Zamarul tidak pernah mendabik dada atau demand

Diterbitkan: Khamis, 20 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MASIH segar kemenangan diangkat sebagai pelakon lelaki terbaik kategori drama pada Anugerah Skrin 2008 awal bulan ini, tapi ternyata pencapain ini tidak membuatkan aktor Zamarul Hisham mendabik dada.

Biarpun ada cakap-cakap yang mengatakan dia mula demand namun duda berusia 37 tahun ini tidak mudah melatah.

“Siapa kata saya demand? Mana ada...semua itu cerita karut saja.

“Mungkin orang anggap saya demand sebab saya menang anugerah. Hakikatnya saya tak pernah demand. Saya tetap Zamarul yang sama macam dulu,” ujar Zamarul dalam nada kecewa.

Bagi anak kelahiran Kuala Lumpur ini kerjaya seni yang dibinanya sejak 13 tahun lalu banyak mengajarnya bersabar dengan gosip yang melanda dirinya.

Yang pasti, kekasih kepada aktres Diana Rafar ini seorang yang sangat optimis terhadap jatuh bangun industri hiburan.

Tegasnya, dia juga tiada kuasa untuk menolak tuah atau rezeki yang berpihak padanya.

Berlakon telemovie

Ditanya mengenai perkembangan terbaru karier lakonannya, Zamarul berkata dia baru sahaja habis berlakon dua buah telemovie.

“Saya baru saja habis shooting dua telemovie, Rebab Tak Bertali dan Cikgu Vespa Merah,” katanya kepada mStar Online semalam.

Menurut jejaka kacak ini, kedua-dua telemovie itu sedang dalam proses penyuntingan dan mungkin ditayangkan dalam sedikit masa lagi.

Menceritakan pengalamannya berlakon di bawah arahan dua pengarah berbeza untuk dua telemovie terbabit, Zamarul jelaskan beliau selesa dengan kedua-duanya.

“Bagi telemovie Cikgu Vespa Merah, saya berlakon di bawah arahan abang Mat London manakala Rebab Tak Bertali diarahkan oleh Saiful Bahari.

“Bekerja dengan kedua-dua pengarah ini satu pengalaman yang baru bagi saya. Tapi yang penting saya senang dengan cara mereka.

“Dari segi pengarahan masing-masing punya cara tersendiri dan syot-syot mereka juga bagus,” ujar Zamarul yang pernah berlakon dalam filem Di Ambang Misteri.

Ditanya mengenai watak yang dilakonkan dalam dua telemovie terbabit, Zamarul berkata dalam kedua-dua telemovie berkenaan dia membawakan watak utama.

Bercerita lebih lanjut mengenai watak yang dilakonkan dalam dua telemovie tersebut, jejaka berkulit hitam manis ini jelas begitu teruja dengan watak yang diberikan:

“Dalam telemovie Cikgu Vespa Merah, saya jadi cikgu. Satu pengalaman baru bagi saya. Walaupun watak kali ini tidak seberat dalam drama Ihsan, saya tetap buat homework masa nak berlakon telemovie ini.

“Bagi telemovie Rebab Tak Bertali, saya bawa watak sedih sebagai pemain rebab. Cerita ini tertumpu kepada kehidupan pemain rebab yang merupakan alat muzik tradisional dari Kelantan, ” ujarnya dalam nada ceria.

Menurut duda kacak ini, pengalaman belajar loghat dan bahasa dari negeri Cik Siti Wan Kembang juga merupakan pengalaman baru buat dirinya.

Biarpun lucu ketika awal dulu, dia tetap memberi komitmen yang tinggi untuk menampilkan lakonan yang nampak natural dengan menghabiskan masa belajar bahasa loghat Kelantan dari teman-teman rapatnya.

Duta produk Al- Jabbar

Tuah terus mengiringi aktor yang pernah mencipta nama melalui drama bersiri Gerimis Mengundang tidak lama dahulu dan dia tidak menoleh ke belakang lagi.

Terbaru Zamarul sekali lagi dipilih menjadi duta produk Al-Jabbar, lebih istimewa kali ini kekasihnya, Diana turut dipilih menjadi duta produk berkenaan.

Jelasnya, dia suka mengamalkan produk yang berasaskan herba untuk menjaga kesihatan tubuh badannya.

Produk tersebut adalah minuman herba Jabar Root dan Puteri Serapat yang dijangka dipasarkan di negara Asia Barat.

Ditanya apa yang menjadi kriteria pemilihannya sebagai duta prdouk berkenaan, Zamarul berkata, pihak terbabit punya strategi pemasaran yang tersendiri.

“Mungkin dengan ada artis jadi duta produk, orang ramai akan beli barang yang dikeluarkan. Saya pun tak pasti, mungkin ini strategi pemasaran mereka,” katanya.

Belum tetap tarikh kahwin

Diusik dengan persoalan bila dia mahu mengakhiri zaman dudanya, jawapan Zamarul agak cool.

“Kawin? Nanti dululah. Memang saya ada cakap dah bersedia untuk kahwin cuma tarikhnya belum ada lagi.

“Dulu saya pernah kata nak kawin bulan Julai, tapi tak jadi. Saya tak mahu beri sebarang tarikh takut nanti orang label macam-macam pulak.

“Lagipun saya dan dia (Diana) sibuk dengan kerjaya masing-masing. Insya-Allah bila dah ada tarikhnya kami akan umumkan,” ujar Zamarul dalam nada ceria.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan