Penampilan istimewa Siti Nurhaliza dalam Spa Q

Diterbitkan: Selasa, 9 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penampilan istimewa Siti di dalam Spa Q musim kedua pastinya bakal menarik perhatian penonton - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT
Penampilan istimewa Siti di dalam Spa Q musim kedua pastinya bakal menarik perhatian penonton - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT

LAGU Ku Mahu nyanyian penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menjadi lagu tema drama bersiri Spa Q sedikit-sebanyak telah mempopularkan siri 60 episod itu mulai Oktober tahun lalu. Mulai 15 Disember ini, siri Spa Q musim kedua (Spa Q 2) sekali lagi menggunakan khidmat penyanyi tersohor ini dengan tajuk lagu Pada CintaNya ciptaan Audi Mok dan lirik ditulis oleh Rina Khan dan Siti sendiri.

Siti bukan sahaja menyumbang bakatnya melalui nyanyian malah beliau turut diundang untuk berlakon dalam siri yang turut dijayakan oleh Norish Karman, Zizie Ezette, Azizah Mahzan, Jasmin Hamid, dan Fouziah Gous ini.

Menurut Siti, beliau bakal berlakon dalam sebuah babak sahaja iaitu watak cameo dengan menggunakan nama sebenarnya untuk tatapan para peminatnya.

“Dalam babak itu, saya hanya melancarkan butik Spa Q di Langkawi.

“Tidak dinafikan, secara kebetulan saya juga terbabit kerana produsernya, kakak suami saya, Zaiton Mohd. Jiwa.

“Jadi, mereka inginkan kemunculan semula saya, dengan itu saya bukan sahaja diundang menyanyi untuk lagu temanya malah untuk turut berlakon sedikit.

“Kebetulan ada waktu terluang, saya turuti juga kehendak tersebut,” ujar Siti ketika majlis pelancaran drama siri Spa Q 2 untuk slot Akasia di Seri Kembangan baru-baru ini.

Siri sebanyak 60 episod ini akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang.

Menyentuh mengenai lagu tema siri tersebut, kata Siti, dia baru sahaja selesai merakamkan lagu tersebut pada dua minggu lalu.

“Saya baru sahaja merakamkan lagu Pada CintaNya pada dua minggu lepas.

“Saya belum pasti lagi sama ada lagu ini akan dimasukkan dalam album saya akan datang. Namun, kemungkinan untuk masuk itu ada sebab lagu Ku Mahu sebelum ini telah dimuatkan dalam album Hadiah Daripada Hati.

“Apa yang pasti, lagu Pada CintaNya akan dimainkan selalu di radio nanti kerana lagu ini boleh memainkan peranan untuk mempromosikan drama ini.

“Saya harap lagu dan drama ini akan mendapat sambutan daripada penonton,” kata Siti yang sudah selesai merakamkan lagu untuk album terbarunya berkonsepkan kontemporari.

Setakat ini, beliau sedang menunggu proses ‘mastering’ album yang belum mempunyai tajuk tersebut dan dijangka bakal dipasarkan dalam tahun ini juga.

Antara lagu yang dinyanyikan oleh Siti adalah Ada Masa Mata ciptaan M. Nasir.

Selain itu, Siti juga terlibat dengan pembikinan dua buah lagu runut bunyi untuk sebuah filem Indonesia, Perempuan Berkalong Serban.

“Saya juga sedang mencipta dua buah lagu untuk filem Indonesia di mana filem ini ala-ala filem Ayat-Ayat Cinta.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana rezeki masih tidak putus-putus dan orang masih memerlukan khidmat saya untuk memeriahkan industri seni ini.

“Kiranya, saya bukan diam sahaja. Mungkin sebelum ini agak senyap sedikit sebab banyak perkara yang perlu diselesaikan tetapi kini saya sudah kembali memeriahkan industri ini.

“Selain terlibat dengan pembikinan lagu runut bunyi filem, saya juga masih berbincang dengan pihak penaja untuk menjayakan Konsert Amal Yayasan Nur Jiwa yang dijangkakan dibuat pada tahun depan,” beritahu Siti yang turut menjayakan persembahan bersama Ning Baizura pada minggu ini di Galeri Star hill, Bukit Bintang.

Sebelum ini, Siti juga telah bersetuju untuk menyumbangkan suaranya dalam filem animasi Mamat Khalid, Kelip-Kelip.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan