Ifa Raziah gaduh lagi sebab Spa Q 2?

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ifa dan NK tidak bergaduh seperti digembar-gemburkan. -foto TV3
Ifa dan NK tidak bergaduh seperti digembar-gemburkan. -foto TV3

SEBUT sahaja nama Ifa Raziah, mesti orang akan teringat kisah 'persengketaannya' dengan artis dan orang yang terlibat dalam industri ini yang belum terpadam dari ingatan pengikut seni tempatan.

Ifa bukan sahaja pernah mencetuskan kontroversi dengan pengacara sensasi Azwan Ali, malah dia juga sekali lagi dikatakan mempunyai masalah dengan pembantu peribadinya, Nurul Husna.

Sebelum itu, Ifa juga khabarnya bergaduh dengan pelakon utama Spa Q, Norish Karman atau dikenali sebagai NK. Namun, dia bagaimanapun masih meneruskan khidmatnya untuk berlakon dalam drama bersiri yang kini memasuki musim kedua itu.

Ketika menemui pelakon dan penyanyi yang sedang popular dengan lagu Panas ‘sepanas’ cerita terbarunya ini di majlis pelancaran Spa Q 2 di Seri Kembangan, Ifa menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

"Saya tidak mempunyai masalah dengan NK. Gosip ini tercetus disebabkan orang yang tiada kerja.

“Mereka sahaja nak laga-lagakan saya dan NK sedangkan kami hanya gelak-gelak sahaja di lokasi pengambaran.

“Tidak mengapa, sekurang-kurangnya gosip ini memberi publisiti kepada Spa Q 2,” beritahu Ifa sambil tersenyum.

Tambah Ifa, sepanjang penglibatannya selama 13 tahun dalam industri ini, dia bukanlah seorang yang suka mencari gaduh dengan orang lain.

“Karektor saya berlainan daripada yang disangkakan. Saya takkan marah jika orang tak cari pasal dengan saya. Mungkin orang mudah menyangka yang bukan-bukan apabila melihat karektor saya yang agak peramah dan ‘gila-gila’ ini,” kata Ifa yang memegang watak Khaty dalam Spa Q 2.

Khaty merupakan seorang kakitangan yang terus setia dengan Spa Q dan Qistina (NK), walaupun pelbagai dugaan dan badai melanda Spa Q.

“Dalam drama ini, saya mempunyai karektor ‘gila-gila’ dan suka membuat kecoh dengan semua orang,” ceritanya.

Bukan zaman ‘gila glamour

Menyedari usianya semakin hari semakin meningkat, Ifa yang kini berusia 33 tahun nekad mahu menghentikan setiap tohmahan yang dilemparkan kepadanya kerana sebolehnya dia hanya mahu memfokuskan diri kepada karier dan keluarganya.

“Masa sekarang ini, bukanlah zaman saya nak ‘gila glamour’ sebaliknya saya nak cari duit untuk diri-sendiri dan keluarga melalui kerjaya saya dalam bidang seni ini dan perniagaan produk kecantikan Serifah.

“Saya yakin, glamour akan datang kemudian,” luah Ifa yang turut merasa bersyukur kerana lagu Panas nyanyiannya berjaya mara ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 23 bagi kategori etnik kreatif baru-baru ini.

Walaupun gagal terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 23, Ifa menganggap penyertaannya dalam peringkat separuh akhir itu sudah cukup bagus baginya selepas kali terakhir mengalami nasib yang sama melalui lagu Ser Ser dalam Muzik-Muzik pada 10 tahun lalu yang turut mempertandingkan penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris itu.

Serik dengan pembantu peribadi

Disebabkan Ifa berhadapan dengan masalah yang menurutnya mula dicetuskan oleh bekas pembantu peribadinya, Nurul Husna, kini dia sudah serik untuk mengupah seseorang untuk menggalas tugas pembantu peribadinya lagi.

“Selama 13 tahun saya dalam industri ini, saya tidak pernah mengupah pembantu peribadi tetapi pada tahun ini saya perlu berbuat demikian kerana suami saya selalu bekerja di luar.

“Selepas percubaan pertama ini gagal, saya rasa cukuplah sampai di sini dan saya rasa serik.

“Tetapi, kalau ada hamba Allah yang baik, mungkin saya akan terima. Tengoklah macam mana nanti,” jelas Ifa.

Masalah tersebut mula timbul apabila Nurul Husna mendakwa Ifa tidak melunaskan gajinya.

Kini, masalah tersebut sudah menjadi kes berat apabila Husna telah membuat laporan polis pada Khamis lalu.

Apabila diminta mengulas mengenai isu tersebut, Ifa bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut kerana katanya ia tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.

Namun, Ifa hanya menunjukkan bukti salinan slip penyata dari akaun Maybank miliknya di mana dia telah menjelaskan bayaran sebanyak RM405 ke dalam akaun Maybank milik Nurul Husna.

Dia juga telah dinasihatkan mengupah peguam untuk mengambil tindakan ke atas Nurul Husna disebabkan membuat tuduhan palsu terhadapnya.

Di sebalik insiden hitam seperti ini, Ifa berkata dia tidak mudah melatah dan tidak mahu ‘naik angin’.

“Saya pasti kebenaran akan datang juga suatu hari nanti. Berani kerana benar, takut kerana salah..,” tuturnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan