Perkahwinan Rusdi Sharon hadiah hari jadi Norlia Ghani

Diterbitkan: Isnin, 17 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

"IBU mana yang tidak bahagia apabila melihat anaknya berkahwin..," ucap aktres Norlia Ghani, 58 apabila anak sulungnya, pelakon Rusdi Ramli, 38 selamat diijabkabulkan dengan komposer Sharon Anne Paul Abdullah, 31 malam tadi di The Gallery Creative Elements, Seksyen 2, Shah Alam.

Paling membahagiakan hati Norlia apabila dia bakal menyambut hari lahirnya pada 19 Disember ini dengan menantu barunya itu.

"Kiranya, Sharon adalah hadiah yang bermakna untuk hari jadi saya nanti," tutur Norlia ringkas sambil tersenyum ceria.

Dalam majlis tersebut, Norlia berkata semua perkara diuruskan oleh Rusdi kerana anaknya kesayangannya itu sebolehnya tidak mahu menyusahkan ibunya.

Kata Norlia, Rusdi mahu dia datang dan meraikan majlis penikahannya sebagai seorang ibu.

"Saya berasa sangat bersyukur kerana Boy telah selamat berkahwin. Lagipun, sudah lama dia hidup seorang diri tanpa isteri.

"Saya juga ingin memohon maaf kerana tidak dapat menjemput kawan-kawan lain. Maklumlah, kami buat majlis ini secara kecil-kecilan sekadar menjemput saudara-mara dan rakan terdekat sahaja," putus Norlia yang pernah popular dengan nama Joyah ini.

Walaupun perkenalannya dengan Sharon mengambil masa yang singkat, mengenali Sharon membuatkan Norlia terpaut dengan sikap penyayang dan pandai mengatur hidup itu.

Norlia juga menyenangi sikap besannya, Lucia Paul yang beberapa kali berjumpa dengannya.

Norlia menambah, dia hanya mendoakan kebahagiaan anak dan menantunya itu sehingga ke akhir hayat.

Anak Rusdi tumpang gembira

Bukan sahaja Norlia yang seronok, malah cucunya, anak Rusdi, Efiezal Ridza, 18 turut berkongsi kegembiraan tersebut.

Jelas terpancar senyuman tatkala ayahnya selamat dinikahkan dengan ibu barunya itu.

"Saya berasa gembira dan hanya mendoakan kebahagiaan mereka," luah Efiezal yang tidak terkata apabila ditemubual selepas itu.

Sharon menyenangi Rusdi

Bukan mudah untuk Rusdi mencari wanita yang dapat menerima dirinya yang berstatus duda dan mempunyai seorang anak itu.

Namun apabila mempunyai hubungan serius dengan Sharon selama setahun ini, wanita tersebut membuatkan hatinya senang ketika bersama.

"Masa mula-mula, kami berkawan sahaja. Selepas itu bertukar nombor telefon. Dalam masa setahun, semuanya berlaku sehingga kami membuat keputusan untuk ke jinjang pelamin," beritahu Rusdi dalam sidang media semalam.

Sharon pula berkata Rusdi membuatkan dirinya tenang. Kebanyakan orang menganggap Rusdi pendiam, tetapi suasana tersebut bertukar apabila mereka berbual di telefon.

"Kami selalu berbual di telefon pada pukul 4 hingga 5 pagi selepas pulang bekerja beberapa jam lamanya. Dengan saya dia banyak bercakap dan mempunyai perangai 'gila-gila'. Kadangkala kami ketawa bersama," jelas Sharon yang tersenyum simpul di samping Rusdi.

Tepat pukul 9.20 malam, dengan sekali lafaz, Rusdi sah bergelar suami Sharon dengan dinikahkan oleh pendaftar kanan nikah, cerai dan rujuk dari Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Muhd. Sujak Hj. Muhd. Dasuki sambil disaksikan bapa Rusdi, Ramli Ismail, 67

Majlis pernikahan bertemakan 'Garden Wedding' tersebut berlangsung secara sederhana di mana Rusdi hanya memberikan mas kahwin sebanyak RM800 dan hantaran berupa sirih junjung, cincin dan al-Quran kepada Sharon.

Dalam majlis tersebut, Sharon mengenakan baju kurung moden putih rekaan Calvin Thoo dan berselendang putih sementara Rusdi pula mengenakan baju Melayu rekaan Semenda Rasa warna yang sama.

Seperti yang sedia maklum, cinta Rusdi dan Sharon berputik selepas mereka dipertemukan dalam majlis pratonton filem 1957: Hati Malaya pada tahun lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan