Qasidah Allah Habeebi album Mawi paling mahal

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mawi di majlis pra-dengar album terbarunya, Qasidah Allah Habeebi - foto THE STAR oleh AZMAN GHANI
Mawi di majlis pra-dengar album terbarunya, Qasidah Allah Habeebi - foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

"ALBUM Qasidah Allah Habeebi ini adalah album paling mahal saya berbanding album saya yang lain,” luah penyanyi Asmawi Ani atau Mawi ketika majlis pradengar album keempatnya di Bukit Damansara semalam. Masakan tidak mahal kerana setiap lagu dalam album terbarunya, Qasidah Allah Habeebi menggunakan muzik ‘live’.

Antara lapan buah lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut adalah Allah Habeebi ciptaan Farihin dan lirik oleh Yasin, Hijab (Bad Hisham/ Mawi), Sujud nyanyian duet bersama KRU ciptaan sepenuhnya oleh Edry, Teman Hakiki (Ku Sham/ Dr. Mohd. Asri dan Syeikh Qalam) serta Seroja ciptaan sepenuhnya oleh Hussein Bawafie.

Disebabkan semuanya menggunakan muzik ‘live’ maka tidak hairanlah jika kos bagi setiap lagu perlu ditambah RM2,000 daripada kos asalnya.

Menurut ketua pegawai eksekutif Maestro Freddie Fernandez, muzik ‘live’ digunakan bagi memberikan impak yang lebih kepada pendengar.

Di samping itu, katanya, muzik ‘live’ mampu meyakinkan pendengar untuk menyokong semula industri muzik tanahair.

“Setiap lagu yang menggunakan muzik ‘live’ berharga lebih daripada RM7,000.

“Dianggarkan bayaran untuk lapan buah lagu sahaja sudah mencapai RM60,000.

“Itu baru kos untuk lagu dan tidak termasuk kos yang lain-lain dari segi penerbitan dan membuat kulit album.

“Untuk penerbitan, kami anggarkan dalam RM100,000,” katanya.

Mengenai pelancaran rasmi album tersebut, Freddie berkata ia akan dilancarkan selepas majlis perkahwinan Mawi dan Ekin yang akan berlangsung pada 20 Disember depan.

Freddie juga menambah, dalam masa yang sama majlis perkahwinan Mawi dan Ekin boleh juga diambil kesempatan untuk mempromosikan album tersebut.

“Jadi, sebab itu kita sasarkan untuk melancarkan album Mawi pada akhir tahun dan dalam masa yang sama dengan majlis perkahwinan mereka,” ujar Freddie.

Menariknya, belum pun lagi album ini terjual, Freddie telah merancang untuk membuat album baru Mawi selepas ini yang disasarkan pada Mei 2009.

Dalam pada itu, Mawi berkata semua peminatnya boleh mendapatkan album Qasidah Allah Habeebi di pasaran mulai awal tahun depan.

Jelas Mawi, lagu terakhir bagi album tersebut baru sahaja selesai pada dua minggu lalu.

“Selepas lagu dikumpul dan dipilih pada bulan Jun, saya memulakan rakaman vokal pada bulan September iaitu selepas solat Terawih.

“Proses rakaman untuk lagu dan vokal saya secara keseluruhannya mengambil masa selama empat bulan.

“Kiranya, lagu terakhir iaitu Tola’al Badru Alaina bersama Brothers baru sahaja selesai dirakamkan pada dua minggu lalu,” kata Mawi.

Dalam masa dua minggu lagi, para peminat Mawi boleh mendengarkan single pertamanya dari album tersebut iaitu Allah Habeebi di corong-corong radio tempatan.

Lirik Hijab tercipta di Bumi Anbia

Selepas Mawi menulis lirik lagu Ayah, minatnya menulis lirik lagi tercetus semasa dia berada di Bumi Anbia maka terhasillah lirik lagu Hijab.

Menurut Mawi, dia menganggap bidang penulisan lirik sebagai suatu karier yang baru selain sedang berjinak-jinak untuk mencipta lagu pula selepas ini.

“Apa yang mendorong saya untuk menulis lirik kerana minat mencuba sesuatu yang baru.

“Insya-Allah, saya bercita-cita mencipta lirik untuk album-album akan datang.

“Sekarang, saya juga cuba untuk membuat lagu pula kerana tangan ini sudah cuba-cuba menekan piano,” ujar pelantun lagu Angan dan Sedar ini.

Bercerita mengenai idea menulis lirik Hijab ketika bulan puasa lalu, Mawi berkata dia menulis berdasarkan pengalaman yang dilihat dan dirasai.

“Bait liriknya memberikan sebuah cerita yang mengajak orang kembali kepada Allah.

“Lirik ini tidak ditujukan kepada ‘sesiapa’ tetapi untuk dikongsi bersama semua. Saya ingin mengajak semua orang kembali mengingatiNya.

"Saya hanya mengambil masa selama dua hari untuk menyiapkan lirik ini,” tutur Mawi.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan