Album Hujan bakal tembusi pasaran Indonesia?

Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota Hujan, dari kiri Hang Dimas, Acer, Noh, Jaja dan AG. -foto oleh  AZIM PUCH
Anggota Hujan, dari kiri Hang Dimas, Acer, Noh, Jaja dan AG. -foto oleh AZIM PUCH

ADA ura-ura mengatakan album pertama band Hujan bakal menembusi pasaran Indonesia tidak lama lagi.

Lagu-lagu daripada album mereka kini sudah mula diminati oleh peminat muzik di sana.

Ramai peminat kumpulan yang sudah bertapak selama dua tahun dalam industri muzik ini terdiri daripada kalangan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah sehingga pusat pengajian tinggi.

Ada yang mengatakan, terdapat pendengar yang membeli album Hujan kemudian meuar-uarkan dan menyebarkan kepada rakan-rakan mereka.

Tidak kurang juga yang mendengar lagu-lagu mereka di laman web myspace mereka dan memuat turun lagu di internet.

Menurut vokalis Hujan, Mohammed Noh Salleh atau Noh, idea untuk memasarkan album mereka ke Indonesia tercetus apabila terdapat label rakaman yang melihat persembahan Hujan dalam pembukaan Konsert Peter Pan dulu.

"Selepas konsert itu, kami ada beberapa kali berjumpa dan mencadangkan lagu-lagu yang hendak dibawa ke sana.

"Namun, kami tidak mahu terlalu berharap kerana sejak sebulan lalu hingga sekarang kami belum mendapat apa-apa berita daripada mereka," beritahu Noh ketika dihubungi semalam.

Dia juga menafikan Hujan akan membuat persembahan di Indonesia atas permintaan rakyat di sana yang kini dikatakan sudah ramai meminati kumpulan yang popular dengan lagu Dugaannya, Pagi Yang Gelap, Bila Aku Sudah Tiada dan Jiwa Kelajuan ini.

"Mana ada kami nak buat persembahan kat sana. Ada ke peminat kami di sana?," jawab Noh yang tidak percaya ramai rakyat Indonesia yang meminati Hujan.

Bagaimanapun, Noh bersyukur sekiranya benarlah peminat mereka telah wujud di Indonesia.

"Kami bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana memberi rezeki sampai ke seberang sana. Kami tak jangka pun mempunyai peminat di sana," luah Noh mewakili anggota Hujan yang lain iaitu Mohammad Hezry atau AG (gitaris), Azham Ahmad (Ambobzeela/ dram) dan Azhar atau Jaja (bass).

Bertanya mengenai perkembangan terkini Hujan, Noh berkata mereka kini sedang sibuk dengan persembahan MLNG Family Day di Bintulu pada hari ini dan esok.

Selain itu, Hujan juga telah menyusun padat jadual persembahan mereka sehingga pertengahan bulan depan.

Menyentuh tentang perkembangan album, Noh berkata kini album Hujan dalam bentuk CD telah terjual lebih 5,000 unit di pasaran.

Album yang dijual pada harga RM25.90 itu memuatkan 14 buah lagu antaranya adalah Dugaannya, Jiwa Kelajuan, Ku Mahu Kau Tahu, Bila Aku Sudah Tiada, Pagi Yang Gelap dan Rantai Rasa.

Mereka juga merancang untuk mengeluarkan album tersebut dalam bentuk VCD.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan