Adunan muzik aura Muzikal Impak Maksima

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETIAP teater muzikal hilang seri tanpa muzik dan kesan bunyi, begitu juga dengan Muzikal Impak Maksima yang banyak bermain dengan audio bagaikan irama dan lagu.

Tanpa bantuan muzik dan kesan bunyi, perjalanan teater arahan Ahmad Idham ini mungkin nampak suram dan tidak bermaya.

Mengintai sebalik tabir pembikinan muziknya, tidak hairanlah jika muziknya begitu segar mengikut arus pemodenan remaja zaman kini kerana tanggungjawab tersebut digalas oleh komposer Farish Ramli atau Cat Farish dan Faizal Uzir.

Cat mempunyai banyak pengalaman dalam mencipta lagu tempatan sama ada untuk penyanyi baru mahupun lama seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Zahid AF2, Bob AF2, Ferhad , Waheeda, Ifa Raziah, Noraniza Idris, Raja Azura, Nas Adilla, Ruffedge, Edlin, Zarina, Erra Fazira, Dina Malaysian Idol 1, Nita Malaysia Idol 2, Shamsul Ghau Ghau, Maya Matahari, Shila OIAM, Zehra Zamri, dan Kumpulan B4.

Cat juga menulis lagu dan lirik untuk kumpulannya iaitu The Fabulous Cats melalui album mereka, Fantastik dan Hyperkosmik.

Faizal atau lebih dikenali sebagai Lok Yu ini pula mempunyai pengalaman selaku pengarah muzik persembahan drama tari Demang Lebar Daun (2003) dan Payung Mahkota 2 (2001) di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Beliau juga banyak melibatkan diri dalam kerja belakang tabir di DFP melalui persembahan muzik seperti 'Simfoni Tradisional' oleh PETRONAS Performing Arts Group (PPAG), dan Satu Rentak.

Selain itu, Faizal turut menjayakan produksi Joget Lambak Bersama Fara di TV3 (2007), Teratak Siti Nurhaliza di TV3 (2008) dan Konsert Mega Aidilfitri di RTM1 (2007).

Dalam Muzikal Impak Maksima ini, menurut Faizal, dia ditugaskan selaku 'arranger' muzik sementara Cat pula lebih banyak menumpukan kerja mencipta lagu dan lirik.

Kalau ada pun, terdapat dua hingga tiga buah lagu berentak sentimental yang dicipta oleh Faizal.

Jika ada yang perasan, lagu-lagu ketika babak cinta DK (Zul Huzaimy Marzuki) dan Ika (Zarina AF) sambil bermain piano adalah ciptaan Faizal.

Cat pula mempunyai kelebihan menghasilkan lagu-lagu berentak hip hop. Yang menariknya, lagu hip hop ciptaannya digabungkan dengan irama tradisional dan ada juga bermain dengan lingkungan suara soprano bagi menampak muzik klasikal.

Jelas Cat, bukan mudah dia dan Faizal cuba menghasilkan muzik yang diingini kira-kira sejak Ogos lalu.

"Diikutkan banyak lagu yang kami buat sebelum Hari Raya lepas. Tiba-tiba ada beberapa lagu yang tidak sesuai dengan muzikal ini. Semua kerja pembikinan lagu dilakukan di studio dalam masa lebih dari tempoh sebulan.

"Selepas Hari Raya, ada rombakan lagu lagi di studio. Kerja pembikinan lagu ini turut mendapat bantuan daripada Ujang Exist, Kelly dan Shah Slam.

"Dari segi lirik pula, Adib, Zul Huzaimy dan Mohd. Zulfarqar (Belalang) turut menyumbangkan bakat mereka. Jadi, kami lakukan kerja bersama-sama," kata Cat selepas hari pertama pementasan Muzikal Impak Maksima di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Muzikal yang turut dilakonkan oleh Adib The Fabulous Cats, Belalang, Dynaz, Dina MI 1 dan Zed Zaidi ini dipentaskan mulai 11 hingga 22 November depan.

Pemilihan Faizal dan Cat dalam menghidupkan muzik teater ini ternyata memberi impak yang mendalam kepada penonton.

Jadi, tidak hairanlah jika Faizal mampu pergi jauh seiring dengan pemuzik lain yang sudah menempa nama dalam industri seni muzik tanahair seperti Ramli MS, Pak Ngah Suhaimi Roslan Aziz dan Acis.

Memandangkan kedua-duanya sama ada Cat mahupun Faizal baru pertama kali terlibat dalam pengarahan muzik untuk persembahan teater, jadi banyak perkara yang perlu difikirkan dan semua yang dilakukan pada hari itu adalah 'all out'.

Pelbagai cabaran dan rintangan telah dilalui, akhirnya segala penat jerih mereka dibalas dengan tepukan dan sorakan penonton yang rata-rata terhibur dengan persembahan muzikal tersebut.

"Bukan mudah untuk mengendalikan muzikal ini sehingga kami perlu membawa orang teater seperti Zul untuk duduk berbincang sekali kerana bahasa teater dan muzik adalah berlainan.

"Setiap suku kata dalam lagu tidak boleh bercanggah dengan dialog. Jadi, kita betulkan suku kata mengikut apa yang diinginkan.

"Pada mulanya, Idham nak muzik 'live' tetapi kami hanya mampu menggunakan sistem bunyi.

Muzikal ini boleh diibaratkan eksperimental teater kerana kami cuba keluar dari teater sebenar.

"Misalnya, kita tunjukkan rempit bukan sesuatu yang 'hitam'. Kebanyakan orang mungkin tak suka rempit, jadi kita masukkan elemen humor dan mat rempit boleh menyanyi lagu joget.

"Setiap muzik yang digambarkan dalam muzikal ini juga mempunyai cerita tersendiri," ujar Cat.

Faizal pula menambah, banyak perkara baru yang dipelajarinya dalam menghasilkan muzik teater tersebut.

"Tetapi, saya tidak berpuas hati lagi kerana belum ada kemajuan dalam diri. Kalau boleh saya nak mencuba teater muzikal yang lain pula," tutur Faizal.

Semua lagu-lagu yang dipentaskan dalam muzikal ini turut dimuatkan dalam album runut bunyi Muzikal Impak Maksima yang boleh dijual di ruang legar Istana Budaya.

Selain itu, kata Cat, tidak mustahil jika teater ini akan difilemkan jika ia mendapat sambutan ramai.

Saksikan Muzikal Impak Maksima di Istana Budaya 11 hingga 22 November ini.

Persembahan Malam (11-22 November): 8.30 Malam

Persembahan Matinee/Petang (15 & 16 November): 3.00 Petang

Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya Tiket: RM20, RM30, RM50, RM80, RM120 & RM150 Tempahan/Maklumat lanjut, hubungi: BOX OFFICE ISTANA BUDAYA JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR Tel: 03-4026 5558 Laman Web: www.istanabudaya.gov.my Waktu Operasi: 9.00 Pagi - 6.00 Petang (Hari Bekerja) 9.00 Pagi - 1.00 T/Hari (Sabtu/Ahad) Pembelian Tiket (Online) www.ticket2u.biz Tel: 03-4149 8600

Panggung Sari, Istana Budaya

Tiket:

RM20, RM30, RM50, RM80, RM120 & RM150

Tempahan/Maklumat lanjut, hubungi: BOX OFFICE ISTANA BUDAYA JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR Tel: 03-4026 5558 Laman Web: www.istanabudaya.gov.my

Sinopsis Muzikal Impak Maksima

EXCELLENT Pictures dengan kerjasama Istana Budaya dan Global Network Entertainment Sdn Bhd sedang mementaskan Teater Muzikal Impak Maksima di Panggung Sari, Istana Budaya mulai 11 hingga 22 November ini.

Teater muzikal ini mengisahkan remaja bernama DK bersama tiga rakan karibnya, iaitu Loyai, Amran dan Kembang yang sentiasa terjebak dalam sukan permotoran drift. Mereka sering kali terlibat dalam lumba haram. Saingan utama DK adalah Ray. Mereka bersaing untuk menjadi jaguh drift jalanan.

DK, Loyai dan Kembang belajar di sebuah kolej swasta sementara Amran pula seorang mekanik di workshop Salman. Amran seorang mat rempit dan mempunyai seorang teman wanita bernama Asmidar.

Suatu hari di kolej semasa kemasukan pelajar baru, DK telah bertemu dengan Ika, seorang freshie yang cukup popular.

Malangnya, Ika tidak berminat dengan DK. Bermula saat itu DK mencuba dengan sedaya upaya untuk memenangi hati Ika.

Apa yang tidak diketahui oleh DK, Ika adalah adik kepada Ray. Beliau sentiasa menjaga setiap pergerakan adiknya itu. Apabila Ray dapat tahu yang DK sering menggangu Ika, beliau telah berhadapan dengan DK.

Ika didatangi seorang gadis bernama Mimi. Kehadiran Mimi memeranjatkan Ika sebab Mimi memperkenalkan dirinya sebagai teman wanita Ayie. Ika kecewa. DK cuba menjelaskan keadaan sebenar pada Ika bahawa Mimi adalah bekas teman wanita dan mereka hanya kawan biasa sahaja. Pergaduhan berlaku antara Ray dan DK, di mana DK dibelasah dengan teruk.

Ray mencabar semula DK untuk berlumba dengannya. DK setuju dan mereka telah menetapkan satu tarikh perlumbaan....

Adakah Ray atau DK akan memenangi perlumbaan.? Saksikan Impak Maksima mulai 11 hingga 22 November ini untuk mengetahui kesudahan pertarungan hebat tersebut di pentas lumba Panggung Sari, Istana Budaya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan