Zaibo dipilih Ketua Juri Raja Lawak 3

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shamsul Ghau Ghau (kiri), Khairul Anwar Salleh, Fauziah Nawi dan Zaibo ketika majlis pelancaran Raja Lawak 3 di Bangsar baru-baru ini.- foto The Star VICTOR K.K.NG
Shamsul Ghau Ghau (kiri), Khairul Anwar Salleh, Fauziah Nawi dan Zaibo ketika majlis pelancaran Raja Lawak 3 di Bangsar baru-baru ini.- foto The Star VICTOR K.K.NG

SELEPAS menobatkan Nabil sebagai juara Raja Lawak Astro pada musim kedua, Astro meneruskan lagi inisiatifnya mencari pelapis dalam bidang komedi menerusi satu-satunya pertandingan realiti untuk mencari bakat lawak di Malaysia menerusi Raja Lawak Astro yang kini memasuki musim ketiga.

Menurut pengurus saluran Astro Prima; Encik Khairul Anwar Salleh, ”Selepas program Raja Lawak Astro berjaya menyumbang bakat-bakat komedi baru atau barisan pelapis pelawak ke persada hiburan tanahair sebanyak dua musim, kami tidak teragak-agak untuk menyambung program ini ke musim ketiga kerana percaya masih ada banyak lagi bakat-bakat komedi yang belum dicungkil di luar sana.

”Pada musim yang lalu, sepuluh lagi pelapis pelawak tanahair berjaya dicungkil dan kehadiran mereka ternyata telah memeriahkan lagi industri hiburan tanahair.

"Menerusi program Raja Lawak Astro, kami mengangkat hiburan komedi ke satu peringkat yang lebih tinggi lagi dan mahu meneruskan inisiatif ini melalui pencarian bakat-bakat baru pelawak di musim ketiga pula.

Penyertaan dari orang ramai tidak kira bangsa dan agama adalah amat dialu-alukan dan ganjaran lumayan seperti sebiji kereta KIA OPTIMA, peralatan elektrik bernilai RM25,000 dan wang tunai bakal menanti juara baru bagi Raja Lawak Astro musim ketiga ini.”

Sesi ujibakat akan menjelajah ke empat negeri bermula pada bulan November ini pada setiap minggu (Sabtu dan Ahad). Tempat-tempat yang akan dikunjungi oleh pasukan produksi Raja Lawak ialah:

Tarikh: 8 & 9 November 2008 Lokasi: Megamall, Kuantan, Pahang

Tarikh: 15 & 16 November 2008 Lokasi: TESCO Pasir Putih, Ipoh, Perak

Tarikh: 22 & 23 November 2008 Lokasi: Plaza Kotaraya, Johor Bahru, Johor

Tarikh: 28 & 29 November 2008 Lokasi: Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor

Selain dari empat lokasi utama yang telah ditetapkan, mereka yang berminat untuk menyertai Raja Lawak Astro musim ketiga ini juga dijemput untuk memuat naik klip video persembahan lawak dengan durasi maksimum tiga minit ke laman web www.murai.com.my dari 10 November 2008 sehingga 22 November 2008 atau menghadiri sesi pra ujibakat di lokasi-lokasi Gempak Desa Astro yang terpilih.

Mereka yang berkelayakan, akan dipanggil semula dan diberi keutamaan untuk diujibakat di hadapan panel juri rasmi di sessi ujibakat terakhir pada 28 dan 29 November 2008 di Plaza Alam Sentral, Kuala Lumpur.

Lokasi-lokasi Gempak Desa Astro yang dimaksudkan ialah:

Tarikh: 26 Oktober 2008 Lokasi: Dewan JKKK Kampung Felda, Semenchu, Kota Tinggi, Johor

Tarikh: 1 November 2008 Lokasi: Dewan Felda Serbaguna, Felda Jengka 3, Jengka, Pahang

Tarikh: 8 November 2008 Lokasi: Dewan Syahbandar Felda Chini, Pekan Pahang

Tarikh: 15 November 2008 Lokasi: Bandar Tun Razak, Felda Keratong, Rompin, Pahang

Tarikh: 22 November 2008 Lokasi: Dewan Felda Kahang Timur, Kluang, Johor

Pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak Astro (musim ketiga) ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi.

Mereka haruslah membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian pihak juri dalam tempoh maksima tiga minit.

Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebih tiga orang.

Para juri yang terlibat dalam proses pemilihan semasa sessi ujibakat pada musim ini terdiri dari pelawak dan pelakon terkenal; Zaibo, pelakon wanita yang berpengalaman; Fauziah Nawi dan pengacara serta pelawak terkenal; Shamsul Ghau Ghau.

Para juri akan menilai para peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada para peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan