BMW X5 untuk Diana Danielle sempena hari lahir

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANGGAL 22 November lalu adalah hari yang cukup bermakna buat pemilik bernama Diana Danielle ini. Masakan tidak, hari lahirnya yang ke-17 itu disambut dalam suasana cukup meriah di dalam majlis istimewa yang diaturkan oleh publisis hiburan dan fesyen terkenal, Bill Bora bertempat di Chittralada, Great Eastern Mall.

Kehadiran ibu tercinta Norsiah Ramli serta rakan-rakan artis seperti Liyana Jasmay, Juliana Evans dan Azwan Ali ternyata menggembirakan gadis kelahiran Houston, Amerika Syarikat ini meskipun kelibat kekasih hatinya, Shamsul Yusof tidak kelihatan.

"Sebenarnya majlis hari lahir saya ini diadakan sejurus selepas saya dan beberapa lagi rakan artis menjayakan jualan amal kek coklat di lokasi yang sama.

"The celebration was great. Banyak juga hadiah yang saya terima, kebanyakkan minyak wangi. Tapi ibu belum sempat hadiahkan apa-apa kerana katanya, dia ingin saya sendiri yang pilih," ujar Diana yang dihubungi, baru-baru ini.

Gadis yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah swasta bagaimanapun berkata, Shamsul tidak dapat turut serta kerana perlu bergegas ke Thailand pada hari tersebut atas urusan tertentu.

"Tahun lalu pun dia berada di Thailand ketika hari lahir saya. Tapi, tak kisahlah kerana dia ke sana pun atas urusan kerja.

"Malah, dia sempat bawa saya keluar makan bersama sebelum saya ke Great Eastern petang itu," tutur Diana yang merahsiakan hadiah yang diberikan oleh kekasihnya itu.

Walaupun 'dihujani' pelbagai hadiah, kata Diana, hari lahirnya tahun ini juga amat bermakna kerana dengan hasil titik peluhnya sebagai pelakon dan model selama ini, dia akhirnya mampu membeli sebuah kereta mewah BMW X5 tanpa bantuan kewangan dari sesiapa pun.

"Saya sudah lama impikan untuk mempunyai kereta sendiri. Tak sangka tahun ini impian saya terlaksana juga. Lebih membanggakan saya, ia adalah hasil dari usaha saya sendiri, bukannya pemberian daripada mana-mana Datuk, ibu mahupun Shamsul.

"Kereta itu sudah ditempah bulan lalu, tapi mungkin akan dapat dalam masa terdekat ini. Tak sabar rasanya. Tapi sayang, saya belum ada lesen memandu lagi.

"Buat masa ini, pemandu sayalah dulu nampaknya yang akan bawa saya ke mana-mana dengan kereta tu nanti. Saya boleh juga memandu, tapi kerana tiada lesen lagi, setakat memandu di depan rumah sajalah," kata Diana yang akan mengambil lesen tersebut jika ada masa terluang kelak.

Mulakan proses rakaman album April depan

Tamat saja menduduki SPM dalam masa terdekat ini, kata pelakon yang popular menerusi drama Air Mata Maria, Janji Diana dan Farah Syakirah ini, dia akan kembali aktif di dalam bidang lakonan setelah kira-kira empat bulan 'berehat' bagi menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.

Jadual seninya boleh dikatakan sudah mula padat kerana selain menantikan tayangan tiga buah filem lakonannya iaitu Maut (Malaikat Maut), Bohsia dan Stamp ditayangkan tahun depan, Diana juga akan memulakan penggambaran untuk tiga buah filem terbaru bermula awal bulan Januari.

Tiga buah filem tersebut ialah Evolusi KL Drift 2, Kecoh Betul yang akan menyaksikan gandingannya bersama Nabil dan Magika, sebuah filem muzikal terbitan KRU.

Selain sibuk dengan aktiviti lakonan, Diana juga akan menghasilkan album sulungnya sekitar April depan yang akan diterbitkan oleh syarikat miliknya sendiri.

"Mungkin April nanti baru saya akan memulakan proses rakaman album tersebut. Selepas tamat SPM nanti, saya dan Mama akan terus berbincang tentang lagu-lagu dan konsepnya.

"Buat masa ini, memang banyak juga lagu yang saya dapat beberapa komposer. Cuma belum ada masa untuk pilih. Jika berpeluang, saya ingin hasilkan album yang berkonsepkan 'teen pop' seperti Miley Cyrus.

"Tetapi, apapun, saya kena dengar pendapat Mama juga apa yang dirasakannya sesuai," tutur Diana yang pernah membuat persembahan bersama Dafi pada sebuah majlis Minggu Setiausaha tidak lama dulu.

Selain itu, bintang muda ini juga berhasrat untuk menyambung pengajiannya di kolej swasta pada Jun depan, berkemungkinan di dalam bidang Sains.

"Mengikut perancangan, saya terfikir untuk sambung pengajian di Universiti Monash. Cuma bidangnya saya belum benar-benar pasti, tapi mungkin juga yang ada kaitan dengan Sains kerana saya memang sukakan subjek tersebut.

"Kalau boleh, saya tidak mahu lengahkan pengajian saya itu. Jika tiada sebarang masalah, saya akan teruskan hasrat saya ini bulan Jun depan," katanya yang juga berharap agar dapat memperoleh keputusan cemerlang di dalam SPM nanti.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan