Mencari Aqasha di sebalik lakonan

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Firdee Akasya Rosli atau Aqasha yang pernah popular dengan lagu Cahaya Hati ini menjadikan muzik sebagai cintanya semasa mula-mula menceburi industri seni tanah air seawal tahun 2001 dulu.

Namun, selepas terjun ke bidang lakonan pula, Aqasha mula jatuh cinta dengan bidang tersebut kira-kira selang lapan bulan selepas itu.

Aqasha akui bidang lakonan yang diceburi sehingga kini mengajarnya meneroka satu dunia baru yang meningkatkan perikemanusiaannya.

"Lakonan membentuk personaliti dan sahsiah diri saya dari setahun ke setahun sekaligus mengubah hidup saya.

"Sehingga kini, perubahan tersebut menampakkan sesuatu yang positif. Kalau boleh saya ingin terus menjadi Aqasha seperti ini dan cuba tinggalkan kekurangan dulu.

"Selain itu, dulu ada juga orang menyamakan saya dengan penyanyi Awie. Sekarang, saya sudah tidak dikaitkan dengannya lagi dan mempunyai imej tersendiri," jelas pemuda berusia 27 tahun ini ketika sidang media pelancaran drama bersiri Mertua Vs Menantu di Restoran Bora Ombak, Ampang baru-baru ini.

Bergerak seiring dengan kehidupannya, Aqasha juga membina kariernya dengan baik dan sehingga kini tawaran berlakon lebih 'lebat' dari menyanyi.

Kata Aqasha, dia kini sibuk dari satu pengambaran drama ke satu pengambaran drama hingga bulan Februari tahun depan.

Jadi, tidak hairanlah jika Aqasha lebih banyak berlakon drama berbanding filem kerana dia sendiri menyukai kebebasan yang diberikan dalam drama.

"Namun, saya tak kata akan memfokuskan karier kepada drama bersiri sahaja. Ada juga saya menerima tawaran filem namun saya lebih suka skrip drama yang bebas dan tidak terikat.

"Kalau berlakon filem, saya nak kena 'give in demand'..," beritahu pelantun lagu Raikan Kehilangan dan Obsesiku ini.

Bercerita tentang masa terluang bekas penuntut International College pf Music (ICOM), Setapak ini, dia lebih suka melakukan kerja-kerja kreatif di studio.

Tambah Aqasha, dia turut melibatkan diri dalam dunia kejuruteraan audio. Bulan Mei lalu, Aqasha baru tamat belajar di ICOM dalam kursus tersebut.

Kahwin bukan lagi isu serius

Sebelum ini nama Aqasha pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan wanita-wanita cantik dan jelita seperti Umie Aida, dan Tasha.

Kini, apabila bertanya siapakah wanita yang sedang berdampingan dengan dirinya, Aqasha berkata dia belum menemui kekasih baru.

Namun, Aqasha menjawab dia tidak akan mencari lagi dan hanya membiarkan siapakah jodohnya nanti kerana kahwin bukan lagi isu serius dalam hidupnya.

Jelasnya, dia inginkan wanita yang mempunyai jiwa sepertinya dan berfikiran rasional.

Konflik Mertua Vs Menantu semakin serius

Di dalam drama bersiri Mertua Vs Menantu musim kedua ini, Aqasha melakonkan watak Rosyam, yang berkahwin dengan Nurul Ain lakonan Erra Fazira.

Isteri pilihannya itu tidak disukai oleh ibunya, Datin Faridah lakonan Rozie Othman. Ini kerana Nurul Ain bukan sahaja wanita yang berasal dari golongan bawahan malah dia juga mempunyai sikap kasar seperti lelaki dan tidak pandai menjaga imej.

Setelah anaknya berkahwin, Datin Faridah tidak mengizinkan anaknya untuk berpindah dan berpura-pura melayan Nurul Ain dengan baik dihadapan Rosyam.

Kata Aqasha, kekuatan drama musim kedua ini terletak pada konflik antara menantu dan mertua.

Tambahnya, konflik semakin bertambah apabila Datin Faridah menghasut Liza (Raja Farah) untuk memikat Rosyam walaupun anaknya itu telah berumah tangga.

"Saya rasa konflik seperti ini biasa berlaku di luar sana. Tetapi kita adunkan sedikit genre komedi agar ceritanya tidak terlalu tegang.

"Walaupun Erra hamil, saya tiada masalah bekerja dengannya kerana mungkin kandungannya masih baru, jadi dia boleh mengawal keadaannya," akhiri Aqasha.

Saksikan Mertua Vs Menantu musim kedua di Astro Prima saluran 105 pada setiap Rabu, pukul 10 malam.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan