Aziz berang bila ditanya 'kontroversi' perkahwinan

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Siapa sangka kemelut rumahtangga yang dihadapinya sekarang membuat pengarah Aziz M.Osman tidak dapat mengawal emosi ketika ditanya perkembangan terbaru antara beliau dan isteri Nor Radhiah Ramli, yang baru dikahwininya kira-kira tiga bulan.

Meledak api kemarahan pengarah filem dan drama yang pernah mengecapi zaman populariti satu ketika dulu, ketika ditanya siapa peguam yang kendalikan kes untuk mengetahui status perkahwinan beliau dan Radhiah?

Nada suaranya bertukar berang dan terus naik angin ketika diajukan soalan berkaitan rumahtangganya.

"Saya tak nak cerita... boleh tak? Bila benda tu dah selesai baru saya cerita, ok? Saya akan buat sidang media, ok?," jawapan spontan penuh sinis daripada Aziz.

Tambahnya, "Benda ni beri kesan dan saya kesiankan Dhia (nama panggilan Radhiah) tu. Saya tak nak tarik panjang-panjang cerita ini. Yang sudah tu sudahlah. Yang penting kita ikut undang-undang. Tak payah nak korek-korek. Kasihan Dhia tu. Kasihan sangat."

Berikut adalah perbualan verbatim antara penulis dan Aziz.

S: Tetapi ramai yang berpendapat perkahwinan Aziz-Radhiah sah setelah dirujuk kepada tokoh agama, Datuk Dr. Harun Din dan Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Aziz: Biarlah orang nak kata apa. Tak payah nak tarik-tarik panjang sebab orang nak cakap kita tak boleh tutup mulut diorang kan? Saya tak boleh cerita benda ni. Tak payah nak korek-korek. Saya nak cerita benda luar dan dalam kain, nanti....

Perkara ini ada prosedur dia. Apa yang dicerita tu dah sah tetapi ada cerita disebaliknya. Jadi, kita jangan buat andaian berdasarkan apa yang didengar yang dah sah itu.

S: Itu bukan andaian tetapi mereka membuat pengesahan tersebut mengikut hukum agama.

Aziz: Andaian itu dibuat bukan berdasarkan cerita sebenar. Ia dibuat berdasarkan apa yang didengar, ditulis tetapi benda yang di dalamnya belum dikorek-korek. Tak payahlah ....sebab nanti semua yang bagi dakwaan tiba-tiba mendapat malu. Mungkin kita tanya orang-orang yang berkenaan dan orang berkenaan memberikan pendapat mereka. Rupa-rupanya orang berkenaan pun dah terlibat sama. Nanti orang akan pertikaikan kredibiliti orang tertentu. Jadi, lebih baik kita diam-diam. Biar pihak berkenaan sahaja yang buat keputusan.

S: Abang Aziz upah peguam mahkamah mana?

(Meninggi suara dalam nada menengking) Aziz: Saya tak nak cerita lagi benda ni...

S: Kenapa, dah tawar hati ke?

(Nada mengherdik) Aziz: Kan saya dah bagitahu benda ni kena ikut prosedur undang-undang dan saya tak boleh pandai-pandai. Ini bukan soal emosi ke, tawar hati ke, tawar hebeh ke? Bukan soal itu lagi. Ini kena ikut undang-undang.

Saya tak boleh buat kenyataan berdasarkan benda yang masih dalam siasatan.Bila tiba masanya saya akan beritahu sebab benda ini sensitif.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan