Diana enggan kisah dipukul Syamsul ‘foreshadow’ karier seni

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Diana nampak matang dalam sut tajaan Lord's Tailor. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT
Diana nampak matang dalam sut tajaan Lord's Tailor. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT

SELEPAS tiga tahun saling mengenali, hubungan yang dibina atas dasar ‘kawan baik’ antara aktres Diana Danielle dan pengarah filem dan drama, Syamsul Datuk Yusof kini telah berakhir setelah tercetusnya insiden ‘panas’ dan ‘ganas’ kira-kira dua minggu lalu.

Insiden bertarikh 26 November itu berlaku apabila pengarah filem Evolusi KL Drift itu datang ke rumah Diana dan menyerang pelakon tersebut dengan ‘pukulan’ dan ‘tumbukan’.

Diana ada menceritakan bagaimana dia diserang di hadapan rakan, sanak-saudara dan ibunya, bagaimanapun gadis berusia 17 tahun ini enggan cerita ini lebih menghangatkan keadaan.

“Nak tahu punca dia serang saya, tanya dia. Bukan sebab ada orang ketiga. Ada banyak sebab kenapa saya tak nak teruskan hubungan ini dan bukan hanya sebab itu,” kata Diana kepada media semasa ditemui di majlis ulangtahun ke-34 Lord’s Tailor dan sambutan Hari Krismas di Bangsar semalam.

Katanya, yang berlalu, biarlah berlalu, yang penting dia akan lebih berhati-hati dalam memilih teman pada masa akan datang.

Sebolehnya, pelakon kacukan Inggeris ini tidak mahu insiden tersebut ‘foreshadow’ kariernya pula.

Apa yang difikirkan sekarang adalah karier semata-mata dan seterusnya ingin menyambung pelajarannya ke luar negara.

Bercerita mengenai tindakan yang diambil selepas insiden tersebut, pelajar yang baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berkata dia dan ibunya, Norsiah Ramli telah membuat laporan polis terhadap Shamsul.

“Laporan polis itu dibuat hanya bertujuan untuk keselamatan saya. Tiada sebab lain lagi..,” beritahu Diana.

Menurut Diana, selepas laporan polis dibuat, barulah anak pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam itu datang meminta maaf kepadanya beserta alasan sendiri.

“Dia hanya cakap ‘I am sorry’,” ujar Diana.

Walaupun baru lepas pulang dari merehatkan diri dan melupakan seketika insiden tersebut di Jakarta selama lima hari pada 8 Disember lalu, kelihatan trauma dan kesannya masih berbekas di hati Diana sehingga dia seolah-olah sudah serik mempunyai hubungan baik dengan Shamsul lagi.

Diana akui dia masih ‘mentah’ untuk mengendalikan hal seperti itu.

Jelas Diana, kes tersebut sudah berakhir dan dia ingin ‘menutup buku’ tentang hubungan mereka lagi.

“Dia kawan baik saya. Saya rasa sedih sebab dia merupakan seorang yang baik sebelum ini.

“Saya tak mahu mengatakan kami pernah bercinta sebaliknya berkawan. Jadi, jalan terbaik sekarang adalah putus hubungan,” katanya yang masih menerima SMS dan panggilan telefon daripada Syamsul.

Namun, Diana berkata dia tidak bersedia untuk bertemu muka dengan Shamsul kerana bimbang jika insiden hitam itu berulang lagi.

Hubungan mereka bukan sahaja terhenti begitu sahaja, malah kemungkinan besar juga Diana tidak akan bersama dengan Skop Production lagi.

“Hati saya masih terbuka untuk berlakon dengan Skop Production, tetapi selepas kes ini, mungkin saya tidak akan diambil berlakon lagi. Tanya dioranglah.

“Namun, saya masih tetap akan berlakon kerana ia ibarat periuk nasi saya kerana sebelum ini saya ada juga bekerja dengan produksi lain,” telah Diana yang sebolehnya enggan memburuk-burukkan Syamsul kerana dia tidak mendapat apa-apa jika berbuat demikian.

Pertama kali bergelar ‘heroin’ filem

Mulai 22 Disember depan, Diana akan sibuk di lokasi pengambaran filem komedi, Kecoh Betul terbitan Sri Saheb Production.

Yang menariknya, gadis ini pertama kali bergelar heroin filem dan bakal bergandingan dengan aktor dan pelawak Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil.

Dengan memegang watak mengunakan nama sebenarnya, Diana berkata filem tersebut juga merupakan genre komedi pertama yang dilakonkannya walaupun sebelum ini pernah juga terlibat sedikit dengan sketsa komedi dalam sebuah program Raya Aidilfitri di RTM sebelum ini.

“Semasa menerima tawaran tersebut, saya diberikan maklumat tentang apa yang perlu dilakukan nanti. Saya sangat teruja dan ternanti-nanti untuk berlakon dengan Nabil kerana dia pandai.

“Saya pernah beberapa kali bekerjasama dengan dia dan dipertemukan dalam majlis keramaian sebelum ini.

“Saya juga pernah berlakon dengannya dalam sebuah sketsa komedi terbitan RTM untuk Hari Raya Aidilfitri sebelum ini,” katanya yang akan menyambung pengambaran filem Magica terbitan KRU selepas selesai filem Kecoh Betul pada bulan Februari depan.

Ujar Diana, dia berasa bersyukur kerana ada juga pihak yang menawarkan dia berlakon selepas menduduki SPM.

“Alhamdulillah, saya ada juga mendapat tawaran berlakon. Sebelum ini, ada yang kata orang tak nak ambil saya berlakon lagi selepas SPM. Tetapi selepas SPM selesai, ia merupakan waktu yang baik untuk saya kembali dalam dunia seni ini.

“Tahun 2008 ini bukan sahaja tahun saya berhadapan cabaran dengan SPM, malah juga tahun yang banyak memberi pengajaran tentang erti kesabaran.

“Saya juga banyak belajar tentang kehidupan sama ada yang manis dan pahit tetapi saya tidak akan sesekali berputus asa..,” akhiri gadis comel yang ingin menyeimbangkan antara pelajaran dan karier seni pada masa akan datang.

Diana berminat untuk mengambil jurusan yang berkaitan dengan Sains apabila menyambung pelajarannya nanti kerana dia menyukai subjek Kimia dan Matematik.

Diana juga berharap keputusan peperiksaan SPM nanti menyebelahinya demi mengabulkan niat yang satu itu.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan