Gagal jadi penyanyi Puteri Fateen terjun ke bidang lakonan

Diterbitkan: Rabu, 19 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KALAUtidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Begitulah yang boleh disifatkan dengan bakat lakonan dimiliki oleh pelakon remaja yang meningkat naik Puteri Fateen Nasuha Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Fateen.

Biarpun di awal pembabitannya dalam dunia seni tertumpu kepada bidang nyanyian namun rezeki tuhan tiada siapa menduga.

Semuanya bermula apabila dia menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan untuk melantun vokalnya kepada khalayak. Fateen akhirnya tekad mengambil keputusan menjadi seorang pelakon.

"Sepatutnya pada awal-awal dulu saya jadi penyanyi, namun ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, lantas saya mencuba nasib dalam bidang lakonan,” katanya kepada mStar Online semalam.

Menceritakan mengenai karier lakonannya, Fateen berkata, ibu tercinta iaitu Martini Gimin, 50, yang beria-ria mahukan dia menjalani uji bakat diawal pembabitannya dalam bidang lakonan.

“Ibu yang banyak memberi galakan dan dorongan supaya saya menceburi bidang lakonan. Dia yang rajin menghantar saya pergi ‘casting’ mana-mana drama yang mencari pelakon baru,”katanya.

Menurut bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas, Ampang ini dia mula berlakon sebagai pelakon tambahan sebelum mendapat peluang melakonkan watak utama.

"Alhamdulillah, kali ini saya tersenarai menyertai produksi Orangetree Communications Sdn. Bhd. dan dapat pegang watak utama," ujar Fateen.

Antara drama lakonannya adalah, Seputeh Kasih Ramadan, Dendam dan dua buah filem antaranya adalah Pemuburu Emas Yamashita dan I Know What U Did Last Raya.

Ditanya tidakkah beliau minat untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, Fateen berkata:

"Sebelum ini saya pernah ditawarkan memasuki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam kursus perfileman.

"Agak mendukacitakan apabila waktu itu saya baru sahaja menerima kontrak dan tugasan dengan sebuah produksi.

“Ditambah dengan beberapa komitmen lain yang tidak dapat dielakkan, maka saya terpaksa menolak tawaran tersebut sementara waktu,” katanya.

Tegasnya, niat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi tidak pernah pudar cuma masa tidak mengizinkannya.

Belum fikir soal cinta

Diusik mengenai kisah peribadinya, nyata peminat setia pelakon Jeniffer Love Hewitt ini tidak mudah melatah.

Jelas Fateen, ketika ini tumpuannya lebih terarah kepada bidang lakonan lebih dahulu.

Bukan menolak takdir namun menurut Fateen usia yang terlalu muda buat dia bimbang untuk menyulam kasih dengan lelaki bergelar kekasih.

“Saya hendak bina kerjaya dan nama dahulu. Mungkin lepas itu baru fikirkan soal cinta. Lagipun saya masih baru dalam bidang ini,” katanya.

Justeru kerana perkara itu anak jati Kuala Lumpur ini nekad memilih bidang seni lakon bagi mengasah bakat lakonan yang dimilikinya.

Watak Puteri Nor Puteh

Mula mencipta nama melalui drama bersiri Raksasa yang disiarkan di TV3 tidak lama dahulu, kini Fateen tampil membawa satu lagi watak penting dalam drama bersiri, Puteri Salju.

Bukan calang-calang karakter yang dipegang remaja comel ini, sebaliknya Fateen tampil membawa watak Puteri Nor Puteh yang diadaptasi dari sebuah kisah dongeng terkenal, Snow White.

Menceritakan mengenai karakter Puteri Nor Puteh, anak kedua daripada empat beradik ini berkata watak tersebut memerlukannya banyak membuat ‘homework’ sebelum ke lokasi penggambaran.

“Saya banyak kena buat latihan membaca skrip dengan Fizzow (Putera ). Watak ini agak mencabar walaupun ia watak yang baik.

“Saya ambik masa sebulan buat skrip ‘study’. Dalam tempoh tersebut saya cuba memahami karekter dan watak Puteri Nor Puteh dengan mendalam," ulas Fateen.

Menceritakan pengalamannya berlakon di bawah arahan Yeop Hitler dalam drama Puteri Salju, Fateen nyata menggagumi bakat pengarah muda itu.

“Saya senang berlakon di bawah arahan abg Hitler. Dia banyak beri tunjuk ajar dan memudahkan sesuatu tugasan.

“Jika kita rasa susah nak lakonkan satu-satu babak itu, dia (Hitler) akan ajar kita cara yang lebih mudah untuk melakonkannya,” katanya.

Meminati lakonan Sharifah Amani, nyata tawaran membawakan watak Puteri Nor Puteh disambut baik oleh Fateen.

“Saya memang suka sangat bila abang Hitler tawarkan watak Puteri (Nor Puteh). Saya suka bila disolek dan didandan jadi cantik. Lagipun watak kali ini berbeza dengan cerita raksasa, yang perlukan saya jadi hodoh,” katanya.

Jelas Fateen, jika diberi peluang dia sememangnya ingin mempelbagaikan watak yang dibawakan dalam drama lakonannya.

“Kalau diberi peluang saya inginkan watak mencabar sepertiwatakorang gila. Tapi saya faham sebagai pelakon baru kita kena terima apa yang diberikan untuk belajar,” katanya.

Snow White versi moden ini mengisahkan Puteri Nur Puteh seorang gadis yang jelita lahir di dalam keluarga kaya-raya.

Kejelitaannya bagaimanapun dicemburui ibu tirinya, Zarina. Angkara Zarina, Puteri diculik dan diracun, namun hayatnya masih panjang setelah diselamatkan tujuh wanita kerdil.

Selain Fateen dan Fizow Omar sebagai watak utama drama yang diarahkan oleh Yeop Hitler ini turut menampilkan tujuh wanita kerdil. Pelakon-pelakon yang turut menjayakan drama bersiri ini adalah Sabrina Ali, Sharifah Shahira, Heryanto Hassan, Abby Nadzri dan Jehan Miskin.

Jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri, Puteri Salju yang telahpun ditayangkan di TV3 bermula 17 November lalu, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 4.30 petang.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan