KMBM dan Suara Saleha ungguli ASK 2008

Diterbitkan: Jumaat, 7 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Filem noir pertama arahan Mamat Khalid, Kala Malam Bulan Mengambang, membawa tuah kepadanya apabila dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik ASK '08. (Foto The Star oleh AZHAR MAHFOF)
Filem noir pertama arahan Mamat Khalid, Kala Malam Bulan Mengambang, membawa tuah kepadanya apabila dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik ASK '08. (Foto The Star oleh AZHAR MAHFOF)

KUALA LUMPUR: Anugerah Skrin 2008 yang bertemakan kilauan berlian di Dewan Perdagangan Dunia Putra (PWTC), berlangsung meriah.

Majlis yang berlansung selama dua jam lima belas minit itu disiarkan melalui saluran televisyen nombor satu negara, TV3.

Nyata telahan awal banyak pihak menjadi kenyataan apabila filem Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM) berjaya menggondol bukan hanya satu malah tiga anugerah utama malam tadi.

KMBM diangkat sebagai filem terbaik pada ASK 08 manakala pengarahnya, Mamat Khalid dinobatkan sebagai Pengarah Filem Terbaik.

Ini merupakan kejayaan kedua terbesar bagi filem arahan Mamat Khalid itu selepas berjaya memenangi empat anugerah pada FFM21 yang berlangsung Ogos lalu.

Tuah terus memihak kepada filem terbitan Tayangan Unggul ini apabila Rosyam Nor diangkat sebagai Pelakon Lelaki Filem Terbaik.

Dengan kemenangan tersebut, Kala Malam Bulan Mengambang berjaya mengalahkan empat buah filem hebat lain iaitu Sepi, 1957: Hati Malaya, Anak Halal dan Akhirat.

Sementara itu, bagi kategori Drama Terbaik, Suara Saleha terbitan Pena Creative Sdn Bhd dinobatkan sebagai Drama Terbaik sekaligus mengetepikan cabaran empat drama yang lain, Tuhan Pun Tahu, Relung Kasih, Ihsan dan Wasiat Fitrah.

Drama Suara Saleha terus mengungguli kategori Pengarah Terbaik apabila Murali Abdullah dipilih sebagai Pengarah Terbaik manakala Ogy dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama.

ASK ‘08 turut diserikan dengan persembahan daripada nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air. Antaranya Datuk Siti Nur Haliza, Norryn Aziz, Faizal Tahir, Lah VE, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Ady Putra, Farahdhiya, Emelda Rosnaida dan Erry Putra.

Malah, gandingan hos yang julung kali digandingkan iaitu Nurul Syuhada dan Adlin Amin Ramlie turut memberikan nafas baru pada penganjuran Anugerah Skrin kali ini.

Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama, Zamarul Hisham mengungguli kategori berkenaan mengetepikan cabaran, Afdlin Shauki, Rusdi Ramli, Azhar Sulaiman dan Idris Mat Piah.

Agak mengejutkan keputusan Pelakon Wanita Terbaik kategori Filem apabila Baizura Kahar berjaya mengalahkan cabaran nama-nama besar dalam industri filem tanah air seperti Maya Karin, Ida Nerina Vanida Imran dan Elyana.

Istimewanya ASK '08 kali ini turut memberikan Anugerah Khas Juri kepada pengarah versatile yang telah memperoleh banyak anugerah di luar negara.

Pengarah yang terkenal dengan penghasilan filem-filem berkualiti seperti Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin dan Mualaf telah memahatkan nama Yasmin Ahmad sebagai penerima anugerah berkenaan.

Bagi anugerah Shine Pantene pula iaa diberikan kepada bakat muda yang sedang meningkat naik Wan Sharmila.

Keputusan penuh ASK 2008

Drama

Drama Terbaik: Suara Saleha

Pengarah Terbaik Drama: Murali Abdullah (Suara Saleha)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Zamarul Hisham(Ihsan)

Pelakon Wanita Terbaik Drama: Fauziah Ahmad Daud (Suara Saleha)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Que Haidar (Tuhan Pun Tahu)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Normah Damanhuri(Tuhan Pun Tahu)

Lakon TV Terbaik: Anwar Idris (Wasiat Fitrah)

Drama Rantaian Terbaik: Bicara Aur dengan Tebing (Tenview (M) Sdn. Bhd.)

Drama Komedi Terbaik: Mr. Mama(Radius One)

Filem

Filem Terbaik: : Kala Malam Bulan Mengambang

Pengarah Terbaik: Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Rosyam Nor (Kala Malam Bulan Mengambang)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Baizura Kahar (Sepi)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Zaefrul Nazri (1957: Hati Malaya)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Nasha Aziz (Sepi)

Lakon Layar Terbaik Filem: Ara dan Mira Mustafa(Sepi)

Penerbitan Dalaman

Dokumentari / Majalah Terbaik: Majalah 3,Episod Sudirman (TV3)

Bual Bicara Terbaik: Macam-macam Aznil (Astro Ria)

Rancangan Muzik Terbaik: Anugerah Juara Lagu 2008 (TV3)

Rancangan Hiburan Terbaik: Projek Superstarz (S2)

Rancangan Realiti Terbaik: So You Think You Can Dance

Laporan Khas Terbaik: Orang Asli Terancam (Buletin Utama)

Anugerah Khas Juri: Yasmin Ahmad

Anugerah Shine Pantene: Wan Sharmila

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan