Resepsi Majlis Menyambut Menantu AshrafBunga meriah

Diterbitkan: Isnin, 17 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Berkonsepkan ‘Pulang ke kampung bawa Isteri’, majlis resepsi kedua perkahwinan aktor Ashraf Sinclair dan penyanyi Bunga Citra Lestari diraikan dengan penuh kemeriahan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, di sini, malam Sabtu lalu.

Majlis yang bermula pada pukul 8 malam itu berlangsung hampir tiga jam dengan pelbagai aktiviti menarik iaitu majlis menepung tawar oleh keluarga pengantin, diikuti dengan persembahan menghiburkan dan diakhiri dengan upacara memotong pulut kuning.

Ashraf dan Bunga kelihatan segak dan cantik mengenakan pakaian pengantin berwarna silver dan putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry.

Majlis menyambut menantu yang menonjolkan ciri kemelayuan ini dihadiri kira-kira 700 orang tetamu yang terdiri dari kalangan ahli keluarga, rakan terdekat serta tetamu VIP.

Mereka adalah bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Jamaludin Jarjis, serta ibu dan bapa mempelai Emmy Syaref dan Muchlis Rusli (ibu dan bapa Bunga), Khadijah Abd. Rahman dan Muhamed Sinclair (ibu dan bapa Ashraf).

Semalam, majlis resepsi pertama mempelai berlangsung di The Saujana, Subang dengan konsep "Lakuran English & Malay Wedding" .

Ashraf dan Bunga bernikah pada 8 November lalu di Jakarta, Indonesia.

Pasangan sama cantik sama padan ini memilih untuk menghabiskan masa selama seminggu di Maldives sebagai lokasi bulan madu mereka.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan