Filem KelipKelip tercipta untuk Siti

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BARU-BARU ini, penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza menyatakan persetujuannya untuk melakonkan watak Siti di dalam filem animasi Kelip-Kelip arahan Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohd Khalid.

Bagaimanapun, kata pengarahnya yang pernah mengungguli anugerah Pengarah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang ini, filem tersebut masih di peringkat pra-produksi dan dijangka siap sebelum Disember tahun depan.

"Kami telah mendapatkan beberapa grafik artis daripada Jakarta, Indonesia untuk membantu proses melukis karektor yang diinginkan. Kami juga menggunakan grafik artis tempatan.

"Disebabkan kita kekurangan grafik artis dari sini, jadi sebab itu kami terpaksa mencari tenaga kerja dari sana. Mereka ditugaskan untuk melukis karektor yang comel. Namun, secara anatominya tidak cute, tidak juga menakutkan. Saya cuba jadikan karektor kelip-kelip itu mempunyai dua tangan dan dua kaki.

"Walaupun tidak terlalu mengikut sifat kelip-kelip itu, kita pentingkan apa yang nak dipaparkan. Kita ambil contoh seperti filem animasi A Bug's Life," cerita Mamat ketika ditemubual di pejabatnya, Naga VXS Sdn. Bhd, Petaling Jaya.

Mengenai para pelakonnya, selain Siti, antara pelakon lain yang turut menyumbangkan suara mereka adalah Rosyam Nor, Saiful Apek, Nabil Raja Lawak, AC Mizal, Khir Rahman dan Sofi Jikan.

"Terdapat tujuh watak utama kelip-kelip dalam filem ini. Setiap watak tersebut mempunyai nama masing-masing dan mengikut karektor dan keperibadian yang ada dalam diri setiap pelakon.

"Contohnya bagi watak Siti, kita memang menggunakan keperibadian Siti yang mudah disayangi dan bertudung.

"Jadi, agak sukar juga untuk mereka karektor masing-masing kerana kita kena mengenal pasti diri para pelakon dahulu. Misalnya, karektor Siti mengambil masa tujuh hingga lapan kali untuk design.

"Sebab itulah kita perlukan bantuan pereka dari Jakarta kerana pereka tempatan tidak mencukupi. Pada peringkat permulaan mungkin tidak perlu tetapi pada peringkat visualisasi, kita juga memerlukan tenaga kerja dari Hollywood.

"Namun, kita masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuannya dan elemen filem Malaysia," jelas Mamat mengenai filem yang bakal menjadi filem usahasama antara syarikatnya dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).

Menurut Mamat, filem yang menggunakan kepakaran pengarah animasi Ramlan Sulong ini menggunakan teknik 3D dan mood filem masih menggunakan syot-syot filem seperti establish shot, overshoulder shot dan banyak lagi. Apabila siap, ia akan kelihatan seperti siri Upin dan Ipin.

Idea yang terdetik dalam mindanya sejak hujung November tahun lalu ini mula terkesan selepas melihat keunikan kelip-kelip yang pelbagai saiz dan warna di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

"Saya sasarkan filem ini kepada penonton yang berusia enam hingga 60 tahun kerana ia sesuai ditonton oleh semua. Saya yakin filem ini berjaya difahami oleh semua walau kanak-kanak sekalipun. Ia menonjolkan semangat bersatu padu, ada roller coster, kanak-kanak bernama Bincit, remaja, orang tua dan banyak lagi elemen menarik," beritahu adik kepada kartunis Datuk Lat ini.

Menariknya juga, filem ini turut memuatkan lagu tema berentak tradisional yang bakal dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza juga.

Mengenai pemilihan Siti yang nampak seperti peneraju utama filem ini, kata pengarah yang bakal tampil dengan filem Estet pada bulan April depan ini, mereka melihat Siti mempunyai watak perempuan Melayu yang mudah disayangi dan beliau juga merupakan salah seorang ikon negara.

"Filem ini merupakan projek saya yang paling besar dan kalau boleh saya ingin mensasarkannya ke pasaran global. Insya-Allah, setakat ini kita telah mendapat persetujuan dari India yang mahu memasarkan filem ini di sana nanti.

"Kita juga merancang untuk menembusi pasaran negara lain seperti Eropah. Jika ada permintaan, kita mungkin akan membuat filem ini kepada dua versi bahasa," tutur Mamat yang kini sudah menyiapkan dalam 80 peratus skrip filem tersebut.

Jika berjaya menghasilkan filem ini selepas ini, Mamat mengagak untuk menghasilkan sebuah filem animasi dalam setiap tiga tahun.

"Saya memang jenis yang bercita-cita besar dan suka membuat sesuatu yang mempunyai cabaran tinggi dengan harapan dapat menaikkan industri perfileman dan industri hiburan tempatan. Saya rasa sesebuah filem itu dapat direalisasikan apabila ada campur tangan daripada kerajaan," tegas Mamat mengakhiri perbualan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan