Karyawan buka cawangan pertama di Melaka bulan ini.

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DALAM masa dua minggu lagi, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bakal membuka pejabat cawangannya di Rumah Media Melaka yang terletak di kawasan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Perkhabaran gembira tersebut dimaklumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika dihubungi mStar Online semalam.

Presiden Karyawan, Freddie Fernandez berkata Karyawan menerima pelawaan daripada Mohd Ali Rustam supaya persatuan itu membuka pejabat di sini bagi sama-sama membantu mempromosikan lagi Melaka sebagai negeri pelancongan.

”Jika segalanya berjalan lancar, pejabat cawangan pertama Karyawan akan dibuka di Rumah Media Melaka dalam tempoh beberapa minggu lagi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Mohd Ali di Seri Negeri, Ayer Keroh semalam.

"Datuk Seri nampak hubungan ramai ahli Karyawan serta berjumpa dengan artis baru dan lama ketika menghadiri majlis rumah terbuka Karyawan baru-baru ini.

"Pemberian pejabat merupakan satu cara untuk merapatkan hubungan antara kerajaan negeri dan penggiat seni," ujar Freddie.

Freddie berkata karyawan yang ditubuhkan lapan tahun lepas, amat komited untuk bersama-sama membantu mempromosikan Melaka yang mencatatkan pertambahan bilangan pelancong setiap tahun.

Semua peluang yang ditawarkan kerajaan negeri akan digunakan sebaiknya termasuk memastikan lebih ramai anggota persatuan mengambil bahagian dalam program yang dianjurkan di Melaka, katanya.

Ketika melakukan kunjungan hormat tersebut,Freddie berkata kerajaan negeri akan memberikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Karyawan.

Freddie juga menyangkal dakwaan kerajaan negeri Melaka memberi tawaran tersebut kerana Karyawan telah menyokong tindakan kerajaan negeri menganugerahkan pangkat Datuk kepada aktor Bollywood, Shah Rukh Khan.

"Mungkin juga tetapi niat kita menyokong pemberian anugerah bukan untuk dapatkan sesuatu. Kita percaya sesuatu yang munasabah, harus dipuji dan mereka telah memberikan gelaran kepada orang yang telah mempromosikan Melaka," jelas Freddie yang turut mencadangkan Skim

Pencen Artis diluaskan kepada 200 orang melalui kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Mohd. Ali pula berkata kerajaan negeri mempelawa Karyawan kerana persatuan itu kelihatan berminat menganjurkan program seni di Melaka.

"Lagipun, mereka tiada pejabat. Jadi, banyak program seni yang boleh mereka anjurkan nanti. Kita ada rumah media dan auditorium serta pelbagai kemudahan yang diberikan.Mohd Ali pula berkata kerajaan negeri tidak akan mengenakan sewa selama enam bulan bagi pejabat Karyawan itu.

”Mungkin nanti di pejabatnya, pihak Karyawan juga boleh membuka galeri yang memaparkan gambar-gambar, filem-filem dan kegiatan seni bermula sejak pada tahun 1950-an sehingga kini,” katanya.

Beliau juga berkata Karyawan menunjukkan reaksi positif terhadap usaha mewujudkan Perkampungan Artis di Kampung Tersusun, Melaka Pindah di Alor Gajah.

”Kita telah cadangkan kepada Karyawan yang terdiri daripada kira-kira 1,500 ahli supaya membeli lot-lot perumahan di Perkampungan Artis dan sekarang kita telah siapkan sebanyak 200 lot. Kita akan menjual RM5 untuk 1 kaki persegi,” katanya yang turut berbangga dengan pencapaian pelancong meningkat kepada 6.8 juta pada tahun ini berbanding 6 juta pada tahun lalu.

Beliau berkata sebanyak 40 hektar daripada 160 hektar keluasan perkampungan itu telah dibeli oleh orang ramai dan beliau berharap bakinya dapat dipenuhi golongan artis.

Katanya setakat ini, pihaknya telah menerima 75 permohonan daripada anggota Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita) untuk membeli lot rumah di perkampungan itu.

Ali juga ingin meuar-uarkan pelancaran Eye On Malaysia pada 7 November ini di sana.

Beliau turut mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan Malaysia supaya membantu artis mengadakan persembahan kesenian.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan