Pahlawan Islam ditonjolkan dalam bentuk Antoo Fighter

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELIHAT kepada watak para pelakon filem Antoo Fighter yang bakal mengegarkan pawagam mulai 27 November ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya tidakkah filem ini terlalu pelik dan berpendapat ia seperti tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak khususnya.

Ketika soalannya diajukan kepada pengarahnya mengenai aspek provokasi ‘keterlaluan’ yang ditonjolkan dalam filem ini, Azizi ‘Chunk’ Adnan berkata dia ingin menyampaikan sesuatu maksud yang berlainan secara ironi.

Kata Azizi, yang penting filem lakonan Radhi OAG, Awie, Bell Ngasri dan Liyana Jasmay ini telah lulus bersih dari Lembaga Penapis Filem Malaysia.

“Hantu yang ditonjolkan dalam filem ini juga tidak terlalu menampakkan ciri-ciri seram dan mengerikan malah lebih kelakar.

“Jika ada yang perasan, watak tujuh syaitan yang ditonjolkan dalam filem ini melambangkan golongan Yahudi.

“Misalnya, nama-nama hantu yang digunakan seperti Lord El-Sharon kita ambil sempena nama bekas presiden Israel dan ada juga dialog yang menggunakan bahasa Hebrew (bahasa orang Israel).

"Tanda lain digunakan seperti lambang bulan sabit pada senjata yang melambangkan Islam.

“Jadi, secara ironinya, hantu-hantu yang diwujudkan dalam filem ini melambangkan orang Yahudi yang menakluk orang Islam manakala 'Antoo Fighter' pula adalah pahlawan Islam.

"Namun, jangan salah faham pula kerana saya bukan mengutuk agama lain,” jelas Azizi yang sedikit terbuka bercerita tentang maksud tersirat sebalik filemnya.

Tambahnya, walaupun ia disampaikan secara halus, tetapi sekurang-kurangnya ia lebih baik dari filem Barat yang selalunya mengutuk filem kita dan orang Islam secara berleluasa sekarang.

Justeru, tidak hairanlah jika filem ini sudah dirancang untuk menembusi pasaran luar negara seperti Brunei, Indonesia, Thailand, Singapura dan melebarkan langkah ke negara Asean lain jika mendapat sambutan.

Skrip filem yang disiapkan dalam tempoh enam bulan pada tahun lepas itu turut menyimpan perkara tersirat yang lain.

“Kalau nak tahu, penonton perlu menonton filem ini berkali-kali baru boleh faham..,” kata Azizi, 36 ketika dihubungi.

Rasanya ibu bapa diluar sana juga tidak perlu bimbang untuk membawa anak-anak mereka menonton filem ini kerana Azizi telah melakukan eksperimen penontonan filem ini terhadap anak-anaknya yang berusia 10 tahun dan ke bawah.

Antoo Fighter atau Penentang Jembalang yang kebetulan mirip kepada Ghostbusters, merupakan sebuah kumpulan pemusnah antoo bawah tanah yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi.

Setiap 60 tahun, lima manusia akan dipilih untuk menyelamatkan dunia daripada ancaman puaka zion.

Sekumpulan antoo dari zaman dahulu kala yang diketuai oleh Drakulat Van Listerooy telah kembali mengganas setelah terlepas daripada kurungan antoo-antoo ini telah mengembara ke Kuala Lumpur untuk meneruskan misi mereka yang belum tercapai.

Drakulat telah menawan menara kota untuk dijadikan markas operasi mereka. Amukan drakulat telah membawa kekecohan di ibu negara sehingga berada dalam keadaan tidak tentu hala.

Dalam pada itu, tugas sebenar drakulat ialah untuk membebaskan Lord El-Sharon, bapa syaitan dari Neraka Zion.

Pembebasan Lord El-Sharon dapat menyatukan dunia dan dimensi nerakanya. Drakulat perlu mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan darah suci Delyla.

Darah korban itu adalah kunci segala mentera untuk antoo-antoo ini menguasai dunia.

Kehadiran semula drakulat dapat dirasai oleh Pak Din dan beliau mewasiatkan cucunya, Pohjee untuk menjadi pewaris penentang jembalang alaf baru.

Filem ini merupakan filem pertama Azizi selepas 11 tahun dia bergelar pengarah.

Azizi memulakan kariernya dalam industri ini dengan mengarah ratusan drama TV seperti Spanar Jaya, kartun animasi (Usop Sontorian) dan iklan komersial (Chicken Rice Shop, May Bank, Air Cap Badak).

Idea untuk membuat filem bergenre fantasi itu timbul daripada minatnya yang mendalam terhadap komik, cerita kartun, super hero dan fantasi.

"Ini juga merupakan sebahagian daripada perjuangan saya setelah mempelajari kursus Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dulu.

"Jadi, saya nak gabungkan kepala kartun saya dengan perkara yang tersirat seperti penaklukan Yahudi terhadap orang Islam.

"Memang isu tersebut nampak berat, tetapi ia nampak lebih menarik apabila disampaikan dalam bentuk kartun," tutur Azizi yang sibuk dengan pengambaran drama bersiri Awan Dania yang sedang disiarkan di Astro Ria sekarang.

Menyentuh tentang perkembangan lain, Azizi sudah merencanakan filem keduanya iaitu Kapoww yang bakal diterbitkan oleh Tayangan Unggul.

Cerita ini berkisar tentang lapan orang super hero yang mempunyai kuasa berbeza dan pada mulanya takut untuk menonjolkan diri tetapi akhirnya keluar demi menyelamatkan orang lain.

Antara pelakon yang bakal mewarnai filem yang bakal memasuki pengambaran pada 13 Januari tahun depan ini ialah Nabil Raja Lawak, Hans Isaac dan Que Haidar.

Azizi juga terlibat dalam bidang muzik melalui band Cap Ayam. Band Azizi dan rakan-rakannya ini akan menggegarkan Konsert Jom Heboh di Pulau Pinang pada 23 November ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan