Faizal mahu jadi pemuzik sejati

Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GELARAN SUPERMAN sememangnya menjadi trademark Naib Juara One In A Million musim pertama Faizal Tahir.

Namun dek gelaran yang sangat digilainya itu pernah mebawa padah kepadanya apabila dihukum gara-gara tindakannya membuka baju ketika menyanyi pada persembahan pentas sempena konsert ulang tahun 8TV di Central Park Avenue, Petaling Jaya, Selangor 13 Januari lalu.

Didenda melakukan kerja-kerja amal dalam tempoh tiga bulan di samping diharam mengadakan persembahan secara langsung di stesen-stesen TV swasta lain, ia sudah cukup memberikannya pengajaran.

Kini setelah hampir 10 bulan peristiwa itu berlalu, bapa kepada dua cahaya mata ini terus ligat mempromosikan single terbarunya, Cuba.

Ibarat ingin menutup buku lama dan membuka buku baru nyata anak jati Kuala Lumpur ini seorang yang optimis tentang perjalanan karier seninya sebagai anak seni.

”Biarlah semua yang tidak baik itu berlalu. Saya ingin buka buku baru.Tahun 2008 banyak tinggalkan kenangan kepada saya.

”Ada pahit dan manis dan saya rasa yang manis itu lebih istimewa untuk dikenang,” katanya yang ditemui selepas majlis pegumuman lagu yang berjaya layak ke Separuh akhir Muzik-muzik semalam.

Buat persediaan jika berjaya ke final

Bukan riak, tapi itulah kenyataannya. Jejaka berkulit hitam manis ini sememangnya tidak melakukan sebarang persiapan khusus biarpun dua lagunya layak ke Separuh akhir Muzik-muzik.

“Saya memang tak buat sebarang persiapan khusus, lagipun masa separuh akhir nanti, kami nyanyi gunakan minus one. Cuma mungkin perlu buat latihan vokal itu sahaja.

“Lainlah kalau berjaya ke final, masa itu memang saya akan membuat persiapan khusus. Apa dia kena la tunggu nanti,” ujarnya dalam nada ceria.

Dua lagu dendangannya yang berjaya ke Separuh akhir Muzik-muzik adalah Cuba ciptaan Audi Mok dan lagu Sampai Syurga ciptaan sepenuhnya oleh Faizal sendiri.

Mahu bergelar pemuzik sejati

Ditanya mengenai perkembangan terbaru dirinya, ayah kepada dua cahaya mata ini, sedang sibuk menulis lirik dan mencipta lagu untuk artis-artis tempatan seperti Anuar Zain, Nikki, seorang pendatang baru daripada Suria Record Company, Siti Rohaila.

”Bagi saya tumpuan saya untuk tahun depan lebih kepada mencipta lagu dan lirik. Bukan tidak ada tawaran berlakon namun saya belum terfikir ke arah itu.

”Saya nak tumpukan sepenuh perhatian kepada bidang nyanyian. Saya mahu orang kenali saya bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi pemuzik sejati.

"Orang bukan kenal saya sebagai penyanyi, tapi orang kenal saya sebagai penulis lirik dan komposer pada masa yang sama. Saya lebih suka ke arah itu,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu Mahakrya Cinta ini.

Biarpun keputusannya itu mengecewakan peminat setianya nyata naib juara OIAM musim pertama ini punya alasannya tersendiri.

"Terus terang, saya sebenarnya tidak boleh melakukan dua kerja dalam satu masa. Lagipun saya tidak percaya kepada kepelbagaian. Mungkin inilah kelemahan saya.

”Ini bukan soal menolak rezeki tapi saya rasa ini soal tanggungjawab.Yang penting saya masuk industri ini sebab nak menyumbangkan sesuatu kepada bidang nyanyian.

“Saya rasa sudah tiba masanya kita menghargai muzik-muzik baru seperti genre muzik yang dibawakan oleh kumpulan Estranged, Meet Uncle Husien dan Hujan. Mereka punya gaya dan cara tersendiri mengetengahkan muzik mereka, itulah yang saya cuba lakukan,” ujarnya.

Bagi Faizal, kejayaan merangkul empat anugerah pada Anugerah Industri Muzik ke-15 baru-baru ini menjadi pembakar semangat untuknya bekerja lebih keras dalam bidang nyanyian yang sangat dicintainya itu.

Bekas ahli kumpulan nasyid Mirwana ini juga memegang prinsip passion is the key. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

Tidak gusar dengan kehadiran penyanyi-penyanyi baru nyata Faizal seorang yang tidak takut kepada cabaran.

Tegasnya, bidang nyanyian memang satu cabang seni yang mencabar namun tiada siapa yang mampu menghalang dia memberikan apa yang terbaik kepada peminat dan industri hiburan itu sendiri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan