Noor Kumalasari beri ceramah tentang aurat

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

"FESYEN Islamik dikaitkan dengan aurat dan bukan mudah untuk seseorang itu menutup auratnya lebih-lebih lagi wanita.

"Saya juga perlu menutup aurat dan apa yang saya lakukan pastinya akan menjadi perhatian umum..," ungkap pelakon, penyanyi dan peragawati Noor Kumalasari yang pernah menempah nama dalam industri hiburan tanah air dalam era tahun 70-an hingga 80-an.

Noor mula memasang niat untuk menutup aurat dan bertudung semasa beliau berlakon lagi dan ia semakin meluap ketika beliau mengerjakan haji di Mekah pada tahun 1997.

Niatnya termakbul apabila Allah membuka pintu hatinya untuk bertudung pada hujung tahun itu.

Demi merungkai segala pengalamannya sebelum dan selepas bertudung, Noor akan berkongsi cerita tersebut dalam sebuah bengkel busana muslim dengan tema 'Aurat' di Festival Fesyen Islamik ke-6 (IFF VI).

Bengkel tersebut akan diadakan pada 22 November di Starhill 1, JW Marriott Hotel. Kuala Lumpur dan turut menampilkan penceramah terkemuka seperti Datuk Dr. Fatima Al Zaharra dan Prof. Madya Mohd. Najib.

Para peserta yang berminat bolehlah menghubungi 03-4256 2060 atau 019-3131 550 di mana bengkel tersebut hanya dibuka kepada 100 orang dengan bayaran RM220.

"Sebelum ini, saya selalu meminta kepada Allah supaya membuka pintu hati saya untuk betudung dan Alhamdulillah, akhirnya Dia makbulkan.

"Sebenarnya saya dah lama berniat untuk memakai tudung secara tidak langsung semasa berlakon filem Tiada Esok Bagimu di mana saya mengenakan tudung dalam filem tersebut.

"Jadi, saya akan berkongsi pengalaman bersama orang-orang di luar sana yang hendak menutup aurat," kata Noor ketika majlis sidang media IFF VI di JW Marriot Hotel semalam.

Sebelum ini, ada juga orang yang ingin menjemput Noor untuk mengadakan ceramah tentang menutup aurat tetapi dia menolak.

Kini, Noor bersedia untuk berkongsi ceritanya kerana bengkel tersebut lebih banyak dikaitkan dengan fesyen busana muslim.

"Mungkin ramai antara wanita di luar sana yang hendak menutup aurat tertanya-tanya adakah mereka akan mempunyai kawan dan boleh mendapat kerja selepas bertudung litup?

"Bagi saya, orang akan lagi hormat kita kalau kita bertudung litup. Biarlah orang tak nak kawan dengan kita atau sukar mendapat pekerjaan.

"Saya yakin, semua itu mempunyai hikmahnya dan orang yang membuat sesuatu kerja kerana Allah, Dia akan membantu kita mendapat kerja yang sesuai dan mendapat kawan yang lebih baik daripada kawan yang meninggalkan kita dulu.

"Insya-Allah, saya akan berkongsi dengan penonton tentang bagaimana saya berubah dan melakukan dakwah secara individu," tutur Noor dalam nada yang tenang.

Noor berkali-kali menegaskan bahawa seseorang itu perlu menutup aurat dan bertudung hanya kerana Allah dan bukan sebab sesuatu.

Melihat penampilannya yang selesa ke mana-mana dengan hijab dan berjubah labuh, Noor berkata dia gemar memilih jubah longgar dan tudung lebar berwarna hitam kerana fabrik tersebut tidak jarang.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan