Sehati Berdansa Pasangan Jamal dan Ida kecewa tersingkir diminggu ke3

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MINGGU ketiga bagi musim kedua program realiti tarian melibatkan selebriti dan pasangan masing-masing, Sehati Berdansa menyaksikan pasangan Jamal Jamaluddin dan isteri, Noor Faridah Mohd Noor , mengikut jejak langkah dua pasangan yang disingkirkan sebelum ini.

Dua pasangan yang telah tersingkir lebih awal adalah bekas pemain bola sepak Selangor, Shahril Arsat dan isteri, Noraini Morat dan vokalis kumpulan Def Geb C, Mohd Asid Ahmad atau Ashed dan isteri Sharifah Noor Shima Syed Masnu atau Shima.

Jamal Jamaluddin yang juga deejay terkenal di Sinar FM dan pasangannya, Ida menerima markah keseluruhan yang terendah 40.71 peratus berbanding tujuh pasangan yang lain.

Jamal kecewa tersingkir di minggu ketiga

Mengulas mengenai penyingkiran mereka, Jamal mengakui dia isterinya sangat kecewa, kerana tersingkir pada minggu ketiga program ini.

Menurut Jamal beliau menjangkakan mereka dapat bertahan sehingga minggu ketiga atau keempat namun nyata tuah tidak memihak kepada pasangan ini.

“Kami hanya mampu menyumbang sebanyak RM3,000 kepada persatuan yang kami wakili, walapun kecewa. Saya tetap berpuas hati dengan apa yang telah dipersembahakan selama hampir tiga minggu kami menyertai program ini,” katanya yang ditemui sejurus selepas penyingkiran pada program yang dihoskan oleh Linda Onn dan Fahrin Ahmad.

Menurut Jamal apa yang kurang difahami sepanjang berada dalam program tersebut adalah kritikan daripada juri.

"Saya kurang jelas dengan apa yang juri katakan, mereka mengkritik dengan mengatakan persembahan kami jujur, kurang bagus namun penghujahannya kurang difahami.

"Kami kurang jelas dari sudut mana yang kurang dan perkara yang perlu diperbaiki. Saya rasa juri patut diberi masa yang lebih untuk mengkritik dengan lebih jelas agar peserta faham dan cuba memperbaiki aspek yang dikehendaki," katanya.

Jamal yang juga peminat fanatik pemain bola keranjang Amerika Syarikat, Michael Jordan berkata dia dan isteri menerima dengan terbuka penyingkiran mereka.

“Kami terima dengan terbuka, keputusan SMS sukar nak dijangka. Namun program ini memang banyak beri pendedahan kepada kami.

"Banyak yang kami pelajari tentang bidang tarian dan ia satu pendedahan yang cukup bagus kepada kami,” katanya.

Jelasnya penyertaannya dalam program ini banyak membawa perubahan positif kepada dia dan isteri.

”Kami semakin rapat kerana banyak menghabiskan masa dihabiskan ketika membuat latihan brsama. Jika sebelum ini masa kerja kami berbeza tapi bila menyertai program ini kami bertemu dan menghabiskan masa membuat latihan hampir setiap hari. Ini satu perubahan yang baik kepada kami,” ulas Jamal yang pernah menjadi deejay di Radio ERA.

Namun bagi Jamal ada perkara yang terpaksa dikorbankan apabila mereka menyertai prgoram ini.

”Cuma saya agak terkilan sebab banyak masa dihabiskan untuk program ini hingga masa bersama puteri tunggal kami agak terbatas. Jadi dengan penyingkiran ini saya dan Ida dan tumpukan sepenuh perhatian kepada dia,” kata ayah kepada Marissa yang baru berusia 15 bulan ini.

Prgoram Sehati Berdansa musim kedua ini masih lagi mengekalkan konsep pemarkahan yang sama, di mana 50 peratus markah diberi oleh juri professional manakala 50 peratus lagi berdasarkan undian SMS penonton.

Juri tetap program ini adalah koreografer terkenal Linda Jasmine dan Hamzah Mohd Tahir manakala Michael Xavier Voon, pensyarah dari Sunway University College dipilih sebagai juri jemputan minggu ini, bersesuaian dengan tema tarian minggu ini iaitu Hip Hop.

Rancangan terbitan Astro Ria ini masih mengekalkan konsep yang sama di mana 10 pasangan selebriti akan dibimbing oleh koreographer masing-masing dan pada setiap minggu mereka akan diberikan tema tarian yang berbeza untuk dipersembahkan pada konsert mingguan iaitu ‘Malam Sehati Berdansa’.

Istimewanya program ini adalah setiap pasangan yang menyertainya turut mewakili badan-badan kebajikan tertentu di mana pada setiap minggu peserta akan menyumbang RM1,000 selama mereka kekal dalam program ini.

Pasangan Jamal dan Ida yang tersingkir minggu ini mewakili Pusat Kebangsaan Autism Malaysia.

Tujuh pasangan lain ialah Khai dan Rosma (Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia), Sabrina Ali dan Shahrin (Persatuan Kesihatan Mental Malaysia), Ani Maiyuni dan Zairi (Majlis Kanser Nasional), Jamal Jamaludin dan Faridah (Pusat Kebangsaan Autism Malaysia), Sasha Saidin dan Salyo (Persatuan Diabetes Malaysia), Amyza Aznan dan Khairil (Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia), Lisdawati dan Fauzi Nawawi (Rumah Nur Salam) serta Mazin dan Anisa (Persekutuan Orang Pekak Malaysia).

Konsep Hip-Hop

Minggu ketiga Sehati Berdansa kali ini memilih tema Hip-Hop sebagai temanya yang mana terdapat beberapa pasangan yang telah mempamerkan tarian yang agak kaku kerana pergerakan irama yang rancak dan gerak tari yang agak sukar dilakukan.

Secara keseluruhannya, persembahan minggu ini agak merosot sedikit berbanding minggu lalu.

Mengulas mengenai tahap persembahan peserta setelah tiga minggu mereka membuat persembahan, Linda Jasmine selaku juri tetap berkata hampir kesemua pasangan yang menyertai program Sehati Berdansa pada musim ketiga ini mempamerkan semangat juang yangt tinggi dan cuba memberikan yang terbaik.

Menurut Linda, peserta musim terbaru ini peserta sangat cepat belajar, ada peserta yang agak kaku pada dua episod awal namun mereka memberikan persembahan mantap pada konsert Sabtu lalu.

”Setiap peserta punya semangat pertandingan yang tinggi dan mereka sangat kompetetif bila memberi persembahan. Saya agak kagum melihat mereka.

”Secara peribadi, saya sudah boleh nampak ada dua tiga pasangan yang mula menyerlah dalam program ini. Namun, kita kena faham konsep pertandingan ini pasti ada yang akan tersingkir pada setiap minggu," kata Linda.

Peserta mengandung dibenar teruskan persembahan atas nasihat doktor

Minggu lalu pihak penerbitan Astro berkata keputusan sama ada peserta yang dikatakan mengandung mungkin terpaksa menarik diri atas sebab bimbang akan keselamatan ibu dan kandungannya.

Semalam Astro mengesahkan pasangan Mazin dan isterinya Anisa merupakan pasangan terbabit.

Anisa disahkan mengandung tujuh minggu, namun mereka tetap ingin meneruskan perjuangan dalam program tersebut.

Menurut penerbit program Sehati Berdansa, Norazian Zahir pihak Astro telah menasihati pasangan terbabit dengan memberikan mereka opsyen untuk membuat pilihan sama ada mahu kekal atau tarik diri daripada rancangan ini.

”Kami tidak memaksa mereka tarik diri dan kami telah sarankan kepada mreka apa yang boleh dibuat.

”Dalam hal ini pihak kami juga telah mendapatkan nasihat doktor. Doktor membenarkannya, jadi pihak penerbit tiada masalah mengenainya.,” kata Norazian.

Menurut Norazian, doktor membenarkan peserta terbabit meneruskan saingan kerana kandungan Anisa bukan diperingkat awal yang perlu diberi perhatian serius, namun doktor memberi nasihat kepada Anisa supaya berhati-hati.

Namun demikian menurutnya, Astro tidak akan bertangggungjawab jika ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

”Mereka telah menandatangani surat perjanjian mengenai hal ini, Astro tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemungkinan. Namun pihak kami, akan membawa Anisa pergi membuat pemeriksaan kesihatan setiap bulan,” katanya.

Jelasnya, pihak penerbitan akan memantau kesihatan peserta terbabit dan koreographer mereka, Norashid Abdul Latif tidak dibenarkan memberikan pasangan ini gerak tari yang sukar dan pergerakan yang lasak.

”Semua elemen ini penting kerana keselamatan peserta adalah perkara yang diberi keutamaan,” katanya.

Amyza dan Khairil kekal ditempat pertama dua minggu berturut-turut

Buat kali kedua berturut-turut, pelakon Amyza Adnan dan suaminya, Khairil berjaya mengatasi lapan peserta lain apabila mereka menerima markah keseluruhan tertinggi dengan mencatatkan 58.79% pada minggu ini.

Persembahan yang menarik ketika menari dengan berlatar belakangan lagu Rihanna, Don’t Stop The Music turut menjadi kekuatan pasangan ini untuk muncul di tangga teratas kedudukan markah tersebut.

Amyza yang ditemui sejurus peserta tersingkir diumumkan berkata, beliau sangat tertekan apabila berada ditangga teratas selama dua minggu berturut-turut.

“Saya rasa pressure sangat. Bukan mudah berada dikedudukan pertama, kami bawa harapan banyak pihak. Namun kami akan cuba memberikan yang terbaik setiap minggu,” katanya.

Ditanya siapakah saingan terdekatnya Amyza berkata semua peserta yang menyertai program kali ini bagu-bagus belaka dan sukar untuk mengatakan siapa pencabar terdekatnya.

Tidak ketinggalan memberikan persembahan yang hebat ialah pasangan Khai dan Rosma yang mengekori ditangga kedua dengan memperoleh 51.70% manakala pasangan Lisdawati dan Fauzi Nawawi ditempat ketiga dengan memperoleh 51.06 %.

Ditempat keempat pasangan Sasha dan pasangannya Salyo 44.91 % manakala Mazin dan Anisa memperoleh 44.70% meletakkan mereka ditangga kelima.

Tiga pasangan lain juga dilihat tetap mempamerkan tarian yang tidak mengecewakan adalah Ani dan Zairi ditempat keenam 44.55%, Rina dan Syah ditempat ketujuh dengan 41.92 % cuma nampaknya nasib tidak menyebelahi Jamal dan Ida yang menjadi pasangan yang menerima markah terendah 40.71%minggu ini.

Rata-rata juri merasakan Jamal dan Ida telah mempersembahkan satu gerak tari yang terlalu mudah serta kurang bertenaga yang di lihat kurang sesuai dengan lagu Cinta Datang Lagi.

Ternyata penilaian juri itu turut memberi impak apabila mereka juga gagal meraih undian yang secukupnya daripada penonton dan sekaligus membuatkan mereka menjadi pasangan ketiga yang tersingkir.

Apapun, ini baru masuk minggu ketiga buat kesemua peserta Sehati Berdansa musim ini membuat persembahan.

Tujuh pasangan yang berjaya mara ke minggu seterusnya, mereka masih mempunyai peluang untuk memperbaiki kelemahan masing-masing dan melakukan yang terbaik pada persembahan yang seterusnya Sabtu depan!

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan