Bienda mula langkah baru

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGALAMAN getir yang dilaluinya akibat penyakit jantung berlubang tidak lama dulu banyak mengubah diri Nor Razlinda Razli atau lebih mesra dengan panggilan Bienda ini untuk lebih menghargai hidup.

Tidak mudah mengalah dengan nasib yang menimpa diri, Bienda cekal melawan penyakit itu atas bantuan keluarga terutama ibunya, penyanyi dangdut popular, Sheeda.

Atas bantuan banyak pihak yang menghulurkan sumbangan, gadis berusia 22 tahun ini selamat menjalani pembedahan sekitar Januari lalu, walaupun kedengaran banyak suara-suara sumbang yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan bantuan tersebut.

Hampir 10 bulan berlalu, Bienda kini sudah mula mengorak langkah yang baru. Akui tuan empunya diri, dia sudah mampu bergerak aktif semula di dalam bidang seni.

Malah, Bienda turut mempertaruhkan lakonan di dalam filem sulungnya, Budak Kelantan yang telah ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan.

Terbaru, pelakon dan penyanyi ini juga bakal kembali ke studio bagi menyiapkan album terbarunya yang sudah dua tahun tertunda disebabkan masalah-masalah tertentu.

"Saya baru saja selesai merakamkan sebuah lagu baru ciptaan Yasin berjudul Jiwa Sengsara. Lagu ini sebenarnya akan dimuatkan di dalam album kompilasi yang menggabungkan lagu-lagu pop etnik nyanyian artis-artis lain juga.

"Tapi istimewanya, Jiwa Sengsara adalah satu-satunya lagu baru yang akan ditampilkan di dalam album keluaran Nova Music ini.

"Selesai dengan projek ini, saya akan kembali semula ke studio untuk proses pembikinan album solo saya yang terbaru.

"Sebenarnya, sudah banyak lagu yang telah dirakamkan sebelum ini, tetapi terpaksa ditunda kerana ketika itu saya banyak terikat dengan komitmen lain," kata Bienda yang juga akan menggunakan khidmat komposer Yasin di dalam album tersebut.

Bercerita lanjut tentang album itu, kata artis kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini, kali ini dia dan 'team' penerbitan hanya akan mengubah sedikit susunan muzik di dalamnya selaras dengan perkembangan muzik masakini.

"Lagu sudah banyak dirakamkan dulu dan kali ini saya hanya akan merakamkan beberapa saja lagi. Kita mungkin akan 'touch up' sikit-sikit saja terutamanya dari segi susunan muzik...maklumlah dua tahun lalu mungkin muziknya berbeza sedikit.

"Konsepnya tetap sama, cuma mungkin akan ada sedikit penampilan muzik yang lain. Jika album pertama dulu konsep 'world music' saya lebih ke arah gaya Arab, kali ini ia mungkin akan disuntikkan lebih elemen pop.

"Insya-Allah, mungkin saya juga akan bertindak selaku produser album itu nanti," kata Bienda dalam nada ceria.

Namun begitu, katanya lagi, buat permulaan, album tersebut akan diterbitkan dalam bentuk album mini dulu yang mana hanya empat buah lagu yang akan dimuatkan.

"Kita nak tengok dulu macam mana 'market' album itu nanti. Lepas itu mungkin baru kita akan putuskan tentang penghasilan album penuh pula," ujar Bienda yang menambah album mini itu mungkin akan dipasarkan pada awal tahun depan.

Dalam proses kuruskan badan

Sementara menanti untuk kembali ke studio, kata Bienda, dia kini sedang di dalam proses untuk menurunkan berat badannya.

Akui badannya agak berisi terutamanya selepas selesai menjalani pembedahan tidak lama dulu, Bienda berkata, dia sedang mengamalkan diet sihat agar dapat mengembalikan berat badan yang optimum.

"Sebelum ini, berat badan saya lebih kurang 47 hingga 50kg, tetapi selepas pembedahan, berat saya meningkat hingga 56kg. Perkara ini memang merunsingkan saya.

"Sebab itu sekarang ini saya sedang berusaha untuk turunkan berat badan dengan berdiet dan bersenam. Seminggu sekali saja saya akan menjamah nasi, hari-hari lain saya banyak makan makanan yang berasaskan sayur-sayuran.

"Alhamdulillah, nampak juga hasilnya..ada penurunan sikit. Cuma saya kena terus bersabar dan berusaha," kata Bienda.

Dalam masa yang sama, dia juga masih lagi meneruskan rawatan susulan selepas pembedahan tersebut dan perlu dilakukan dari semasa ke semasa.

"Bulan Januari depan saya akan ada rawatan susulan lagi di Pusrawi. Memang akan ada beberapa lagi rawatan yang perlu saya ikuti kerana doktor perlu pantau keadaan kesihatan saya selalu.

"Tetapi, saya akui kesihatan saya semakin baik sekarang. Saya sudah boleh bergerak aktif, cuma kena sentiasa jaga pemakanan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan