Wayang bukan filem wayang kulit

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

"WAYANG adalah sebuah filem tentang manusia biasa. Ada buruk dan baiknya. Ada ria dan dukanya. Ada masalah dan penyelesaiannya. Ertinya manusia itu hidup dan bernafas dalam suatu dunia yang nyata. Itulah yang mahu dilihat dan ditanya orang tentang kita di Malaysia ini."

Lantas, sebab itulah pengarahnya, Prof Dr Hatta Azad Khan tidak gemar jika penonton mengatakan filem tersebut adalah filem wayang kulit.

"Apa yang saya ingin tekankan dalam filem ini bukanlah wayang kulit semata-mata. Tetapi saya bersetuju jika orang mengatakan ceritanya berlatarkan wayang kulit.

"Apabila diperhalusi dengan lebih mendalam, Wayang mengisahkan tentang budak lelaki yang buta, Awi dan budak perempuan yang sengau, Melor yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Awi dapat menghafal cerita wayang kulit manakala Melor pandai melukis dan menggerakkan patung wayang kulit di layar.

"Walaupun Awi tidak nampak tetapi dia masih boleh mendengar dan menyentuh. Bagaimanapun, Awi telah melanggar pantang larang dalam wayang kulit apabila menggabungkan muzik moden, gitar ketika bermain wayang kulit.

"Warisan mesti kekal dalam bentuk asal tetapi dalam dunia apa yang dibuat mesti hadapi perubahan. Kita dapat lihat yang orang tak celik pun mahu membuat perubahan. Tetapi orang yang celik adalah sebaliknya," beritahu Hatta selepas pratonton bersama media di GSC, One Utama semalam.

Wayang dilakonkan oleh pelakon hebat Eman Manan, Zul Huzaimy Marzuki, Ida Nerina, Mazlan Tahir, Wan Kenari, Rohani Yousoff, Anuar Idris, Ya Daud dan pelakon baru Mas Muharni.

Bercerita di sebalik tabir filem ini, kata Hatta, beliau mula terfikir untuk menghasilkan filem terbitan Universiti Teknologi Mara, Institut Pengurusan Penyelidikan dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ini selepas mendapat inspirasi daripada arwah Pak Hamzah Awang Amat.

"Filem ini tribute kepada semua dalang seperti Wak Dolah Baju Merah, Pak Hamzah, Awang Lahun," kata Hatta.

Perancangan selanjutnya mengenai filem yang menggunakan dialek Kelantan ini, Hatta cuba untuk membawa filem ini ke negeri tersebut termasuk Terengganu kerana di sana tiada panggung wayang.

"Saya tengah berbincang dengan persatuan atau badan tertentu di sana dan mungkin kita terpaksa sewa dewan. Sebelum ini, saya pernah membawa filem Children of Heaven di Balai Islam, Lundang, Kelantan.

"Kita akan cuba sebab ini adalah filem dan kehidupan mereka. Pengambaran pun banyak dibuat di sana," kata Hatta.

Menariknya, filem Wayang juga bakal ditayangkan di India semasa Festival Filem Antarabangsa India ke-39 (IFFI 2008) pada 22 hingga 2 Disember depan.

Selain itu, Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF) juga akan mengambil filem ini bagi mewakili filem Malaysia.

Hatta turut teruja apabila India meminta kebenaran untuk membawa filem ini ke festival filem lain yang dianjurkan di sana.

"Saya rasa lagi bagus. Lagipun, filem ini ada menyentuh tentang watak Sri Rama dan Sita Devi ketika wayang kulit dimainkan," jawab Hatta.

Dalam pada itu, pengedarnya dari MIG Production Sdn. Bhd., David Teo berkata mereka telah merangka promosi filem tersebut.

"Kita edar 100 keping kalendar poket di UiTM. Selain itu, kita ada membeli komersial di TV, akhbar dan majalah. Kita juga menjalankan promosi di stesen-stesen TV serta radio seperti yang saya lakukan untuk filem lain kerana bajet yang diperuntukkan sama sahaja.

"Sebanyak 47 salinan diedarkan di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei," beritahu David yang pertama kali mengedarkan filem bergenre sebegini.

Disebabkan itu, David enggan memberikan apa-apa sasaran kutipan. Baginya, filem gabungan budaya, warisan, seni dan komersial ini merupakan eksperimennya kepada penonton.

"Kita tengok sama ada berkesan atau tidak." akhirinya yang telah mengedar lebih 20 filem Melayu.

Antaranya adalah filem box-office Jangan Pandang Belakang, Congkak, Senario The Movie Episod 1, I'm Not Single, 9 September, dan Tipu Kanan Tipu Kiri.

Saksikan Wayang di pawagam mulai 13 November depan!

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan