Cicakman 2Planet Hitam karya terbaik KRU

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CICAKMAN 2-PLANET HITAM buah tangan terbaru KRU Studios Sdn Bhd. kali ini boleh disifatkan sebagai karya terbaik pernah dihasilkan oleh trio adik-beradik, Norman, Yusry dan Edry.

Bertitik tolak daripada kejayaan filem Superhero Cicakman yang beridentitikan Malaysia KRU Studios tampil dengan jalan cerita lebih kemas dan menarik dalam sekuelnya kali ini.

Cicakman 2 menampilkan lebih banyak aksi yang menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) dan kesan khas bagi memperlihatkan unsur aksi yang lebih realistik setanding filem superhero yang sedia ada.

Tapi jangan cuba bandingkan dengan filem Superhero dari barat kerana anda mungkin kecewa.

Menurut pengarahnya Yusry Abdul Halim, mereka perlu realistik dalam menghasilkan babak aksi dalam filem ini kerana kos penerbitannya agak tinggi.

Masih mengekalkan jalan cerita yang sama, watak Hairi/ Cicakman lakonan Saiful Apek dikupas dengan lebih mendalam dalam sekuel terbarunya ini.

Selain mengekalkan pelakon asal seperti Saiful Apek sebagai Cicakman/Hairi, Aznil Nawawi (Profesor Klon), Fasha Sandha (Tania), AC Mizal dan Adlin Aman Ramli (Ginger Ghost).

Sekuel Cicakman ini turut dibintangi muka baru seperti Sharifah Amani (Iman), Tamara Blaszenky (Rrama) dan Louisa Chong (Miss Cheef).

Watak cameo yang mencuit hati

Yusry cuba menampilkan satu kelainan dengan memberi lebih banyak ruang untuk watak cameo dalam sekuel terbarunya ini.

Antara watak cameo yang paling menonjol dalam filem ini adalah watak Aziz M. Osman yang menjadi editor di syarikat televisyen, Fulus News.

Biarpun peranan yang dilakonkan Aziz dilihat kecil namun ia memberi impak yang besar kepada penonoton. Lakonan Aziz sebagai editor di Fulus News dengan dialog bersahaja ketika Hairi meminta kerja nyata berjaya mencuit hati.

Selain Aziz, Linda Onn dan Julia Zieglar turut membuat penampilan khas dalam filem ini. Linda membawakan watak Amar seorang jurukamera di Fulus News manakala Julia membawa watak sebagai guru tadika

Sementara itu, watak Miss Cheef lakonan Louisa Chong pula membawakan watak sebagai seorang tukang tilik nasib atau Feng-Shui.

Dengan gaya percakapan dan mimik muka yang lucu, lakonan Louisa pasti akan membuat anda ketawa.

Nyata watak-watak cameo yang diwujudkan oleh Yusry mempunyai peranannya tersendiri.

Lagu tema Dibius Cinta yang nyanyian Yusry dan Melly Goeslow nyata menghidupkan kisah cinta yang tidak terungkap antara Hairi dan Tania.

Cuma kelonggaran dari aspek penceritaan perlu diperkemaskan lagi kerana permulaan cerita yang lambat menimbulkan kebosanan dan akan mematikan mood penonton.

Tetapi menurut Yusry pula, permulaan cerita Superhero ini tidak boleh dipenuhi dengan aksi dari awal hingga ahkir kerana masalah kewangan yang terbatas.

Biarpun Yusry bertindak sebagai pengarah namun gabungan idea dan kepakaran dua beradik yang lain tidak boleh dinafikan.

Watak Rrama paling menonjol

Penglibatan pelakon Tamara Blaszenky dalam sekuel Cicakman ini ternyata memberi impak yang cukup mendalam dalam filem ini.

Biarpun membawakan watak antagonis lakonan bersahaja Tamara nyata menghidupkan watak Rrama.

Sememangnya lakonan model kelahiran Indonesia yang membawakan watak Rrama ini wajar diberi pujian.

Dengan mimik muka dan bahasa tubuh yang bersahaja, Rrama digambarkan sebagai wanita lasak yang mampu berlawan secara tangkas dan kemudian merakamkan adegan mangsa menerusi video memberi kelainan.

Kesimpulannya, filem ini mampu mencuit hati anda dengan lakonan bersahaja daripada para pelakonnya.

Bagi penggemar filem Superhero, jangan lupa saksikan Cicakman 2-Planet Hitam di pawagam berdekatan di seluruh negara mulai 11 Disember ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan