Kenangan 9 tahun dengan Gerak Khas gamit Abby beraksi semula

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tiada lagi gandingan bersama Abby dan Norman dalam Gerak Khas mulai tahun depan.
Tiada lagi gandingan bersama Abby dan Norman dalam Gerak Khas mulai tahun depan.

PETALING JAYA: "Tak patut timbul kata saya suruh Datuk Yusof Haslam keluarkan Norman dari Gerak Khas," tegas aktres Abby Abadi apabila ada orang mengaitkan dirinya dengan penyingkiran suaminya, Norman Hakim dari drama bersiri Gerak Khas.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 29, dia mendapat tawaran daripada pengarahnya, Datuk Yusof Haslam sebelum kes rumah tangganya dengan Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, berantakan lagi.

"Saya dah tahu terlebih dahulu sebelum kes itu berlaku di mana Datuk Yusof nak masukkan saya semula ke dalam Gerak Khas pada awal tahun depan. Bagaimanapun, pengambaran drama tersebut dijangka bermula pada 26 Disember depan.

"Jadi, saya tiada kena-mengena dengan sebab Norman dikeluarkan. Kalau nak tahu, kena tanya Datuklah..," jelas Abby ketika dihubungi hari ini.

Kata Abby, selain dia yang membawakan watak Asisten Supritendan Aleeza, Gerak Khas turut membawa masuk pelakon baru, Zul Ariffin selaku Inspektor Ashraf.

"Walaupun watak ASP Aris telah tiada, ini tidak bermakna Zul menggantikan Norman kerana dia akan membawakan watak yang baru. Zul merupakan antara pelakon baru dan mungkin sudah rezeki dia," ujar Abby yang sudah berlakon dalam Gerak Khas selama sembilan tahun berturut-turut tanpa henti.

Tambah Abby, hubungan akrabnya dengan para pelakon dan krew Gerak Khas membuatkan dia setia dan teruja untuk berlakon dalam drama bertemakan dunia kepolisan dan penyiasatan ini.

"Banyak kenangan saya dengan Gerak Khas sama ada di depan kamera dan di belakang tabir. Bayangkan, hubungan saya dengan drama ini agak lama dan kami sentiasa rasa dekat seperti satu famili," kata Abby yang sedang sibuk dengan pengambaran program Ceria-Ceria Ribena.

Kata Abby, mulai Disember depan, jadual kerjanya padat dengan pengambaran drama Hikayat Putera Shazlan, Kisah Yusof dan Jula-Juli Bintang Tiga.

Apabila diajukan tentang perkembangan kes tuntutan cerainya, Abby berkata kes tersebut sedang diuruskan oleh peguamnya yang dikenali sebagai Syada.

"Ikutkan ramai juga peguam yang menghubungi saya untuk mengendali kes ini tetapi saya lebih suka memilih peguam wanita kerana hanya wanita yang memahami perasaan wanita.

"Peguam saya akan cuba dapatkan kerjasama dengan pihak MDH (syarikat Norman) agar kes ini lebih cepat diselesaikan," tutur Abby.

Selain itu, Abby turut mengatakan Norman masih belum muncul di rumah dan menghubunginya sehingga sekarang.

Dalam pada itu, sebuah akhbar tabloid tempatan melaporkan Pengarah Urusan Skop Production Datuk Yusof Haslam mengesahkan watak Norman tidak lagi dapat disaksikan penonton Gerak Khas mulai Februari depan.

"Memandangkan Abby akan masuk semula dalam Gerak Khas mulai Januari ini, Norman terpaksa direhatkan sebagai salah seorang pelakon.

"Saya buat keputusan ini untuk bagi ruang supaya semua pihak bertenang dan Norman boleh selesaikan masalah peribadinya sendiri dengan cara terbaik," katanya.

Yusof juga tidak menafikan keputusan ini dibuat ada kaitan dengan insiden Norman ditangkap khalwat dengan aktres Memey Suhaiza pada 30 Oktober lalu.

Kes tersebut dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga Abby dan Norman.

Pada 3 November lalu, Abby ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk memfailkan tuntutan penceraian, bagaimanapun dia gagal berbuat demikian kerana tidak menyediakan dokumen yang lengkap.

Selepas itu, pada hari yang sama, Abby menyerang Norman di lokasi pengambaran drama bersiri Gerak Khas di Wangsa Maju untuk bersemuka dengan suaminya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Menerusi perkahwinan yang berusia enam tahun itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd. Danish Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim, 2 bulan lebih.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan