Hero remaja Fizow terpaksa korbankan karier pemain bola untuk jadi pelakon

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DARI padang bola ke pentas lakonan? Pasti transisi ini satu yang menarik untuk diperkatakan, namun itulah permulaan perjalanan karier seni finalis Hero Remaja 2007/2008, Fizow Omar.

Bagi anak kelahiran Kota Bharu ini kerjaya seninya bermula kerana minat yang mendalam dalam bidang lakonan.

Menceritakan permulaan karier seninya Fizow atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkata minat untuk menjadi pelakon timbul ketika dia menyertai pertandingan Hero Remaja.

“Pertandingan tersebut menjadi batu loncatan untuk saya menceburi dunia lakonan. Bagi saya tidak salah untuk mencuba tapi kita kena beri komitmen yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan,” katanya ketika dihubungi mStar Online semalam.

Namun menurut jejaka kacak ini ada perkara yang perlu dikorbankan bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang pelakon.

“Saya kena berkorban salah satu, kerana pada masa yang sama saya bermain bola secara professional. Saya bermain untuk pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ketika itu.

“Saya memang minat menjadi pemain bola tapi minat untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan yang tidak pernah pudar mendorong saya menceburinya.

“Bila jadi pelakon sepenuh masa ini saya kena tinggalkan kerjaya professional sebagai pemain bola sepak,” katanya yang pernah menjadi pemain bola sepak Perlis dan skuad kebangsaan sekitar tahun 2002-2007 lalu.

Biarpun terpaksa meninggalkan sementara kerjaya sebagai pemain bola sepak professional, Fizow tidak pernah menyesali langkah yang telah diambilnya itu.

Kisah Cinta

Diusik tentang kisah peribadinya, nyata jejaka kacak ini tidak mudah melatah. Bagi Fizow kisah cinta memang satu perkara yang peribadi namun bila bergelar artis kadangkala dia tidak dapat lari dari ditujukan soalan sedemikian.

“Kalau tanya status saya sekarang ini, apa yang boleh saya katakan saya sedang mengenali seseorang. Kami masih berkawan,” katanya.

Jelas Fizow lagi, dia tidak mahu terlalu menumpukan kepada cerita peribadi sehingga menjejaskan kariernya.

“Biarlah dahulu. Saya pun masih muda, dia pun masih belajar. Biar kami sama-sama bina kerjaya dahulu,” katanya.

Ditanya apakah ciri-ciri wanita idamannya, Fizow berkata:

“Kalau boleh saya nak cari yang dalam industri sebab dia akan lebih faham kerja macam saya tak menentu masa macam saya ni.

“Tapi saya tak menolak takdir kalau ditemukan dengan gadis yang bukan sari bidang seni. Lagipun sekarang ini saya sedang berkawan dengan seorang gadis yang saya kenali masa saya di UiTM dulu.”

Minat lakonan Rosyam Nor dan Angelina Jolie

Menceritakan mengenai karier lakonan yang diceburinya beberapa bulan yang lalu, Fizow mengakui dia masih dalam tempoh belajar.

“Saya masih baru, drama yang saya berlakon baru lapan buah drama. Masih banyak yang perlu saya belajar, untuk jadi yang terbaik bukan mudah, kerja keras dalam bidang ini akan berbaloi jika kita dapat pamerkan lakonan yang mantap,” katanya.

Meminati lakonan isteri Brad Pitt, Angelina Jolie dan memuja lakonan aktor terkenal Rosyam Nor, Fizow mengimpikan untuk berlakon dengan idolanya itu satu hari nanti.

“Jika ada diberi peluang saya nak sangat berlakon dengan abang Rosyam. Lakonan dia cukup berkesan, saya terpesona dengan lakonannya,” katanya.

Biarpun baru menceburi bidang lakonan Fizow semakin mendapat perhatian, terbaru pemegang Diploma Kejuteraan Sivil UiTM ini akan muncul dalam drama bersiri Puteri Salju yang menghiasi slot Legenda di TV3 dan TV9.

Menceritakan pengalamannya berlakon dalam filem berkenaan, jejaka berbintang Cancer ini mengakui, pengarah drama Puteri Salju, Yeop Hitler banyak membantunya.

“Dari segi lakonan Hitler (pengarah) banyak memberi tunjuk ajar. Pelakon-pelakon senior lain seperti Jehan, Abang Yanto, Kak Shira banyak memberi tunjuk ajar saya.

“Saya juga banyak buat script rehearsal dengan Fateen. Dari situ saya banyak belajar untuk menghayati watak hero dalam drama ini,” kata model iklan Celcom.

Terbaru jejaka kacak ini akan muncul dalam drama Gadis Merah Jambu dan Kau Curi Cintaku.

"Saya juga akan memulakan penggambaran drama Bionik tidak lama lagi. Dalam drama ini saya akan berlakon watak jahat.

"Inilah kali pertama saya berlakon watak jahat. Tak tahulah macam mana, tapi sebagai pelakon semestinya saya akan sentiasa mahu berlakon sebaikmunkin dalam apa sahaja watak."

Dalam Puteri Salju, Fizow berlakon sebagai seorang doktor yang akhirnya bertemu dengan Puteri Salju, gadis malang yang menjadi mangsa khianat ibu tiri.

Adakah mereka akan bercinta? Untuk mengetahui kisah yang selanjutnya jangan lupa menonton drama bersiri Puteri Salju yang akan ditayangkan di TV3 pada pukul 4.30 petang dan ulangannya di TV9 pada pukul 8.30 malam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan