Along Raja LawakZila AF4 dijangka bernikah 2010

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JIKA enam bulan lalu, mungkin sukar untuk pelakon Along Raja Lawak menelah status hubungannya dengan penyanyi Zila Akademi Fantasia 4 kerana waktu itu belum timbul soal cinta antara satu sama lain.

Kini, selepas enam bulan mengenali, Along dan Zila mengambil keputusan mengikat tali pertunangan pada 9 November, Ahad lalu.

Mereka ditunangkan di kediaman Zila, Felda Alui Selatan, Jempol, Negeri Sembilan.

Dalam majlis pertunangan tersebut, Along memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran daripada Zila.

Bertanya lanjut tentang sebab dia memilih Zila untuk dijadikan pasangan hidup kelak, sejujurnya Along melihat personaliti dan misi hidup yang ada dalam diri tunangnya itu.

Selebihnya, Along menganggap semua ini adalah jodoh yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa.

"Walaupun dia berusia 20 tahun, tetapi cara dia bercakap dan bergaul dengan kawan-kawan saya membuat saya tertarik dengannya.

"Dia seorang yang sempoi. Walaupun, saya perkenalkan dia dengan kawan-kawan saya yang lebih tua sedikit, dia masih pandai menyesuaikan diri dengan mereka.

"Dia juga pandai menjaga adab sopan dan tidak minum," beritahu Along ketika dihubungi baru-baru ini.

Kata Along, program Gempak Selebriti Astro di Kedah pada 2 Mei lalu yang menemukan mereka. Yang menariknya, waktu itu Zila tidak perasan yang Along merupakan bekas peserta Raja Lawak.

"Pada mulanya kami berbual gitu-gitu sahaja. Tak sangka pula hubungan kami berkekalan sehingga ke alam pertunangan," ujar Along sewaktu menceritakan awal perkenalan mereka.

Keputusan untuk bertunang dibuat selepas keluarganya merisik Zila pada 12 Oktober lalu. Along akui yang diri masing-masing masih baru dalam industri ini. Namun, keputusan pertunangan yang diambil tidak dianggap boleh menabur pasir ke dalam periuk nasi masing-masing.

"Lebih baik kami bertunang daripada orang bercakap belakang. Jika inilah yang terbaik buat kami dan saya juga tidak segan untuk menyatakan yang Zila telah berjaya membuka hati saya.

"Diharap perkahwinan kami dicepatkan. Kalau boleh saya nak bertunang dalam tempoh setahun lebih sahaja," tutur Along lagi.

Bertanya tentang kariernya sekarang, Along sedang sibuk dengan pengambaran filem ketiganya, My Spy yang sedang menjalani pengambaran dalam bulan ini.

My Spy arahan Afdlin Shauki dijangka ditayangkan pada tahun depan bersama dengan dua filem lain iaitu Shhh..Dia Datang dan Cifu dan Tonga.

Selepas ini, jika tiada aral dia akan ditawarkan sebuah lagi filem yang masih dalam perbincangan.

Selain filem, Along juga bernaung di bawah syarikat milik Saiful Apek, Gitu Gitu Production.

Mulai 17 November ini, penonton boleh menonton Along bersama Angah Raja Lawak dan Saiful Apek di dalam sitkom komedi Hua..Hua..Hua sebanyak 13 episod di Astro Ria, pukul 8.30 malam.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan