Idham realisasikan impian Zarina

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUDAH lama bintang Akademi Fantasia musim kedua ini mendambakan untuk melibatkan diri di dalam mana-mana produksi teater muzikal.

Pengalaman yang dikutipnya ketika menjayakan beberapa teater muzikal sewaktu bersama Yayasan Warisan Johor dan ketika zaman persekolahan dulu membuatkan Zarina Zainoordin rindu untuk kembali beraksi di dalam produksi seperti itu.

Impian pelakon dan penyanyi berusia 24 tahun ini nampaknya tercapai jua apabila pengarah tersohor, Ahmad Idham 'melamar' dirinya untuk membintangi Impak Maksima The Musical (IMTM) yang bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula 11 hingga 22 November depan.

Meskipun ditawarkan sebagai pengganti tempat Jue Aziz yang sepatutnya membawakan watak Ika, Zarina tetap menghargai tawaran tersebut dan lantaran itu bersetuju untuk turut sama menjayakan teater terbitan Excellent Pictures dengan kerjasama IB dan Global Network Entertainment itu.

"Saya anggap ini adalah rezeki. Sudah lama saya impikan untuk beraksi di dalam teater muzikal. Tidak kisahlah walaupun menggantikan tempat pelakon lain kerana bagi saya, ini adalah satu peluang terbaik untuk saya.

"Lagipun bukan senang dapat beraksi di pentas IB. Teater muzikal yang pernah saya sertai dulu cukup berbeza dengan IMTM. Apa yang sama hanya konsep muzikal saja, selebihnya masih banyak yang perlu saya pelajari," tutur Zarina yang ditemui baru-baru ini.

Selain Zarina, teater ini juga turut dijayakan oleh Zul Huzaimy, Adeep Fabulous Cats, Dynaz, Zed Zaidi, Dina Malaysian Idol, Rosli dan Mohd Zulfarqar (Belalang).

Zul juga merupakan Pengarah Artistik teater ini manakala Cat Farish pula bertindak selaku Pengarah Muzik. Belalang turut dipertanggungjawabkan sebagai koreografer.

Bercerita lanjut tentang persiapannya menjelang hari pementasan yang bakal tiba tidak lama lagi, kata Zarina, dia kini sedang giat berlatih bersama barisan pelakon lain untuk memberikan yang terbaik kepada penonton kelak.

"Adakalanya terasa macam pementasan itu akan bermula esok. Buat masa ini, kami masih meneruskan sesi latihan sejak pertengahan Ramadan lalu. Memang cukup mencabar apatah lagi kami perlu berlakon, menyanyi dan menari pada masa yang sama.

"Boleh dikatakan hampir semua babak memerlukan kami menyanyi. Tetapi seronok kerana adakalanya kami hasilkan lirik sendiri secara spontan. Apa yang penting untuk teater seperti ini ialah fokus. Jika kurang fokus, memang macam-macam masalah akan timbul," tutur pelakon yang pernah membintangi beberapa buah filem sebelum ini.

Mengulas mengenai watak Ika yang dipegangnya itu, kata Zarina, dia cuba mewarnai lagi watak tersebut untuk dilihat lebih menarik, apatah lagi wataknya itu digandingkan dengan peranan DK yang dibawakan oleh pelakon hebat, Zul Huzaimy.

"Saya tidak mahu buat watak Ika sebagai gadis lemah-lembut yang tipikal. Seboleh mungkin saya ingin jadikan watak itu lebih menarik. Lebih-lebih lagi watak Ika merupakan kekasih kepada DK yang dilakonkan oleh Zul.

"Kita semua sedia maklum lakonan Zul yang memang tidak pernah mengecewakan. Pada awalnya, saya agak gugup juga ketika sesi latihan bersamanya. Saya kena tenung matanya untuk cuba biasakan. Kami juga selalu keluar lepak sama-sama untuk buatkan kami lebih selesa.

"Apapun, setakat ini, saya rasa saya belum keluarkan 100 peratus watak Ika dalam diri saya. Saya perlu kembangkan lagi watak tersebut. Insya-Allah, saya rasa saya mampu lakukan," kata Zarina yang akui cukup berdebar menantikan hari pementasan itu.

Ditanya tentang perkembangan karier nyanyiannya pula, kata Zarina, dia telah menghasilkan single terbaru berjudul Virus, ciptaan Cat Farish.

Penyanyi yang pernah menghasilkan album sulungnya, Mahkota Jiwa tidak lama dulu juga akan berduet dengan Adeep Fabulous Cats menerusi sebuah lagu yang turut dicipta oleh Cat.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan