balada. Kami telah berbincang dengan pihak TV3 dan mereka memaklumkan memang sesuai kalau lebihkan lagu dari kategori Balada.

“Memanglah lagu bergenrekan Pop Rock lebih mendapat perhatian sejak dua hingga tiga tahun ini tetapi tidak dalam AJL kali ini. Apa yang sesuai dicalonkan lebih berpihak kepada lagu dari kategori Balada.

“Setelah mendengar kesemua lagu dalam kategori Pop Rock hingga malam ini (semalam), kami dapati hanya lima buah lagu sahaja yang layak dan menganggap sebuah lagu lagi berhak diberikan kepada lagu kategori Balada yang lebih ‘kuat’.

“Oleh itu, kami memutuskan untuk memasukkan lagu Dingin di dalam senarai lagu yang layak ke peringkat akhir AJL23 memandangkan jarak antara lagu tersebut dengan lagu yang kelima terpilih itu sangat rapat,” jelas Azhar ketika sidang media seusai pertandingan kategori Pop Rock peringkat separuh akhir Muzik-Muzik di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, semalam.

Bagi lagu kategori Pop Rock yang layak ke peringkat akhir AJL23, hos Cheryl Samad dan Faizal Ismail mengumumkan lima buah lagu iaitu Kalis Rindu ciptaan Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad nyanyian Elyana, Lagu Untukmu (Taja, Tass, Lan/ Taja, Tass/ Meet Uncle Hussein), Bukan Di Sini (Zimi, Amir/ One/ Sofaz), Yang Pernah ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Estranged dan Aku Stacy (Intan Norul Azlin/ Intan Norul Azlin, Layla Ismail/ Stacy).

Sementara kategori Etnik Kreatif pula berpihak kepada lagu Doa Dalam Lagu (Ajai/ Loloq/ Mawi dan Heliza), Persoalan Cinta (Julfekar/ Ku Seman, Izza Rosley/ Farawahida) dan Dusta Berkalang (Hafiz Hamidun/ Ahmad Fedtri Yahya/ Aiman).

Dalam pada itu, kategori Balada pula mencalonkan lagu Sampai Syurga (Audi Mok/ Faizal Tahir/ Faizal Tahir), Bila Nak Saksi (Tam/ Loloq/ Spider), Hanya Di Mercu (Aubrey Suwito/ Habsah Hassan/ Ayu), Cuba (Audi Mok/ Faizal Tahir/ Faizal Tahir), Lagu Kita ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh penyanyinya Aizat dan Dingin nyanyian Ziana Zain dicipta oleh Adnan Abu Hassan dan liriknya ditulis oleh Azalea.

Format pemarkahan bagi separuh akhir adalah berdasarkan 30 peratus markah persembahan pada hari pertandingan dicampur dengan 70 peratus markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan bagi mendapat markah keseluruhan.

Hanya lagu yang mendapat markah tertinggi layak untuk ke AJL23. Lagu-lagu yang layak dipertandingkan untuk Muzik-Muzik Separuh Akhir dipilih melalui undian yang dibuat setiap minggu dan berdasarkan tempoh kedudukan lagu itu di dalam carta mingguan Muzik-Muzik.

Sebanyak 104 lagu-lagu dari tiga kategori ini dicalonkan sepanjang tahun Muzik-Muzik 2008 namun hanya 34 buah lagu sahaja yang berjaya ke pusingan separuh akhir.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan